Hanya Yang Terbaik 2025 (Versi Lagu Antarabangsa)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Ini adalah bahagian terkahir untuk artikel Hanya Yang Terbaik 2025. Seterusnya, untuk aktikel ini pula MOMI akan pilih lagu-lagu yang Antarabangsa untuk Hanya Yang Terbaik 2025 (Versi Lagu Antarabangsa). Dah bersedia nak lihat lagu Antarabangsa Pilihan Rafzan Tomomi untuk tahun 2025? Mari sambung baca.

Hanya Yang Terbaik 2025 (Versi Antarabangsa)
Hanya Yang Terbaik 2025 (Versi Antarabangsa)



Anda mungkin berminat untuk baca artikel ini :

10 Lagu Antarabangsa 2025 Pilihan Rafzan Tomomi

Lebih kurang 50 buah lagu antarabangsa (terutamanya berbahasa Inggeris) yang MOMI berjaya senaraikan. Berikut adalah senarai 10 lagu antarabangsa pilihan Rafzan Tomomi untuk tahun 2025. Semua lagu ini dipilih kerana bahasa inggeris sepenuhnya (termasuk artis KPOP) dalam lagunya.

Disclaimer : Ini adalah berdasarkan apa yang MOMI selalu dengar untuk tahun 2025. 

Top 10


10 LISA - Dream [Video Muzik]
Penulis : Lisa, Shintaro Yasuda, her0ism, Felicia Ferraro, Tamposi
Produser :  Shintaro Yasuda, her0ism

Tahun 2025, anggota kumpulan BLACKPINK LISA kembali dengan solonya. Kali ini beliau kembali dengan sebuah album yang merupakan album pertamanya, Alter Ego. Walaupun ada 5 single utama dalam album tersebut, Dream yang berjaya mencuri hati MOMI. Lagu ballad ini sememangnya membuat anda terbuai dengan melody dan temponya. Bila tengok muzik video filem pendeknya, memang sedih dan galau gitu. Kira lagu galau versi omputeh gitu haha. Love this song!

09 Miley Cyrus - Dream As One [Video Muzik]
Penulis : Miley Cyrus, Mark Ronson, Andrew Wyatt, Simon Franglen
Produser :  Miley Cyrus, Mark Ronson, Andrew Wyatt

Lagu runut bunyi untuk filem Avatar : Fire And Ash ini sememangnya pilihan top 10 MOMI tahun ini. Walaupun baru sahaja diriliskan, lagu ini berjaya mencuri perhatian MOMI. Vokal Miley Cyrus sangat kena dengan lagu ini. Rasa macam dengar lagu The Climb tapi versi baharu. Which is lebih baik dan lebih mantap. Memang kenalah dengan jiwa MOMI.

08 LISA, Doja Cat, RAYE - Born Again [Video Muzik]
Penulis : Rachel Keen, Amala Zandile Dlamini, Andrew Wells, Anthony Rossomando
Produser :  RAYE, Andrew Wells

Okay lagu ini sememangnya tak dijangka, kolaborasi antara 3 penyanyi. LISA, Doja Cat dan RAYE memang telah menjadikan kolaborasi ini sangat mantap menerusi lagu Born Again. Dalam banyak bahagian pada lagu ini, MOMI masih teruja dengan bahagian RAYE nyanyi yang laju tu. Lagu ini pada asalnya lagu demo dari RAYE sebagai trek untuk album sulungnya, tetapi lagu ini telah ditolak oleh bekas labelnya. Lagu ini kemudiannya telah diolah semula dan dikeluarkan sebagai kolaborasi LISA bersama Doja Cat dan RAYE pada 6 Februari 2025. Such a masterpiece!

07 Tyla - CHANEL [Video Muzik]
Penulis : Tyla Seethal, Ian Kirkpatrick, Douglas Ford, Bardriia Bourelly, Richard Olowaranta Mbu Isong
Produser :  P2J, Ian Kirkpatrick

Pertama kali discover lagu ini masa main game GTA 5 Server Adik Beradik Roleplay. Sebab dalam game tu ada emote menari lagu ini. Boleh tengok dekat sini. Rupanya lagu ini ada trend menari dekat TikTok, patutlah lagu ini tetiba popular. Lama-lama dengar layan jugak lagu ni. MOMI juga pertama kali dengar nama Tyla ni. 

06 KATSEYE - Gnarly [Video Muzik]
Penulis : Alice Longyu Gao, Tim Randolph, Kyle Buckley, Jacob Kasher Hindlin, Madison Love
Muzik :  Buckley, "Hitman" Bang,  Slow Rabbit

Everything Gnarly~ . KATSEYE tahun ini telah berjaya mengumpul lebih ramai peminatnya menerusi lagu Gnarly. Mula-mula macam pelik jugak dengar lagu ini tapi lama-lama rasa suka pulak bila dengar banyak kali. Dari imej Debut dan Touch yang penuh karisma tetiba ke imej gila seperti Gnarly is insane. Selain Gnarly, anda boleh juga dengar lagu Gabriela dan Game Boy yang turut dimuatkan dalam EP kedua mereka, Beautiful Chaos. 

