MEMORY OF 2013

08:32:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua. So so so longggg tak update! hahahaa Apa khabar? Disebabkan kebusyan, susah nak update. Entri kali ni nak cerita pasal "MEMORI 2013". Korang mesti banyakkan memori tahun 2013. Jom tengok memori the best of the best 2013 saya : 



10 MEET ARA KIMORA
Tahun 2013, dua kali pergi Seremban sebab nak jumpa Ara. hahaha Dia ibarat kakak saya yang paling lawak. Pertama pada 25 Mei 2013 dan kedua pada 5-6 Oktober 2013. Banyak benda yang diborakkan dan sangat banyak gelak. Terima kasih kepada my sis Ara dan keluarga sebab banyak bawak saya pergi jalan-jalan Seremban. heee 
Entri : [ 25 Mei | 5~10 Oktober ]


09 PULAU PINANG
Trip yang tak dijangka pon nak pergi. 2 minggu sebelum tu, tak rasa nak pergi tapi bila fikir-fikir balik, join je la. Saje jenjalan kat Pulau Pinang tu. Malam 29.11 tu dah bertolak ke Pulang Pinang dan sampai sana betul betul waktu subuh. hee  Alhamdulillah sangat seronok, pergi pulak dengan sekeluarga termasuk Umairah dengan Qaisarah. Dapat la naik kereta api kat Bukit Bendera tu. hehe Terima kasih Cik dan rombongan. hehe


08 BUKA PUASA 
Puasa tahun ni je banyak kali berbuka kat luar dengan kawan-kawan dan keluarga. First dengan Ein dekat Pizza Hut. 2nd, dengan adik-adik praktikal kat tempat kerja saya. Semua sekali dalam 12 orang macamtu hahaha Kitorang makan dekat The Chicken Rice Shop. Seterusnya dengan kawan sekolah pulak dekat Basil, Bangsar Village, memang makan besar dan sangat kenyang. Thanks to Ardi sebab rekemen. Lepastu dengan keluarga pulak, dekat Kenny Rogers. Fuh~~ Mana badan tak naik? hahaha Yang ke-5, bersama Ara Kimora dekat KFC, KL Sentral. Dia sanggup datang dari Seremban sana semata-mata nak berbuka. Thank Sis :') haha Akhir sekali bersama De Diva's kat Chili's , Mid Valley. Hee Sebab ni kot berat badan naik haha Anyway, terima kasih korang semua sebab sudi berbuka dengan saya. hehe :)
Entri : [ 1st | 2nd | 3rd | 4th | 5th | 6th


07 RAYA 2013
Raya tahun ni dekat Kuala Lumpur je. Tapi sempat jugak la balik kampung sekejap, dapat jugak rasa suasana kampung. hehe Raya pertama memang bergambar tak ingat dunia sebab keluarga mak Teh datang, memang HAVOC uols!. hhahaa Tahun ni rumah keluarga kami tak buat rumah terbuka kerana sebab-sebab tertentu. Tapi insyaAllah 2014, nak buat besar sikit kot. hee Tahun ni pun tak banyak sangat beraya rumah orang, sebab kerja. Takde cuti. hahaha 
Entri : [Aidilfitri 2013 : 1st | 2nd | 3rd | 4th | Aidiladha 2013]


06 BIRTHDAY QAISARAH 13/10
12/10 tu sambut besday anak buah saya yang ke-2, Nur Raudah Qaisarah. (Besday 13/10) Umur dia dah masuk 2 tahun. Haih~ cepat je masa berlalu. Semakin hari semakin membesar. haha Majlis tu diadakan kat rumah mak teh kat Seri Kembangan. Sambut sekali dengan besday sepupu saya. Majlis memang meriah. Dengan ada kek papoy dia (kek Minion) hahaha. 
Entri : [12/10]


