PORT DICKSON PART 2 -13.12~15.12-

22:00:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada korang semua. Apa khabar? Harap semuanya okey. Hujung tahun sudah tiba, marilah kita jalan-jalan sakan. hahaha Okey Sambungan BACK TO BACK entri semalam , kali ini bercuti dekat PORT DICKSON jugak. Hah? takde tempat lain ke? hahahaa Semua keluarga belah Emak (Beranang, Selangor) yang juga dikenali sebagai "Buton". Kenapa Buton? Mengikut sejarah dulu arwah atuk orang panggil dia Buton. Nama sebenarnya Salim. hehe  

14/12 : Bertolak Pukul 1 Pagi

Haa.. Asalnya bertolak malam 13/12 tu , tapi atas sebab tertentu bertolak la kitaorang pukul 1 pagi. Ala PD dekat je dengan KL. haha Setibanya disana, tengok rumah masih terang. Diorang tak tido lagi rupenya. hahaha Saya dengan mamainya terus masuk bilik, berborak jap lepastu tido. haha

14/12 : Makan Tengah Hari & Sediakan Bahan Untuk BBQ!

Makan tengah hari memang superb! Sangat seronok makan ramai-ramai ni. hee Lepas makan tengah hari, diorang siang ayam, sotong semua lah untuk BBQ malam tu. Nak ke pantai mase tu tapi hujan pulak, pastu hujan reda sikit, baru semua ke pantai. Hee

14/12 : Mandi Tak Ingat! hahaa

Saya bile dah jumpa pantai, memang excited sangat! hahaha Balas dendam sebab mase kursus tak mandi pantai, tapi kali ni mesti seranggg! hahahaa Berjalan dalam air sampai jauh masih tak dalam. hhaha Pastu, diorang ni main bola la, tahan nafas dalam air laa. Seronok. hahaha Paling seronok, tengok Umairah, Qaisarah & Irfan main tepi pantai. haha Serius comel! :D Dalam pukul 6.45 petang, para ibu datang panggil balik. hahaha Sempat la bergambar ramai-ramai.

14/12 : BBQ & AIM 20

Lepas membersihkan diri lepas mandi pantai, kitorang ada BBQ pulak. Memang mengancam bau dia. hahaha Saya cuma tangkap gambar je lepas tu dah siap kitorang makan. Malam tu pulak ada AIM 20 pulak, so memang tak banyak gambar malam BBQ tu, sebab semua kusyuk tengok AIM. hahaha


15/12 : Meet Ara Kimora & Mama Jee

Terjaga pagi tu tengok Handphone, ada Whatsapp dari Ara . "Weh aku nak pergi tempat kau tu" Mase tu memang terus bangun hahhaa Dia kata dah nak sampai, lagi la mengejutkan. hahaha Ingatkan main-main. hee Terima kasih Ara Kimora dan Mama Jee, datang dari Seremban tu . hee Terima kasih sebab bagi kudap-kudapan dan beg untuk mak saya. heee Macam biasa kalau jumpa mesti bergambar tak berhenti. Terima kasih Fyra sebab sudi melayan kerenah kitorang hehehe


15/12 : Jom Balik!

Mase sudah tamat. Akhirnya kitorang kene tinggalkan rumah tu. Sekejap sangat duduk rumah tu. Next time boleh la kesini lagi kan? hee Ingatkan nak balik, rupanya diorang menyinggah makan kat Restoran Asam Pedas (kat area Port Dickson) . Memang sedap makanan kat situ. Sempat lagi makan cendol ade aiskrim kat atas dia. memang nyum nyum heee


15/12 : Singgah kat Nilai

Ingatkan dah nak balik? Rupenya jalan lagik, kitaorang menyinggah kat rumah Nek Wit yang baru balik dari Haji bulan lepas. Sementar ibubapa serta beberapa antara mereka dalam rumah, saya ajak sepupu bergambar . hahaha Memasing memang gila kamera. hahaha Sempat bergambar dengan budak-budak . hee

FOTO-FOTO : 























































OPPSS...! ADA LAGI GAMBAR AKAN DIUPDATE. STAY TUNED!

Credit to Sepupu kita.
Edit by me. hee

Alhamdulillah. Akhirnya semua selamat dijalankan. Amin~~ Seronok bebeno minggu tu dekat Port Dickson je. hahaha Tahun depan diorang nak buat lagi macam ni tapi tak pasti nak pergi mana pulak. haaha okeylah sampai di sini entry kali ini. Assalamualaikum & Bye Bye :)

2 comments:

  1. nanti pergilah bercuti. banyak destinasi boleh pergi. :)

    ReplyDelete