15/10 : AIDILADHA 2013

08:00:00 Rafzan Tomomi 0 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada korang-korang semua. Sempat lagi kalau nak ucap Salam Aidiladha. hehe Seronok bercuti? hehe Kebarangkalian, mesti dah ramai masuk kerja atau kelas (study) dah kan? Kepada sesiapa yang masih bercuti, selamat bercuti. :) Haa ni nak share jugak pasal Aidiladha tahun 2013. Sebelum-sebelum ni Aidiladha biasa-biasa je tapi tahun ni lain sikit. Kami bertandang ke rumah pak cik kat Nilai. 


Kami bertolak dari rumah pukul 2.30 petang. Satu keluarga saya pergi kecuali Kak long sebab dia kerja. Alhamdulillah, sampai jugak rumah pak cik pukul 3.30 petang macam tu. Sampai-sampai biasalah, bersalam-salaman. Lepas tu serangggg! banyak makanan yang disediakan. Ada Laksa, Nasi Impit, Rendang Ayam, Rendang Daging, Kuih-kuih dan air oren. Banyaklah jugak makan. Paling banyak makan Sardin Roll (sesungguhnya itu memang favourite! dan tak sempat nak tangkap gambar.. haha) Kenyang sampai tak boleh nak bangun. hahaha Banyak betul makan ni. -.-" 


Selepas rehatkan perut, kitorang jenjalan la dekat halaman rumah . Bawak la Qaisarah, Umairah dengan Irfan sekali. Kitorang pon bergambar bagai. hahaha Jalan sana-sini. letih betul hahaha Tapi seronok sebab memacam cerita ada dan paling best mengarut la tangkap gambar. Memang tak sah kalau berjalan tanpa bergambar ni hahaha


Selepas bergambar-gambar, kitorang pergi la kat pasar malam yang terdekat dengan berjalan kaki sahaja. Haha Masuk je kawasan pasar malam tu, serius ! Ramai sangat bukan orang Malaysia, means.. fefeham je la. hahaha Agak seram jugak lah nak lalu sana. Pak JJ nak carik keropok lekor, puas berjalan-jalan sekali takde laa keropok lekor tu. hahaha Balik tu Apak belanja air Tebu dan Kelapa. Puas rasanya selepas jenjalan tu haaha


Lepas Isyak, kami kitorang pon plan nak balik. Tapi sebelum balik kitorang singgah dulu ke McDonalds sebab teringin nak makan burger GCB lepas tengok tu kat TV. Terima kasih Abadik sebab belanja weouls reramai ni. Dalam 17 orang jugak. Memang kitorang je yang concur kawasan tu hahah. Alhamdulillah dapat jugak makan, okeylahh.. boleh laa. haahaha Okey. Jom tengok antara moments kitorang sepanjang hari. hehe : 







































Haaa. Seronok betul la. Kire Aidiladha kali ni ada buat sesuatu la kan. Okeylah sampai disini dulu entri kali ini. Jumpa di entri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye :)

0 comments: