Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Baru sahaja keluarkan artikel pertama Hanya Yang Terbaik 2025 (Versi K-POP). Seterusnya, untuk aktikel ini pula MOMI akan pilih lagu-lagu Melayu yang dikeluarkan pada tahun 2025 untuk Hanya Yang Terbaik 2025 (Versi Lagu Melayu). Dah bersedia nak lihat lagu Melayu Pilihan Rafzan Tomomi untuk tahun 2025? Mari sambung baca.
![]() |
| Hanya Yang Terbaik 2025 (Versi Lagu Melayu) |
Anda mungkin berminat untuk baca artikel ini :
- BEST 2017 SONGS
- BEST 2016 SONGS
- Hanya Yang Terbaik 2025 (Versi Lagu K-POP)
- Hanya Yang Terbaik 2025 (Versi Lagu Antarabangsa)
10 Lagu Melayu 2025 Pilihan Rafzan Tomomi
Lebih kurang 50 buah lagu bahasa Melayu (dan campur bahasa Inggeris) yang MOMI berjaya senaraikan. Berikut adalah senarai 10 lagu tempatan pilihan Rafzan Tomomi untuk tahun 2025.
Disclaimer : Ini adalah berdasarkan apa yang MOMI selalu dengar untuk tahun 2025.
Top 10
10 Imran Ajmain - Seribu Tahun Lagi [Video Muzik]
Komposer : Amylea Azizan
Penulis Lirik : Amylea Azizan
Produser : Amylea Azizan
Salah satu masterpiece dari komposer, Amylea Azizan ini sememangnya membuat anda mengimbau kembali lagu Imran Ajmain sebelum ini, Seribu Tahun. Bahagian korus paling MOMI suka, Imran berjaya membawa lagu ini dengan cemerlang. Boleh rasa sedih dan rasa kecewanya bila dengar keseluruhan lagu. Lirik bahagian akhir lagu "jangan putus harapan, cerita terhenti disini" memang boleh rasa vibe sedihnya. Anda boleh dengarkan lagu Seribu Tahun Lagi yang turut dimuatkan dalam album Imran Ajmain, Sila Ambil Perhatian.
09 Dato' Sri Siti Nurhaliza, Ade Govinda - Menamakanmu Cinta [Video Muzik]
Komposer : Ade Govinda
Penulis Lirik : Ade Govinda
Produser : Ade Govinda
"Dari berjuta bintang yang terangi dimalamku, kamulah bintang paling terang". Lirik ini memang 'sweet' sangat. Memang sesuai untuk jadikan lagu perkahwinan anda suatu hari nanti (In Sha Allah). Akhirnya duet Dato' Sri Siti Nurhaliza kolaborasi juga dengan Ade Govinda. Lagu ini sememangnya buat anda terbuai dengan liriknya serta suara merdu Dato' Sri Siti Nurhaliza. Of course, masuk dalam senarai 10 terbaik tahun ini hehe.
08 Marsha Milan - Tangisan Seorang Pendosa [Video Muzik]
Komposer : Hazama
Penulis Lirik : Hazama
Produser : Zimi & Genervie Kam
She did it again! Marsha Milan sememangnya sesuai dengan lagu-lagu genre sebegini. Bila dengar lagu ini memang tahu dah lagu siapa. MOMI juga teruja sebab lagu ini ditulis oleh Hazama. Marsha Milan berjaya membawa lagu ini dengan baik disamping lirik yang mantap. Lagu ini juga adalah lagu runut untuk drama popular di TV3, Keluarga Itu. Mungkinkah lagu ini akan berjaya masuk Anugerah Juara Lagu ke-40 nanti? Versi AJL pasti lebih hebat dan lebih mantap.
07 Misha Omar - BREAK [Video Muzik]
Komposer : Melly Goeslow
Penulis Lirik : Melly Goeslow
Produser : Tohpati
Sejujurnya pertama kali dengar, MOMI kurang berminat. Namun, selepas beberapa kali dengar semula sememangnya lagu ini untuk Misha Omar. Kalau lagu galau-galau macam ni, memang tepat kalau Misha Omar yang nyanyikan. BREAK adalah ciptaan sepenuhnya Melly Goeslow, dan liriknya memang galau habis. Lagu ini juga tak terlalu over dan disampaikan dengan baik oleh Misha Omar. Dengarnya ada satu lagi lagu ciptaan Melly Goeslow untuk Misha Omar? Please. Nak dengarr! hehe
06 MIMIFLY - Serumpun [Video Muzik]
Komposer : Mimifly, Cuurley
Penulis Lirik : Mimifly, Cuurley
Okay, lagu raya ni sangat vibes untuk tahun ini. Boleh dapat rasa kemeriahan raya bila dengar. Jarang lagu raya dapat masuk senarai lagu terbaik pilihan MOMI, tapi Serumpun lagu pertama yang berjaya tersenarai. Tahun ini boleh dikatakan tahun untuk MIMIFly mendonia di Malaysia sebab keluarkan lagu-lagu best seperti Angkat, Temberang dan Nara. Serumpun bagi MOMI one of the best MIMIFly works.
Top 5
05 Aisha Retno - Tak Adil [Video Muzik]
Komposer : Aisha Retno, Radi
Penulis Lirik : Aisha Retno
Produser : Jaydi
Pertama kali dengar lagu Tak Adil ni terus suka. Dia macam jarang-jarang dengar lagu tempatan yang ada vibe macamni. Boleh dikatakan macam vibe lagu Taeyeon dan Billie Eilish . Lirik lagu ini juga memang terbaik. Terima kasih Aisha Retno sebab keluarkan lagu ni sebab ini salah satu lagu galau kegemaran MOMI tahun ini. Lirik kegemaran dalam lagu ini, "Kau tak memanusiakan hati, Beri harapan setinggi langit, Lalu kau pergi, Silakan pergi". Puas hati dengar haha! Kepada Aisha Retno, please explore lagi genre-genre yang best, sebab MOMI selalu tunggu apa seterusnya dari Aisha Retno hehe.
