TRIP TO USS PART. 2 : USS HERE I COME!

11:12:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Harap korang semua sihat. Pada siapa dah mengundi tu, terima kasih sebab dah jalankan tanggungjawab anda. Tahniah! :) Entri ini adalah sambungan dari entri pertama, "TRIP TO USS PART. 1 : HELLO KITTY TOWN".

29 April 2013 : USS Here I Come!


Pukul 9 kami bertolak dari hotel Tune dan sampai kat Singapura pukul 11 pagi. Masa perjalanan tu, kene lalui 2 imigresen. Masa kat imigresen ramai orang. Kene beratur panjang. So itulah yang melambatkan perjalanan. Sampai je kat USS tu, memang excited dah tengok Globe besar tu. Terus je memasing bergambar. haha


Zon #1 : Sci-Fi City

Benda pertama kami cari ialah Roller Coaster. Memang matlamat kami sampai USS nak naik Roller Coaster dan tak tahu pulak Roller Coaster tu ada dua. Satu nama dia "Battlestar Galactica : Human" dan satu lagik "Batterstar Galactica:Cylon". T^T sadis betul. hahaha HUMAN roller coaster warna merah dan bagi saya okey la naik tu. (Klik sini untuk tengok rupanya) Yang CYLON ni giler sikit, terpaksa tanggal kasut dan ia berwarna biru. (Klik sini untuk tengok rupanya) Matlamat kami akhirnya dah tercapai. Yeayy Kalau boleh bawak kamera, mesti best! hahaa Mula-mula diorang dah check dah, tak boleh bawak masuk apa-apa pon. Saya bagi 5/5 bintang.


Lepas tu kami bergambar dengan watak Transformers, Bumblebee . Sangatlah gedik giler si Bumblebee ni hahaha. Permainan seterusnya kami masuk "Transformers The Ride" . Dia bukanlah roller coaster tapi adalah wayang bergerak 4-D. hee Seronok okey. Dah la duduk barisan paling depan sekali haha Saya bagi 5/5 Bintang. Kami skip permainan "Accelerator" sebab malas nak peningkan kepala. hahaha



Zon #2 : New York


Seterusnya kami ke "Lights! Camera! Action!". Kat sini korang boleh tengok macam mana diorang buat filem  dan siapa bernasib baik duduk depan, sila bawa baju hujan okey. (Klik sini nak tengok rupanya) Paling terkejut bile ada kapal keluar langgar tempat korang hahaha Memang terkejut masa tu haahahaa. Kat sini tak boleh bawak masuk kamera ye. hehe Saya bagi 4/5 bintang.



Zon #3 : Ancient Egypt

Lepas tu kami main Roller Coaster kat "Revenge of The Mummy : The Ride". Ingatkan hanya biasa-biasa je sekali lagi mengejutkan bile Roller Coaster tu bergerak ke belakang. Terkejut saya. hahaha Tapi yang ni memang unexpected! haha Saya bagi 5/5 bintang.

Seterusnya kami naik "Treasure Hunter". Yang ni tak disarankan naik sebab tak berapa best. Tapi kalau korang rasa rugi bayar memahal, naik je la. hahaha Saya bagi 2/5 bintang sebab boring haha


Zon #4 : The Lost World

Kat zon ni memang zon main air je okey. hahaha mula-mula kami masuk "Jurassic Park Rapids Advanture", first main permainan air. (Klik sini kalau nak tengok rupanya). Dekat sini sila pakai baju hujan sebab memang akan basah giler. haha Sepanjang perjalanan dengan benda bulat yang pusing-pusing tu korang akan nampak dinasour dan air. Memang best. hee :) Saya bagi 5/5 bintang.


Seterusnya main "Canopy Flyer". Rupe dia macam roller coaster. Canopy ni sekejap je, untuk korang release kepenatan gitu. Okey okey je la kat sini. Saya bagi 3/5 bintang.


Next, "Waterworld". Kalau korang pergi USS , korang wajib datang sini dan duit korang tu tak sia-sia la. Show dia ada pukul 11.00 pagi, 3.00 petang dan 5.30 petang. Kalau pergi set time betul betul okey. hee Serius dalam ni best, korang boleh pilih nak duduk seat paling bawah (Soak Zone), tengah (Splash Zone) dan paling atas. Siapa duduk Soak Zone tu sila pakai baju hujan, sebab korang akan basah. hahaha Sangat seronok. Saya bagi 5/5 bintang.


Zon #5 : Far Far Away

Peminat Shrek korang harus datang sini, rasa macam betul betul kat Far Far Away haha  Benda pertama bila ada kat sana nak tengok "Shrek 4-D Adventure". Serius ini memang ramai orang. hee Korang akan rasa dalam movie tersebut. Seronok! Saya bagi 5/5 bintang.

Kebanyakkannya kami lalu je sebab dah letih dengan cuaca dan jalan kaki. Sangattt seronok dan berbaloi. Orang memang ramai, so korang ade duit lebih sikit tu beli tiket ekspress. Nanti korang yang untung. So overall Universal Studio Singapore BEST!  Jom tengok lagi gambar lain sepanjang kami kat sana.




































Haa dah tengok? Tamat sudah perjalanan ke USS tu. Alhamdulillah semuanya dah selesai. Kenangan takkan dilupakan kat sana. Kalau korang ade duit lebih, jom spend time kat sana okey. Sampai disini dulu. Assalamualaikum & Bye Bye :)

2 comments: