PORT DICKSON PART 1 -09.12~11.12-

23:26:00 Rafzan Tomomi 4 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada korang semua. Sekali lagi update dengan jayanya entri kali ini. Sepanjang bekerja ni tak pernah pergi mana-mana kursus, tapi tahun ini dapat jugak merasa pergi kursus. Satu pengalaman yang menarik. hehe Destinasi kursus ni dekat Selesa Beach Hotel, Port Dickson. Serius, hotel tu dekat dengan pantai. Sangat teruja bila sampai sana. hehe 


Day 1 : Urusetia

Haa.. First time pergi kursus, first time jugak dilantik jadi urusetia. Saya dengan Lan kene jaga bahagian bas. Pagi (09/12) tu dah teruja dan bebusy dengan bas tu. hahaha Kerjanya ambik attendent, kene pastikan semua yang naik bas tu ada dan macam-macam lagi. ahaha Perlu ke cerita ni? Perlu. sebab saya sedang teruja! hahahaa



Day 1 : Hotel & Room 203

Setibanya dekat hotel memang la penat hahaha sebab kene bawak air dalam kotak, berat sangat T^T hahaha Tiba kat sana dalam pukul 2.15 petang macam tu. Lepas semua peserta dah check in, baru lah kitorang pulak check in. Setelah menunggu dalam 30-40 minit, baru la dapat bilik. Masuk je terus baring atas katil, seronok sangat. hahaha Berehat dalam 1 jam lebih pastu ada minum petang. 

Foto ehsan dari kak nad.

Day 1 : Jenguk Pantai & Kelas Bermula

Lepas minum petang, kitorang pon pergi jenguk pantai kejap. Amboii memang seronok dapat hirup udara pantai ni, segar belaka. hehe Pantai dia bersih dan memang tak ramai orang. So memang lah sangat menambah teruja haha. Malam tu, kelas pon bermula sampailah pukul 11.00 malam pastu lepas minum malam terus chow naik bilik hotel dan tido. aahahhaa


Day 2 : Sarapan, Kelas, Minum Pagi, Kelas, Lunch, Kelas

Bangun dalam pukul 6.30 macamtu, pastu terus mandi. Lepas siap-siap, kitorang pon turun untuk sarapan pagi. Hee Makanan dia boleh tahan la, banyak la jugak. Sempat la amek koko krunch sebab memang tak tahan dah tengok hahaha Sesudah makan, terus ada kelas dah pukul 8.30 pagi. Begitulah kelasnya sehingga pukul 12. Baru memasing boleh makan untuk Lunch pulak. Masa rehat diberi sampai pukul 2.30 petang lepas tu, baru start kelas. Petang tu lepas dah habis kelas, semua orang pergi mandi, tapi saya tak. Saya cuma tengok je, sebab saya tak bawak seluar lebih T^T sedih betul. hahaha Sampai diorang nak tarik masuk pon, still tak nak. hahaha 


Day 2 : BBQ & Surprise Birthday

Malam tu kitorang semua ada makan-makan BBQ. Tapi BBQ kat dalam dewan sebab hujan. Macam-macam juadah ada. Ada ayam, ada ikan, udang, sate dan macam-macam lagi. haha Memang ambik tu penuh semeja. Seronok sangat. Lepas sesedap makan tu tibe-tibe lampu tertutup. Semua orang macam heran, asal plak? Blackout ke? Rupanya ada orang buat surprise birthday. Kitorang pon nyanyi dengan gembira la lagu birthday (padahal sambut besday siapa pon tak tahu. haha). Sekali dia announce nama saya, hahaha laaa rupanya untuk diri sendiri. Memang terkejut la muka hahaha Macam comel je macam comel je. hahahaa Terima kasih kepada sesiapa yang terlibat, sungguh terharu. hehehe Lepas semuanya dah selesai, apa lagi balik bilik dan tido! hahaha


Day 3 : Sarapan & Sukaneka

Pagi tu macam biasa sarapan pagi. hee Lepas tu ada sukaneka. Saya dalam kumpulan PUTIH. Dengan sorakan "GO WHITE GO!" ahahaha Kumpulan putih dianggotai oleh En Pus, Kak Ros, Kak Sya, Fifi, Amira & En Azril (Pengajar). Mula-mula diorang dah suruh kitorang main Volleyball, Serius laa Volleyball? hahaha Tak pernah main! So main je la dengan rasa comelnya hahhaa Lepas tu ingatkan dah habis, rupanya kene main bola sepak pulak? hahahaha Adoii. Main dengan rasa comel jugek hahaha Ada empat game lain; bawa air dalam dulang (tangan ala waiter), kepit bola sambil jalan, kepit bola bawah ketiak dan pakai topi & baling dadu. Sangat seronok. Memang berpeluh teruk hahaha 

Day 3 : Majlis Penutup

Lepas letih dengan Sukaneka tu, kitorang semua minum pagi sekejap. Lepas tu berkemas-kemas untuk check out pulak pukul 12. Lepas dah check out, tinggalkan beg kat dewan dan pergi makan. Masa ni makan lebih sikit. >.<  Lepas semua dah selesai makan ada majlis penutup. Tetamu istimewa, Dr. Jailani Yunus hadir untuk majlis penutup tersebut. Lepas tu penyampaian hadiah sukaneka. Kami dapat nombor 5 ahahaha Just for fun. Janji dapat pengalaman pergi kursus, main bola dan voleyball hehe 

FOTO-FOTO MENARIK: 




















































Photo credit to Lan.
Edit by me. hehe

Haaa seronok kan? hahaha Terima kasih sekali lagi sebab beri peluang hadiri kursus. Sangat seronok dan dapat belajar sesuatu yang baru. Jap! Entri kat Port Dickson ni belum habis lagi so stay tuned esok! ada entri pasal Port Dickson jugak. Assalamualaikum & Bye Bye =)

4 comments:

  1. Meriahnya Gambar!..

    http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/12/permohonan-br1m-30-2014.html

    ReplyDelete
  2. zulhilmi : orang invite g kursus, saya pergi je la. hahah

    ReplyDelete