SEREMBAN 05/10 & 6/10


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada korang semua. Selamat hari Isnin semua orang. Mengharapkan minggu ini tak se-STRESS minggu lepas. Hehe Okey Nak cerita sikit Sabtu & Ahad lepas; 5 Oktober - 6 Oktober 2013 saya seorang diri bercuti ke Seremban. Korang mesti tahu kalau dah pergi Seremban tu mesti pergi rumah siapa? Of course rumah kawan saya, Ara Kimora. Ini rasenya dah kali keempat dah jejak kaki kat sini. Walaupun semalam je, tapi rasa banyak release tension. hehe


5 Oktober 2013

Saya bertolak dari rumah pukul 7.41 pagi (seperti yang dijanjikan kat Ara..haha) sampai je dekat KL Sentral, memang betul-betul keretapi tu nak bergerak dah. Fuh~~ nasib sempat. haha Lepas tu dalam keretapi tu memang tak ramai orang pulak. Tapi nasib baik ade lagu mp3 tu, kalau tak mesti dah bosan. Sampai je dekat Seremban, tunggu Ara sekejap. Lepas je Ara dah sampai kitorang terus pergi AEON Seremban 2 *seperti yang dirancang~*.


Sesampai je dekat AEON tu terus pergi kejar Panggung Wayang, kali ni banyak pulak filem best nak ditonton. Tapi demi menyokong industri filem tempatan, kami pilih KL Gangster 2. Lepas tu pergi kat Green Box Karaoke, nak booked tempat karaoke. Sesudah je semua tu, kitorang pon carik la makanan, sebab dah lapar sangat. haha Kitorang beli Happy Meal, bajet-bajet nak sarapan je haha.


Lepas kenyang, kitorang terus pergi wayang dekat atas. Beli air pastu terus masuk. Memang suara kitorang dua je dalam tu, gelak sebab lawak. Tak ramai sangat orang, so memang kitorang punya la panggung itu hahaha. Lepas habis wayang, kitorang terus masuk Karaoke. Memang layan habis. Ara pilih je lagu tah pape tajuknya. Haha Seronok gak layan banyak lagu baru. Most fav. lagu We Can't Stop dengan Wrecking Ball. Sesudah wayang kitorang pon pulang, sebab sedara Ara datang rumah. End of day 1.


6 Oktober 2013

Hari kedua, cadangnya nak ke taman pagi. Tapi atas sebab-sebab tertentu, kitorang gerak pukul 11. haha Kitorang kali ni jalan dengan mama Jee dengan Qila sekali. So Qila dipaksa pegang kamera dan tangkap gambar. hehe. Kitorang singgah kat Taman tu *tak ingat nama dia. haha~* Kitorang tangkap gambar, pose sana sini. Kelakar jugak. Haha  Tengah-tengah kereta lalu lalang, kitorang bergambar. Suka jugak view dia. Memang cantik. Antara pose kitorang :















Lepas photoshoot, kitorang laparr~ jadi kitorang pergi carik makan kat Tesco Extra, makan KFC. Memang mengidam makan KFC haha *macam la kat kl takde! hahaa~* Lepas makan terus balik. Dalam pukul 3.30, sebelum nak balik KL singgah jap rumah Wawa (adik Qila) , seronok main dengan Wawa. Pastu bawak la si wawa sekali. Mase dah masuk dalam tu, Wawa nak ikut saya. haha Comel je wawa. Ara cakap dia menangis lepastu. haha


Akhirnya semuanya dah selamat. I'm at KL now. Terima kasih Mama Jee sekeluarga sebab membenarkan saya tinggal semalam kat rumah, seronok betul. hehe InsyaAllah nanti kita datang lagi okey. Okeylah sampai disini dulu entri kali ini. Jumpa di entri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye.

Post a Comment

0 Comments