Hanya Yang Terbaik 2025 (Versi KPOP)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! After so long tak buat artikel mengenai Best Song (lagu best) setiap hujung tahun. Jadi setelah hampir sedekat tak buat (kali terakhir pada tahun 2017), MOMI akan kembalikan dengan format baru Hanya Yang Terbaik mengikut tahun. Untuk artikel pertama Hanya Yang Terbaik 2025, MOMI akan pilih lagu-lagu yang berkaitan K-POP (Korean Pop). Dah bersedia nak lihat lagu K-POP Pilihan Rafzan Tomomi untuk tahun 2025? Mari sambung baca.

Hanya Yang Terbaik 2025 (Versi KPOP)
Hanya Yang Terbaik 2025 (Versi KPOP)

Anda mungkin berminat untuk baca artikel ini :

10 Lagu K-POP 2025 Pilihan Rafzan Tomomi

Lebih kurang 100 lebih lagu K-POP yang MOMI berjaya senaraikan. Berikut adalah senarai 10 lagu K-POP Pilihan Rafzan Tomomi untuk tahun 2025. Semua lagu ini dipilih kerana ada lirik bahasa Korea dalam lagunya.

Disclaimer : Ini adalah berdasarkan apa yang MOMI selalu dengar untuk tahun 2025. 

Top 10


10 JENNIE - Like Jennie [Video Muzik]
Penulis : Jennie, Tayla Parx, Amanda "Kiddo A.I." Ibanez, Zico, Thomas Pentz, Jorge Alfonso Sr.
Produser :  Diplo, Leclair, Jorge

Takkan tak masuk dalam senarai, salah seorang anggota kumpulan BLACKPINK. "Like Jennie" adalah salah satu lagu terbaik dalam album studio pertama Jennie, Ruby yang telah diriliskan pada awal tahun 2025. Pertama kali dengar rasa meremang dan ya, ini lah lagu yang sepatutnya dinyanyikan oleh Jennie! Banyak juga lagu menarik dalam album Ruby seperti Starlight, Love Hangover, Mantra, Extra L tetapi MOMI tetap pilih "Like Jennie" antara yang terbaik!

09 IVE - REBEL HEART [Video Muzik]
Penulis : Nietzsche
Muzik :  Emily Harbakk, Ryan S. Jhun, Thomas Gustafsson, Jimmy Jansson, Maia Wright, Jack Brady, Jordan Roman

Walaupun tahun ini IVE ada dua single title seperti "Attitude" dan "XOXZ", lagu REBEL HEART adalah lagu yang MOMI ingat dari IVE untuk tahun ini. REBEL HEART sangat berbeza dari genre yang IVE pernah bawa sebelum ini. Lagu ini sangat catchy dan lirik juga menarik. Lagu REBEL HEART ini boleh anda dengar dalam trek pertama EP, Ive Sympathy.

08 MADEIN - Saturn [Video Muzik]
Penulis : Kim Min-goo (NiNE), Lee Ye-jun (NiNE), Choi Sung-hyuk (NiNE), Lee Hyo-min (NiNE), Choi Woo-jung (NiNE)
Produser :  Kim Min-goo (NiNE), DM

Pertama kali dengar, rasa macam vibe-vibe lagu STAY (oleh BLACKPINK). Dah lama tak dengar lagu slow pop macamni. Saya ingat saya putar lagu ini di Spotify hampir setiap hari sebab suka vibe lagunya dan sedikit misteri sebab penghujung lagunya habis begitu sahaja. I was like "okay, kena ulang semula ni". Akhirnya, MOMI tersangkut dan suka lagu ini. 

07 BABYMONSTER - WE GO UP [Video Muzik]
Penulis : Where the Noise, Sandra Wilkström, Choice37, Lauren Aquilina, YG
Muzik :  Diggy, Where the Noise, Kang Uk-jin, Sandra Wilkström, Dee.P, P.K.

Salah satu kumpulan K-POP generasi kelima yang menjadi tumpuan peminat K-POP sekarang. Dengan kekuatan vokal mereka serta vibe lagu yang menarik, lagu WE GO UP menjadi pilihan MOMI tahun ini. Sedikit kelainan untuk lagu ini, dinyanyikan oleh dua rapper BABYMONSTER, RUKA dan ASA. Sebenarnya rindu suara RAMI dalam lagu BABYMONSTER, semoga RAMI kembali tahun depan okay? 

06 BLACKPINK - JUMP [Video Muzik]
Penulis : Teddy, Zikai, Claudia Valentina, Jumpa, Malachiii, Jesse Bluu
Muzik :  Teddy, Diplo, 24, Zikai, Claudia Valentina, Jumpa, Malachiii, Jesse Bluu

OMG! BLACKPINK kembali tahun 2025 dengan konsert jelajah mereka. Sedihnya Malaysia tiada dalam senarai untuk mereka adakan konsert disini. Nasib baik BLACKPINK meriliskan single digital mereka, JUMP tahun ini. Terubat sikit rindu nak dengar mereka menyanyi. Kali terakhir mereka riliskan lagu pada 2023. Lagu JUMP sangat berbeza dari apa yang BLACKPINK selalu bawakan. Memang sesuai untuk konsert Deadline. Dengarnya mereka akan kembali ada Januari 2026 dengan album studio. Sama-sama lah ye kita tunggu. 

