Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Sempena Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) yang bakal berlangsung tidak lama lagi, MOMI akan kemaskini lirik finalis AJL40. Untuk artikel kali ini, MOMI nak kongsikan kepada anda lirik lagu dari Juara AJL40, K.O.I yang berjudul "Tiwikarma". Lagu ini kini boleh didengari di platfrom streaming bermula 16 September 2024. | Lirik Lagu K.O.I - Tiwikarma
![]() |
| Lirik Lagu K.O.I - Tiwikarma |
Penglibatan Dalam Penghasilan Lagu K.O.I - Tiwikarma
Lagu Tiwikarma ini merupakan hasil ciptaan oleh Zai Hamzah & Hemo Globin sebagai komposer dan Ahcoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana & Sapik Sam sebagai penulis lirik. Ia dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming oleh MVM Music Sdn Bhd.
Anda Juga Boleh Baca :
Lirik Lagu K.O.I - Tiwikarma
Berikut adalah Info ringkas serta lirik lagu Tiwikarma yang dinyanyikan oleh K.O.I :
Info Lagu K.O.I - Tiwikarma
Komposer : Zai Hamzah & Hemo Globin
Penulis Lirik : Ahcoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana & Sapik Sam
Producer : Ahcoi Floor 88
(C) & (P) 2025 MVM Music Sdn Bhd
Lirik Lagu K.O.I - Tiwikarma
[Mya Nana]
Hujan Derita Dibawah Langit Gempita
Mulut Dikunci Tidak Mampu Bersuara
Darah Daging Diratah Tempat Mereka Mulia
Jasad Tiada Nyawa Semadi Tiada Tanda
[Khaza Reflex]
Aku Dengar Jeritan Tangisan Suara Memekik
Robekan Mata Hati Buatkan Ku Mula Terusik
Rintihan Jiwa Ini Buat Ku Rasa Tercarik
Menjentik Hati Mati Ego Berang Kian Terdidik
Pandangan Terbalik Yang Salah Di Perbetulkan
Padamkan Yg Baik Yang Salahpun Di Ikutkan
Berada Di Zaman Terakhir Ramai Nak Pertama
Biar Aku Yang Akhir Untuk Ku Pilih Yang Mana
[Nicky E]
Hidupnya Gelap Gelita
Berdepan Dengan Senjata
Mereka Bemandi Darah
Sehingga Hilangnya Keluarga
Si Perampas Kan Terus Berpesta
Meraikan Tangisan Mereka
Doaku Pohon Pada Yang Esa
Untuk Kau Peluklah Anak Anak Syurga
Pertunjukan Apa Yang Kau Mahukan
Apa Lagi Agenda Kau Inginkan
Lemas Sendiri Dalam Kegelapan
Entah Sampai Bila Kau Nak Hentikan
Satu Syahadah Kami Berserah
Taat Pada Yang Maha Kuasa
Impian Dan Juga Harapan Pasti Masih Cerah
Nescaya Nanti Tuhan Akan Kasi Malapetaka
[Mya Nana]
Hujan Derita Dibawah Langit Gempita
Mulut Dikunci Tidak Mampu Bersuara
Darah Daging Diratah Tempat Mereka Mulia
Jasad Tiada Nyawa Semadi Tiada Tanda
[Achoi]
Sedih Duka Nestapa Gundah Gulana Jiwa
Kenang Nasib Saudara Kita Yang Seagama
Rudal Dron Arti Leri Menagih Orang Mati
Luka Merah Berdarah Hijau Hitam Butala
Kiri Kanan Terkepung Kendala Bayangkara
Tekak Kering Dahaga Azab Lapar Menjelma
Lihat Kiri Dan Kanan Sisa Yang Tinggal Nyawa
Tak Pasti Sampai Bila Mungkin Esok Ke Lusa
Henti Bertelagah Kiri, Kanan Dan Tengah
Bersatulah Kita Dibawah Satu Kalimah
Musuh Yang Utama Sejak Kita Dicipta
Dialah Sang Pawaka Yang Penuh Tipu Helah
Penyesat Manusia Batara Cendala Fitnah
Jika Terleka Lajad Paling Gembira
Mencuba Mengubah, Timbangan Neraca
Malam Tukar Hitam,siang Tukar Rangka
Saki Baki Nyawa Yang Ada
Hanya Manusia Terpilih Yang Sabar
Percaya Dengan Dugaannya
Tidak Pernah Berganjak
Tidak Takut Dipijak
Tidak Takut Ditembak Walau Meletop Otak
Tidak Kejar Dunia
Walau Tengah Derita
Tangan Masih Menadah Iman Tak Pernah Pudar
Kami Masih Bersama
Kami Masih Berdoa
Kami Akan Serta Perang Di Alam Maya
Batas Manusia Binatang Buas
Akal Sempurna Ahmak Bisikan Talbis Iblis
Agenda Media Kuasa Yang Tak Kan Habis
Hanya Mampu Berdoa Walau Luka Tak Terhiris
[Mya Nana]
Hujan Derita Dibawah Langit Gempita
Mulut Dikunci Tidak Mampu Bersuara
Darah Daging Diratah Tempat Mereka Mulia
Jasad Tiada Nyawa Semadi Tiada Tanda
Dengar Lagu K.O.I - Tiwikarma
Lagu dari K.O.I, Tiwikarma ini dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 16 September 2024. Official Vizualiser "Tiwikarma" juga telah ditayangkan pada 16 September 2024 di saluran YouTube FUKiKA MUSIC.
Audio > K.O.I - Tiwikarma
Official Vizualiser > K.O.I - Tiwikarma
Carian : Lagu Baru Melayu 2024 | Single K.O.I - Tiwikarma | Lirik Lagu K.O.I - Tiwikarma Mp3 | Lirik Lagu K.O.I - Tiwikarma Download | Lirik Lagu K.O.I - Tiwikarma Mp3 | Lirik Lagu K.O.I - Tiwikarma | Kod Gitar K.O.I - Tiwikarma


0 Comments