BEST 2016 MOVIES

BEST 2016 MOVIES

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Sebanyak 57 buah filem yang Momi dapat tonton untuk tahun 2017. BEST 2015 MOVIES menyaksikan filem "Inside Out" mengungguli carta tahun 2015. Tahun 2016 banyak sangat filem yang best dan awesome, nak pilih pon terpaksa berbincang dengan adik hahaha. Dah bersedia nak tahu filem mana yang mencuri hati Momi tahun 2016?

BEST 2016 MOVIES

20 Batman v Superman: Dawn of Justice 
Pengarah : Zack Snyder
Tarikh Tayangan: 24 Mac 2016
Genre: Aksi / Superhero
Sinopsis 'Batman v Superman: Dawn of Justice' : 
Batman mahu menumpaskan Superman kerana bimbang dengan tindakan Superman. Sementara mereka berdua bertempur, Lex Luthor mencipta ancaman baru iaitu Doomsday. Kedua-dua mereka perlu mengenepikan perbezaan mereka dan bersama dengan Wonder Woman menghentikan rancangan Lex Luthor dari memusnahkan Metropolis. Filem arahan Zack Snyder ini dibintangi oleh Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Jesse Eisenberg, Diane Lane, Laurence Fishburne, Jeremy Irons dan Gal Gadot.
Review : #MovieReview - Batman v Superman: Dawn of Justice


19 Kung Fu Panda 3 
Pengarah: Jennifer Yuh, Alessandro Carloni
Tarikh Tayangan: 10 Mac 2016
Genre: Pengembaraan / Animasi / Komedi
Sinopsis Kung Fu Panda 3 : 
Filem ketiga ini mengisahkan tentang Po kembali beraksi, yang mana dia bakal disatukan kembali dengan ayah kandungnya. Mereka berdua mengembara ke sebuah tempat rahsia panda untuk bertemu dengan panda-panda lain, namun dia kemudian menyedari dirinya tidak selesa hidup di situ. Apabila penjahat Kai mengancam China, Po perlu sekali lagi menyelamatkan keadaan. Filem animasi ini dibintangi oleh Jack Black, Bryan Cranston, Dustin Hoffman, Angelina Jolie, J.K. Simmons, James Hong, Jackie Chan, Lucy Liu, Seth Rogen, Kate Hudson dan David Cross.
Review : #MovieReview - Kung Fu Panda 3

Review Filem Suicide Squad Review 2016

18 Suicide Squad
Pengarah: David Ayer
Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2016
Genre: Aksi
Sinopsis 'Suicide Squad' : 
Sebuah agensi rahsia kerajaan Amerika Syarikat telah merekrut penjenayah berbahaya untuk melakukan misi maut untuk kerajaan AS. Sebagai ganjaran, hukuman mereka akan dikurangkan. Penjahat-penjahat itu termasuk Deadshot, The Joker, Harley Quinn, Lex Luthor, Enchantress, Boomerang dan banyak lagi.
Review : #MovieReview - Suicide Squad


17 X-Men : Apocalypse 
Pengarah: Bryan Singer
Tarikh Tayangan: 19 Mei 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan
Sinopsis X-Men: Apocalypse : 
Musuh terbaru yang bakal ditentang oleh X-Men kali ini tidak sama seperti sebelum ini. Penjahat yang digelar Apocalypse ini adalah mutant purba yang mempunyai kuasa yang sangat luar biasa dan mahu menguasai dunia.
Review : #MovieReview - X-Men: Apocalypse

Alice Through The Looking Glass 2016 Review

16 Alice Through The Looking Glass
Pengarah: James Bobin
Tarikh Tayangan: 6 Julai 2016
Genre: Pengembaraan / Fantasi
Sinopsis 'Alice Through The Looking Glass' :
Dalam filem animasi pengembaraan dan fantasi ini, Alice kembali ke Wonderland, di mana dia bertemu dengan seorang musuh baru bernama Time. Mad Hatter pula bertemu dengan ayahnya, Zanik Hightopp.
Review : #MovieReview - Alice Through The Looking Glass