Top 5


05 HUNTR/X - Golden [Video Muzik]
Penulis : EJAE, Mark Sonnenblick
Produser :  24, Ido, Teddy, Ian Eisendrath

Demam K-POP Demon Hunter, punca MOMI dengar lagu ini. Sering diputarkan dimana-mana, lagu Golden dari HUNTR/X telah berjaya duduk dalam lima terbaik tahun ini. Sejujurnya, MOMI belum berkesempatan untuk menonton K-POP Demon Hunter, tetapi lagu ini serius best. Puas hati dengar HUNTR/X, terutamanya EJAE menyanyi. Memang terbaik!



04 MEOVV - HANDS UP [Video Muzik]
Penulis : Teddy,Vince, 24
Produser :  Teddy, 24

Kumpulan dari THE BLACK LABEL ini juga menjadi perhatian semasa mereka debut tahun lepas menerusi lagu "MEOW". Tahun ini, mereka kembali dengan lebih vass dan lebih mantap dengan sebuah lagu dalam trek pertama EP "My Eyes Open VVide", berjudul "HANDS UP". Lagu yang catchy dan sangat hype buat MOMI berulang kali dengar tahun ini. It's pretty solid song I think

------

Honourable Mention

Sebelum kita masuk ke 3 lagu K-POP terbaik, MOMI nak senaraikan beberapa buah lagu yang boleh anda dengar selain dari senarai pilihan yang ada ni. Semua lagu ini MOMI suka cuma tak dapat masuk senarai 10 teratas pilihan MOMI.

  • LE SSERAFIM, j-hope - Spaghetti
  • TWICE - This Is For
  • AtHeart - Plot Twist
  • Baby DON'T Cry - F Girl
  • aespa - Rich Man
  • ILLIT - Billyeoon Goyangi (Do the Dance)
  • Hwasa - Good Goodbye
  • ALLDAY PROJECT - FAMOUS
  • aespa - Dirty Work
  • ITZY - TUNNEL VISION

Top 3


03 NMIXX - Blue Valentine 
Penulis : J14 (Full8loom), Youra (Full8loom), danke, Kook Ji-won (Jamfactory), Moon Seol-li, jellybean (153/Joombas), Milena, SEORA
Muzik :  KASS, Sevn Dayz, Stalking Gia


NMIXX did it again! Dah lama tak dengar lagu NMIXX, tetapi mereka kembali pada Oktober lalu dengan sebuah lagu dalam album studio pertama mereka, "Blue Valentine". Kali terakhir layan lagu NMIXX 2023 rasanya, tetapi Blue Valentine telah mencuri perhatian MOMI. Lagu ini macam rock style tapi ada bahagian dari perlahan ke laju tu kemudian masuk bahagian korus terus hype. No wonder menang 9 kali dalam Music Show termasuk Show Champion, M Countdown, Inkigayo dan banyak lagi.

02 izna - SIGN
Penulis : VVN, Vince, Zikai, KUSH
Produser :  VVN, Teddy, Zikai, KUSH


Tak tahu kenapa, pertama kali dengar lagu SIGN dari izna ini terus mencuri perhatian MOMI. Mungkin sebab vokal dan susunan muzik yang mudah untuk didengar. Memandangkan MOMI mengikuti perkembangan izna sejak dari rancangan i-land 2 lagi, setakat ini SIGN adalah lagu kegemaran MOMI buat masa ini. Sedihnya, Yoon Jiyoon tak dapat sesama dalam lagu ini dan beliau pon sudah meninggalkan kumpulan ini Ogos lalu kerana masalah kesihatan. Anda boleh dengar juga lagu "BEEP' dan "Mamma Mia" dari izna. Sure gonna love it! 

Hanya Yang Terbaik 2025 K-POP


01 Heart2Hearts - The Chase
Penulis : Kenzie
Muzik :  Lauren Faith, Hannah Yadi, Jorja Douglas, Renee Downer, Stella Quaresma, Kenzie, no2zcat


Kumpulan terbaru dari SM Entertainment yang baru sahaja debut awal tahun ini telah berjaya mencuri perhatian MOMI. Dari album single pertama mereka "The Chase" (juga tajuk lagu utama) telah diriliskan Februari lalu. Mungkin rasa teruja melihat kumpulan bersaiz 8 orang ini debut , teringat vibe macam Girls Generation. Lagu The Chase sememangnya lagu yang boleh dikatakan hampir setiap hari diputarkan di Spotify dan menjadikan lagu ini paling banyak diputarkan dalam senarai main Spotify MOMI tahun ini. Lagu yang menenangkan dan alunan melodi yang membuaikan. Memang terbaik hehe! 

-------------------------

Haaa akhirnya berjaya juga keluarkan artikel ini. Ambil masa juga nak menulis artikel ini tau. Jadi begitulah lagu-lagu K-POP pilihan Rafzan Tomomi tahun 2025. Semoga MOMI dapat teruskan untuk tahun seterusnya. Bakal menyusul artikel Hanya Yang Terbaik versi lagu Antarabangsa dan Melayu. Harap anda semua enjoyss! Apa lagu K-POP kegemaran anda untuk tahun 2025? Marilah kongsi bersama MOMI hehe.



Post a Comment

0 Comments