Top 5


05 ROSE - Messy [Video Muzik]
Penulis : Rosé, Cleo Tighe, Delacey, Matthew James Burns, Peter Rycroft
Produser :  Lostboy, Burns

Disebabkan MOMI suka lagu dalam album ROSE pertama, Rosie. MOMI masukkan juga lagu runut bunyi untuk filem F1 The Movie dalam TOP 5 lagu antarabangsa (sebab tahun 2024 tak buat senarai lagu macam ni T.T). Pilihan yang tepat pilih ROSE sebagai penyanyi untuk lagu ini, memang suka sangat vibe suara beliau. Can I say more? It's already a masterpiece haha! Tak sabar nak tunggu lagu ROSE yang seterusnya.  

04 Doechii - Anxiety [Video Muzik]
Penulis : Jaylah Hickmon, Wally De Backer, Luiz Bonfá
Produser :  Doechii

Rasa macam pernah dengar lagu ini sebelum ini kan? Sebenarnya MOMI baru tahu yang lagu Anxiety ini telah dikeluarkan awal di YouTube pada tahun 2019 kemudian diriliskan secara rasmi pada tahun 2025. Untuk pengetahuan anda, lagu Anxiety telah menggunakan sampel lagu "Somebody That I Used to Know" pada tahun 2011 oleh Gotye menampilkan Kimbra, yang juga merupakan sampel instrumental Luiz Bonfá "Seville" (1967). No wonder-lah macam pernah dengar bahagian awal lagu ni. 


Top 3


03 Lady Gaga - Abracadabra
Penulis : Lady Gaga, Andrew Watt, Henry Walter, Susan Janet Ballion, Peter Edward Clarke, Steven Severin, John McGeoch
Produser :  Lady Gaga, Andrew Watt, Cirkut


Old Lady Gaga is back! Lagu Abracadabra ini mengembalikan kenangan lagu-lagu awal Lady Gaga seperti Bad Romance, Born This Way dan Applause. One of the best work this year. MOMI mula layan semasa main game Roblox, Dress To Impress dimana Lady Gaga berkolaborasi bersama game tersebut. Lama-lama layan lagu ni best pulak. Jadi begitulah ia masuk dalam Top 3 untuk tahun 2025. 

02 Selena Gomez, benny blanco - How Does It Feel To Be Forgotten
Penulis : Selena Gomez, Benjamin Levin, John Sudduth, Justin Tranter, William Fly
Produser :  Benny Blanco, Bart Schoudel


Tak tahu kenapa, lagu-lagu Selena Gomez sememangnya MOMI suka dari dulu lagi. Dah lama Selena tak rilis album, akhirnya tahun 2025 beliau kembali dengan sebuah album bersama Benny Blanco, I Said I Love You First. Dua buah lagu menjadi lagu kegemaran MOMI, dan salah satunya adalah lagu ini "How Does It Feel To Be Forgotten" dan "Ojes Tristes". MOMI suka melodi lagu "How Does It Feel To Be Forgotten" dan liriknya. 

Hanya Yang Terbaik Lagu Antarabangsa 2025


01 Taylor Swift - The Fate of Ophelia
Penulis : Taylor Swift, Max Martin, Shellback
Produser :  Taylor Swift, Max Martin, Shellback


Yess! Inilah dia lagu ditempat pertama dalam senarai lagu antarabangsa. MOMI sangat teruja untuk album terbaru dari Taylor Swift, The Life of a Showgirl. Lagu ini sememangnya catchy dan sangat menghiburkan. Bila dengar tu rasa seronok dan happy. Album sebelum ini MOMI hanya dengar sekali dua, jadi bila beliau kembali dengan album ini, memang teruja sangat. Selain lagu ini, anda juga boleh dengar lagu-lagu dalam album The Life of a Showgirl, seperti Opalite, CANCELLED, Father Figure dan The Life of a Showgirl, duet bersama Sabrina Carpenter. Thank you Taylor for this song! 

-------------------------

Haa itulah dia lagu-lagu antarabangsa pilihan Rafzan Tomomi untuk tahun 2025. Harap anda semua enjoyss! Yeahh! Akhirnya selesai semua artikel Hanya Yang Terbaik 2025. Semoga dapat diteruskan setiap tahun la ye. Haa alang-alang tu, apa lagu antarabangsa kegemaran anda untuk tahun 2025? Marilah kongsi bersama MOMI hehe.




Post a Comment

0 Comments