15 Dr. Strange
Pengarah: Scott Derrickson
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2016
Genre: Pengembaraan / Fantasi
Pelakon: Benedict Cumberbatch, Chiwetel Ejiofor, Rachel McAdams, Michael Stuhlbarg, Mads Mikkelsen, Tilda Swinton
Sinopsis 'Dr. Strange' : 
Seorang doktor bernama Stephen Vincent Strange merupakan seorang pakar bedah saraf yang bijak tetapi angkuh. Selepas kerjayanya musnah, dia mendapat kehidupannya kembali apabila seorang ahli sihir mengambil keputusan untuk mengambilnya dan melatihnya untuk mempertahankan dunia daripada kuasa jahat.
Review : #MovieReview - Dr. Strange

Review Filem Train To Busan

14 Train To Busan
Pengarah: Yeon Sang-Ho
Tarikh Tayangan: 8 September 2016
Genre: Drama / Ngeri
Pelakon: Gong Yoo, Ma Dong-Seok, Jung Yu-mi, Choi Woo-Shik, Ahn So-Hee, Kim Soo-Ahn
Sinopsis Train To Busan : 
Wabak virus zombi mula merebak di Korea Selatan, menyebabkan mereka yang dijangkiti menjadi agresif dan ganas. Sekumpulan orang yang terselamat cuba melarikan diri dengan menaiki kereta api KTX dari Seoul ke Busan, yang mana berkemungkinan tempat selamat untuk pelarian. Tetapi ketika dalam perjalanan, mereka juga terpaksa bergelut untuk menyelamatkan diri.
Review : #MovieReview -  Train To Busan


13 Deadpool
Pengarah: Tim Miller
Tarikh Tayangan: 11 Februari 2016
Genre: Aksi / Fantasi / Fiksyen Sains
Pelakon: Ryan Reynolds, Morena Baccarin, Ed Skrein, Gina Carano, T.J. Miller
Sinopsis Deadpool : 
Diangkat dari karakter komik Marvel yang menggunakan nama sama, Wade Wilson adalah bekas Pasukan Elit yang menjalani satu eksperimen yang mengubah hidupnya secara drastik. Dengan kelebihan untuk pulih cepat tetapi mentaliti yang tidak stabil, dia berusaha mencari individu yang bertanggungjawab terhadap keadaannya itu.
Review : #MovieReview - Deadpool

Review filem Ouija : Origin of Evil Malay

12 Oujia : Origin of Evil
Pengarah: Mike Flanagan
Tarikh Tayangan: 3 November 2016
Genre: Seram
Pelakon: Henry Thomas, Elizabeth Reaser, Annalise Basso, Lulu Wilson
Sinopsis Ouija : Origin of Evil : 
Filem ini mengisahkan tentang papan berhantu Ouija, di mana kali ini Annalise Basso membawa watak sebagai seorang remaja yang menggunakan papan tersebut untuk cuba menghubungi bapanya yang telah meninggal dunia.
Review : #MovieReview - Ouija : Origin of Evil

Review Filem Fantastic Beasts and Where to Find Them

11 Fantastic Beast and Where To Find Them
Pengarah: David Yates
Tarikh Tayangan: 17 November 2016
Genre: Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi
Pelakon: Eddie Redmayne, Katherine Waterston, Ezra Miller, Dan Fogler, Colin Farrell, Jon Voight, Ron Perlman
Sinopsis Fantastic Beasts and Where to Find Them :
70 tahun sebelum Harry Potter membaca bukunya ketika mendaftar di Hogwarts, kisah yang ditulis oleh ahli sihir Newt Scamander dibawa ke dunia realiti sebagai pengembaraan seorang penulis di New York dalam komuniti rahsia ahli-ahli sihir serta penemuan makhluk mistik.
Review : #MovieReview - Fantastic Beasts and Where to Find Them