04 Dato' Sri Siti Nurhaliza - Hati Yang Rindu [Audio]
Komposer : Usop Kopratasa
Penulis Lirik : Usop Kopratasa
Produser : Hafiz Hamidun
Rasa nak masukkan semua lagu dalam album Gema Bumantara dari Dato' Sri Siti Nurhaliza. Boleh dikatakan semua lagu dalam album tersebut memang terbaik. Dalam 10 buah lagu, Hati Yang Rindu yang paling MOMI suka dan selalu ulang. Kehebatan dan kemerduan vokal Dato' Sri Siti Nurhaliza memang tak dapat disangkal. Lirik yang sangat puitis dan melodi yang menyentuh hati. Harap Dato' Seri dapat buat muzik video untuk lagu ini hehe.
------
Honourable Mention
Sebelum kita masuk ke 3 lagu melayu terbaik untuk tahun 2025, MOMI nak senaraikan beberapa buah lagu yang boleh anda dengar selain dari senarai pilihan yang ada ni. Semua lagu ini MOMI suka cuma tak dapat masuk senarai 10 teratas pilihan MOMI.
- Alpha - Monalisa
- Iman Troye - kita
- Sufian Suhaimi - Takdir
- DOLLA - Question
- Amira Othman, Irfan Haris - Rasa & Takdir
- Naim Daniel - lagu lelaki gila.
- Ara Johari - Terlalu Bodoh
- Aina Abdul - Sesaat
- Ernie Zakri - Dansa
- Hael Husaini & Nadeera - Peluk
- Wani Kayrie - Cak Cak Cekuk
Top 3
03 DOLLA - Mwa!
Komposer : Chelsea Warner, GASTON, Roland Lim Shi Jie, Tabby, Sabronzo, Angel
Penulis Lirik : Chelsea Warner, GASTON, SYA, Yonnyboii, Tabby, Sabronzo, Angel
Produser : GASTON & Roland Lim Shi Jie
DOLLA is back! Selepas Syasya keluar tahun lepas, DOLLA hanya keluarkan lagu Here4U (which is slow song) dan rindu nak dengar lagu DOLLA yang rancak. Tahun 2025, DOLLA kembali dengan sebuah lagu hit, Mwa! Serius rasa teruja dengar lagu Mwa! dengan muzik video yang best. Seperti selalu, DOLLA selalu memberikan terbaik dalam lagu dan juga tarian dalam Mwa! ini. Memang love-lah DOLLA! Baru-baru ini DOLLA kembali dengan lagu Question - yang juga Slay as always!
02 Naim Daniel, Adnin Roslan - Seni Berdamai Dengan Takdir
Komposer : Naim Daniel, Adib Hamdi, Amir Firdaus
Penulis Lirik : Naim Daniel, Adib Hamdi, Amir Firdaus
Produser : Amir Firdaus
Kolaborasi terbaik untuk tahun ini. Semua orang tahu, Naim Daniel punya suara memang sedap dan MOMI rasa terbuai dengan suara Ustaz Adnin. Memang tenang dengar je lagu ini. Kalau duduk sorang-sorang, boleh keluar air mata. Lirik ini memang best "Berlarilah kemana pun, Jika kau milikku, kau milikku". Lagu ini mengingatkan kita sejahat mana pon kita, sebaik mana pun kita, kita pasti akan kembali kepada-Nya. Lagu ini memang terbaik!
Hanya Yang Terbaik 2025 Lagu Melayu
01 Alpha - P Ramlee Saloma
Komposer : Justin Seow, Mohsein Kush, Prem Anand
Penulis Lirik : Justin Seow, Mohsein Kush, Prem Anand
Produser : Justin Seow, Mohsein Kush
Kumpulan lelaki yang baru sahaja debut tahun ini, ALPHA tertanya telah berjaya mencuri hati MOMI dengan lagu P Ramlee dan Saloma. Ini adalah lagu yang pertama kali dengar terus suka. Boleh dikatakan setiap hari ulang lagu ini di Spotify tak pun dekat YouTube. Gabungan vokal semua vokalis dalam kumpulan ALPHA telah berjaya membawa lagu ini dengan baik. Vokal masing-masing memang love ya. Seorang MOMI jarang dengar lagu yang dinyanyikan oleh lelaki banyak kali. tapi this one memang hari hari ulang ya. Bukan lagu ni sahaja, lagu Monalisa dan Bujang pon ulang sekali haha. Harap tahun 2026, ALPHA keluarkan lebih banyak lagu best-best. I'm waiting!!
-------------------------
Alhamdulillah berjaya siapkan artikel kedua Hanya Yang Terbaik 2025. Jadi begitulah lagu-lagu Melayu pilihan Rafzan Tomomi untuk tahun 2025. Banyak sebenarnya lagu melayu kegemaran MOMI tahun ini tapi boleh ulas 10 terbaik sahaja hehe. Bakal menyusul artikel terakhir Hanya Yang Terbaik versi lagu Antarabangsa pula. Harap anda semua enjoyss! Oh, MOMI nak tahu juga apa lagu Melayu kegemaran anda untuk tahun 2025? Marilah kongsi bersama MOMI hehe.


0 Comments