#MovieReview - Dr. Strange

(sumber : diymag.com)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Geng Marvel kembali buat anda rasa 'awesome'. Sebenarnya tengok 2 minggu lepas, disebabkan terlalu sibuk baru lah nak update. Filem "Dr. Strange" mula ditayangkan pada 27 Oktober lalu. Sehingga 9 November, kutipan filem ini sebanyak $332 Juta Dollar. Best ke tak?   ::Amaran : Spoiler:: 

(Sumber : www.geeksofdoom.com)


Saksikan Trailer "Dr. Strange"!
Download Dr. Strange 2016

SINOPSIS Dr. Strange
Seorang doktor bernama Stephen Vincent Strange merupakan seorang pakar bedah saraf yang bijak tetapi angkuh. Selepas kerjayanya musnah, dia mendapat kehidupannya kembali apabila seorang ahli sihir mengambil keputusan untuk mengambilnya dan melatihnya untuk mempertahankan dunia daripada kuasa jahat.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2016
Genre: Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 1 Jam 55 Minit
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Benedict Cumberbatch, Chiwetel Ejiofor, Rachel McAdams, Michael Stuhlbarg, Mads Mikkelsen, Tilda Swinton
Pengarah: Scott Derrickson
Format: 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX

Review Filem Dr Strange Malay
(sumber : www.tclchinesetheatres.com)

REVIEW Dr. Strange
Serius 'awesome'! Kalau anda menonton filem ini pasti akan terpukau dengan CGI nya yang melampau cantiknya. Memandangkan Momi salah seorang peminat filem Marvel, filem ini memang menarik dan paling penting, filem ni tak serius sangat haha. Dr.Stephen Strange yang sangat tinggi egonya, memang buat anda rasa menyampah dekat dia haha.

Seperti yang Momi dah beritahu bahawa CGI-nya memang buat anda tak kelip mata. Masa adengan berlawan yang sangat menarik dan teruja betul Momi menontonnya. Bayangkan bangunan sekeliling boleh bertukar jadi lantai. Menariknya, anda tak akan stress menonton sebab filem ini diselitkan dengan unsur humor. Bayangkan sedang berlawan dengan orang jahat boleh buat lawak haha.

Keseluruhannya, Momi sangat suka dan berpuas hati dengan filem "Dr. Strange". Untuk pengetahuan anda, Dr. Strange adalah sebahagian dari geng Avengers, akan bersama dalam filem Avengers : Infinity War yang dijangka akan berada di pawagam pada Mei 2018. Teruja betul ! hehe.

Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG


Poster Dr. Strange 2016 Download |  Dr. Strange 2016 Subtitle | Sinopsis Dr. Strange 2016 Synopsis | Poster Dr. Strange 2016 Review | Dr. Strange 2016 Malay Subtitle | Dr. Strange 2016 Torrent | Review filem Dr. Strange 2016 | Barisan pelakon Dr. Strange 2016  Review filem Dr. Strange 2016 

Post a Comment

0 Comments