10 Rogue One : A Star Wars Story
Pengarah: Gareth Edwards
Tarikh Tayangan: 15 Disember 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
Pelakon: Felicity Jones, Diego Luna, Riz Ahmed, Ben Mendelsohn, Donnie Yen, Jiang Wen, Forest Whitaker, Mads Mikkelsen
Sinopsis 'Rogue One: A Star Wars Story' :
Filem ini adalah di antara "Star Wars: Episode III Revenge of the Sith" dan "Star Wars: Episode IV A New Hope", ketika zaman Empayar. Ia mengisahkan tentang sekumpulan penentang yang bergabung untuk mencuri pelan ke Death Star, iaitu stesen pertempuran bergerak Empayar Galaktik yang mampu memusnahkan seluruh planet.
Review : #MovieReview - Rogue One: A Star Wars Story

Review Filem Moana 2016

09 Moana 
Pengarah: John Musker, Ron Clements
Tarikh Tayangan: 1 Disember 2016
Genre: Animasi
Pelakon: Auli'i Cravalho, Dwayne Johnson, Alan Tudyk, Tommy Lee Jones
Sinopsis Moana :
Filem animasi ini mengisahkan tentang seorang wanita muda yang berlayar untuk mencari sebuah pulau dongeng. Dalam pengembaraan mencari pulau tersebut, dia telah ditemani oleh wiranya, Maui.
Review : #MovieReview - Moana

Review filem Storks

08 Storks
Pengarah: Doug Sweetland, Nicholas Stoller
Tarikh Tayangan: 22 September 2016
Genre: Animasi / Komedi
Pelakon: Andy Samberg, Kelsey Grammer
Sinopsis Storks : 
Burung-burung yang dahulu pernah diajar untuk menghantar bayi kini menghantar pakej untuk sebuah syarikat internet. Bagaimanapun keadaan menjadi kelam-kabut apabila seekor burung bernama Junior secara tidak sengaja menyebabkan sebuah mesin menghasilkan seorang bayi dan kini perlu menghantar bayi itu ke sebuah keluarga sebelum didapati oleh ketuanya.
Review : #MovieReview - Storks


07 Zootopia
Pengarah : Byron Howard & Rich Moore
Tarikh Tayangan: 25 Februari 2016
Genre: Aksi / Animasi / Komedi
Pelakon : Jason Bateman, Ginnifer Goodwin, Shakira, Idris Elba, J.K. Simmons, Octavia Spencer &Bonnie Hunt.
Sinopsis Zootopia : 
Filem arahan Byron Howard & Rich Moore ini mengisahkan tentang seekor musang bernama Nick Wilde tinggal di bandar Zootopia yang terbahagi kepada empat kawasan iaitu Tundratown, Sahara Square, Little Rodenta, dan Burrowborough. Wilde perlu mencari jalan keluar apabila dia dituduh melakukan satu jenayah yang tidak dilakukannya. Seekor arnab, Lt. Judy Hopps, yang juga anggota polis di bandar tersebut cuba untuk menjejaki musuh sebenar dan mendapati dirinya terpaksa bekerjasama dengan Wilde.
Review : #MovieReview - Zootopia

Review film Finding Dory 2016

06 Finding Dory
Pengarah: Andrew Stanton
Tarikh Tayangan: 16 Jun 2016
Genre: Pengembaraan / Animasi / Komedi
Pelakon: Ellen Degeneres, Ed O'Neill, Ty Burrell, Kaitlin Olson, Albert Brooks, Eugene Levy, Diane Keaton
Sinopsis Finding Dory :
Kesinambungan selepas kejadian "Finding Nemo", Dory yang mengidap amnesia secara tiba-tiba kembali ingat zaman kanak-kanaknya. Ditemani oleh Nemo dan Marlin, dia telah mengembara bagi mencari keluarganya. Dia kemudian mendapati dirinya berada di Institut Hidupan Marin Monterey, di mana dia bertemu dengan paus putih Beluga bernama Bailey, paus jerung bernama Destiny dan juga Octopus bernama Hank.
Review : #MovieReview - Finding Dory


