#MovieReview - Batman V Superman : Dawn of Justice

23:05:00 Rafzan Tomomi 3 Comments

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Bila filem superhero popular, of course Momi takkan lepaskan peluang untuk menonton. Filem "Batman V Superman : Dawn of Justice" ni dikatakan tak best dan bosan. Eh betul ke? Nak tahu betul ke tak teruskan baca.  ::Amaran : Spoiler:: 


Saksikan Trailer "Batman V Superman : Dawn Of Justice"!
Download Batman V Superman : Dawn of Justice 2016

SINOPSIS BATMAN V SUPERMAN : DAWN OF JUSTICE
Batman mahu menumpaskan Superman kerana bimbang dengan tindakan Superman. Sementara mereka berdua bertempur, Lex Luthor mencipta ancaman baru iaitu Doomsday. Kedua-dua mereka perlu mengenepikan perbezaan mereka dan bersama dengan Wonder Woman menghentikan rancangan Lex Luthor dari memusnahkan Metropolis. Filem arahan Zack Snyder ini dibintangi oleh Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Jesse Eisenberg, Diane Lane, Laurence Fishburne, Jeremy Irons dan Gal Gadot.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 Mac 2016
Genre: Aksi / Superhero
Durasi: 2 Jam 31 Minit
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Format: 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX, 2D AURO



REVIEW
Jika korang adalah peminat filem superhero mesti korang teruja untuk menonton. Momi bernasib baik sebab abang Momi seorang peminat filem genre macamni dan dia terangkan apa sebenarnya yang berlaku dan akan berlaku dalam filem Batman vs Superman ni. Ia tidaklah tak best seperti yang Momi sangkakan. Seperti biasa, kalau filem superhero ni memang 'full house' okay.


Untuk pengetahuan korang, filem Batman V Superman : Dawn of Justice adalah permulaan untuk team Justice League (ala yang macam Avangers tu) yang filemnya akan ditayangkan pada November 2017. Jalan cerita dia menarik tapi agak lambat sikit sehingga bahagian tengah. Filem ni jugak agak serius berbanding Avengers, sebab tu ceritanya buat Momi rasa sedikit lambat. Filem ni pada Momi lebih memfokuskan Batman berbanding Superman. Sila jangan marah Batman haha. Apa yang menariknya filem ini ialah kemunculan Wonder Woman. Dia sangat gorgeous dan cool okay. Lepastu, ada kemunculan "Doomsday" tu memang dah mula dah aksi letop letop tu haha.

Overall, Momi berpuas hati dengan filem ni. Tak terlalu teruja, tapi mungkin Justice League dapat membuat Momi jadi peminat tegar DC universe ni (walaupun dihati ini milik Captain America haha). Kepada mereka yang memang peminat DC, konfem korang teruja untuk filem ini (orang sebelah I, salah seorang peminat komik DC, tepuk-tepuk tangan seronok menonton haha). Lepas ini ada filem-filem dari Team Justice League mula dari tahun ni sampai 2020. Dah bersedia? hehe.



Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG

all photo credits to batmanvsuperman.dccomics.com

Poster Batman V Superman : Dawn of Justice 2016 Download | Poster Batman V Superman : Dawn of Justice 2016 Subtitle | Sinopsis Poster Batman V Superman : Dawn of Justice 2016 Synopsis | Poster Batman V Superman : Dawn of Justice 2016 Review | Poster Poster Batman V Superman : Dawn of Justice 2016 | Poster Batman V Superman : Dawn of Justice 2016 Torrent | Review filem Poster Batman V Superman : Dawn of Justice 2016 | Barisan pelakon Poster Batman V Superman : Dawn of Justice 2016 |  Review film Poster Batman V Superman : Dawn of Justice 2016

3 comments:

  1. Dah lama tak tengok wayang.. Kurang minat sebenarnya citer2 gini.. Haha! Klu spiderman layan pulak.. Apekah?😂

    ReplyDelete
  2. akak bagi 4/5 bintang jugak..suka tengok Wonder woman..cunnnnnn....Gal gadot yang sado..hehehehe

    ReplyDelete
  3. saya dah tgk citer ni. a bit heavy dan susah nak inter-prate at first. Tapi lama2 dah digest baru paham. cuma xpuas hati scene superman mati.. yer tau superhero xkan mati kan.. but still xpuas hati sbb xnmpk superman tu yg kacak tu hidup depan mata. hahah

    ReplyDelete