#MovieReview - Storks

Review filem Storks

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Siapa kata Burung Stork boleh hantar bayi je. Sekarang tidak lagi, sebab burung-burung Stork ini dah pandai cari makan dengan menghantar barang yang diberi secara online. Amboi dah upgrade sekarang haha. Filem "Storks" mula ditayangkan  pada 23 September lalu, rata-rata memberi review yang positif dan negatif. Best ke tak? ::Amaran : Spoiler:: 

Review filem Storks

Saksikan Trailer "Storks"!
Download Storks 2016

SINOPSIS Storks
Burung-burung yang dahulu pernah diajar untuk menghantar bayi kini menghantar pakej untuk sebuah syarikat internet. Bagaimanapun keadaan menjadi kelam-kabut apabila seekor burung bernama Junior secara tidak sengaja menyebabkan sebuah mesin menghasilkan seorang bayi dan kini perlu menghantar bayi itu ke sebuah keluarga sebelum didapati oleh ketuanya.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 22 September 2016
Genre: Animasi / Komedi
Durasi: 1 Jam 26 Minit
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Andy Samberg, Kelsey Grammer
Pengarah: Doug Sweetland, Nicholas Stoller
Format: 2D


Review filem Storks

REVIEW Storks
Sebelum menonton filem ini, sila bersedia dari fizikal dan mental, sebab filem ni kelakar teruk! haha. Jalan cerita yang menarik dan penuh dengan adengan yang lucu. Selain itu, filem ni sangat merbahaya sebab banyak sangat 'cuteness overload' dari baby yang comel-comel tu hahaa.

Review filem Storks
Kebanyakkan watak dalam filem animasi ni adalah 'unexpected' , lagi-lagi geng serigala yang teruja dengan kecomelan bayi tersebut. Watak utama pon best jugak dan of course, bayi comel yang mencuri perhatian Momi hehe. Selain itu, ada beberapa adengan yang masih melekat di fikiran, antaranya adengan lawan dengan penguin. Semua orang dalam wayang gelak tak ingat haha. 

Keseluruhannya, sangat menarik dan awesome. Memang sesuai bawak anak-anak menonton sekali. Filem ni bukan sahaja kelakar tapi padat dengan pengajaran serta mampu buat korang sebak. Selamat menonton :)

Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG


Poster Storks 2016 Download |   Storks 2016 Subtitle | Sinopsis Storks 2016 Synopsis | Poster Storks 2016 Review | Storks 2016 Malay Subtitle | Storks 2016 Torrent | Review filem Storks 2016 | Barisan pelakon Storks 2016  Review filem Storks 2016 

**all picture belongs to 
www.storksmovie.com.

Post a Comment

0 Comments