05 BoBoiBoy The Movie
Pengarah: Mohd Nizam Abdul Razak
Tarikh Tayangan: 3 Mac 2016 (Malaysia) | 13 April 2016 (Indonesia)
Genre: Animasi
Pelakon :  Nur Fathiah Diaz, Anas Abdul Aziz, Dzubir Mohamed Zakaria
Sinopsis Boboiboy The Movie : 
Filem dari siri animasi yang popular "BoBoiBoy The Movie" mengisahkan tentang sekumpulan makhluk asing bernama The Tengkotak tiba di bumi dan menculik Ochobot. Mereka mahu menggunakannya untuk mencari sebuah Sfera Kuasa yang tersembunyi di bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya perlu menyelamatkan Ochobot dan membongkar rahsia di sebalik Sfera Kuasa tersebut.
Review : #MovieReview - Boboiboy The Movie


04 The Conjuring 2
Pengarah: James Wan
Tarikh Tayangan: 9 Jun 2016
Genre: Seram
Pelakon: Patrick Wilson, Vera Farmiga
Sinopsis The Conjuring 2 : 
Selepas mengendali kes di sebuah rumah ladang di Rhode Island, penyiasat paranormal Ed Warren dan isterinya Lorraine Warren kembali, dan kali ini mereka mengembara ke England untuk menyiasat roh jahat di sebuah kediaman di London Borough, Enfield.
Review : #MovieReview - The Conjuring 2


03 Lights Out
Pengarah: David F. Sandberg
Tarikh Tayangan: 21 Julai 2016
Genre: Seram
Pelakon: Teresa Palmer, Gabriel Bateman, Alexander DiPersia
Sinopsis Lights Out :
Filem seram arahan David F. Sandberg ini adalah adaptasi daripada filem pendek "Lights Out" (2013), yang mengisahkan tentang seorang wanita yang dihantui oleh makhluk yang hanya muncul apabila lampu dipadamkan.
Review : #MovieReview - Lights Out

Review Filem Sing 2016

02 Sing
Pengarah: Garth Jennings
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2016
Genre: Animasi / Komedi / Muzikal
Pelakon: Matthew McConaughey, Reese Witherspoon, Seth MacFarlane, Tori Kelly, John C. Reilly, Taron Egerton, Scarlett Johansson
Sinopsis SING : 
Filem arahan Garth Jennings ini mengisahkan tentang seekor koala bernama Buster yang memiliki sebuah teater. Dia kemudiannya meminta bantuan rakan baiknya untuk memajukan perniagaan teater itu dengan menganjurkan pertandingan menyanyi.
Review : #MovieReview - SING


01 Captain America : Civil War
Pengarah: Joe Russo, Anthony Russo
Tarikh Tayangan: 28 April 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan / Superhero
Pelakon: Chris Evans, Robert Downey Jr., Scarlett Johansson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Emily VanCamp, Don Cheadle, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Paul Bettany, Elizabeth Olsen, Paul Rudd, Frank Grillo, Daniel Brühl, William Hurt
Sinopsis Captain America : Civil War : 
Filem ini mengambil tempat selepas kejadian dalam"Avengers: Age of Ultron" dengan Captain America perlu berdepan dengan masalah baru, yang mana pihak kerajaan mahu mengawal kesemua aktiviti adiwira. Captain America dan Iron Man mempunyai pendapat bertentangan tentang tindakan kerajaan itu, menyebabkan tercetusnya perang saudara antara bekas sekutu ini.
Review : #MovieReview - Captain America : Civil War

fin.

Post a Comment

1 Comments