05 BIRTHDAY UMAIRAH 30/10
Birthday Umairah kali ini ada special sikit. Kali ni Umi dan Baba Umairah ajak kitorang sekeluarga pergi Zoo Negara. Sebab utama nak tunaikan hasrat Umairah tengok Zirafah (Giraffe) real punya. Selalu tengok dalam buku tu je. haha Paling istimewanya kitorang sanggup amek cuti tu semata-mata untuk Umairah. hahaha Umairah dah masuk 4 tahun dah. Tahun depan dah masuk sekolah. :D yeayy.. Tahniah buat kakak. 
Entri : [30/10]


04 SURPRISE
Rasenye tak jarang dapat surprise besday dari sesiapa. 2011 dapat surprise dari Ara, buat video besday. hahaha Kali ini surprise bersama kek. Serius terharu sangat. Terima kasih Fadzliana & Nadia sebab buat aku sangat terkejut. Seronok sangat weh. Walaupun sambut 04/01 (hari yang sepatutnya saya lahir) tapi still suprise. hahaha Terima kasih sekali lagi Diva's :D
Entri : [Surprise]


03 VACATION PORT DICKSON
Okey ini sangat lawak. Tahun ni sahaja dah banyak kali dah pergi Port Dickson. hahaha kalau pergi PD, mestilah nak mandi pantai kan? Serius best mandi manda dengan keluarga. Tak jangka akan pergi banyak kali. Pertama kali bulan Februari, kali kedua bulan September dan kali ke-3 dan ke-4 bulan Disember. Kalau tahun lepas tak langsung jejak pantai, tahun ni amek kau berkali-kali pergi pantai. Harap tahun depan lebih banyak! hahaha
Entri : [ 1st | 2nd | 3rd | 4th ]


02 1ST REUNION : KLCC
Setahun lepas habis belajar kat KPTM Ipoh, akhirnya kitorang bertemu kembali tahun 2013. Serius rindu sangat kenangan masa kat KPTM dulu. Idea reunion datang dari Ara. Kami cuba nak buat something unique, selain berjumpa borak-borak, bergambar atau makan-makan. Kitorang pun cuba la pergi PETROSAINS. Ini pertama kali eh jejak kat situ, sebelum ni tak pernah masuk pun. haha Sangat seronok dan penuh gelak ketawa. Anyway, esok 29 Disember perjumpaan kedua kami . Kalau nak tengok ap kitorang buat jangan lupa jenguk instagram saya je. ;)
Entri : [ Part 1 | Part 2 ]


01 USS
NO. 1! Jatuh kepada Trip ke Universal Studio Singapore! Yeayy.. Serius memang teruja nak pergi sini, dan ini juga merupakan kali pertama melancong ke luar negara. Mau tak terujanya?! hahaha Seronok dapat masuk dalam tu, yang penting dah naik 2 Roller Coaster tu, memang rasa nak muntah tapi best! haahahaha Transformer 4-D pon sangat best dan Mumia. Rasa nak pergi lagi je. Kalau siapa-siapa nak pergi, bagilah tahu. Nak Join! hahaha 
Entri : [ Part 1 | Part 2 ]

FOTO-FOTO TERBAIK 2013!
BAHAGIAN 1

memasing puas lepas makan DIP N DIP (Januari 2013)

Kami memaksa emak pose begitu juga. hahah (Februari 2013)

Gambar Lama dan Baru. Bile la nak kurus macam baju purple tu? haha (Februari 2013)

Berjumpa dengan Izzue Islam & Amar Baharin. actually mana peminat mana artis ni? haha (Mac 2013)

Kasut saya dan selipar Nisha. BFF gitu hahaa (Mac 2013)

Masa untuk selfie mase kerja hahahaa (Mac 2013)

Haa sampai disini je la. Memori-memori terbaik 2013. Walaupun banyak memori yang manis, kurang manis, pahit, masam semua tu ada dalam kepala dah. hahahaa Okeylah 2014 bakal tiba beberapa hari lagi dan hari lahir ke-22 pon nak dekat dah ni. hahahaa Jumpa di entri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye =)

2 comments: