Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Setelah setahun tak menulis mengenai tahun baharu (sebab fokus pada gaming), tahun ini kita kembalikan semula artikel 2025 Review & Happy New Year 2026! Baru-baru ini rasa nak menaip sangat tinggi, orang kata terlebih rajin haha. Jadi untuk entri kali ini, MOMI nak berkongsi mengenai imbasan tahun 2025 dan harapan untuk tahun 2026.
![]() |
| 2025 Review & Happy New Year 2026! |
Anda juga berminat untuk baca :
Imbasan 2024-2025
Tahun 2024 dan 2025 ada turun naiknya berbanding tahun lalu. Semua sedia maklum yang MOMI telah keluar dari Jejak Rasa pada Disember 2024 untuk fokus pada bidang baru, iaitu game streamer. Dah lama menyimpan hasrat untuk menjadi game streamer, tak sangka 2024 adalah titik permulaannya. Dari hobi bermain game mobile, kini MOMI sudah ada kelengkapan komputer sendiri untuk stream game.
![]() |
| 2025 Review & Happy New Year 2026! |
Game Streamer
Bukan mudah sebenarnya untuk bertukar ke bidang lain selain dari blog dan content creator. MOMI habis hampir 5-6 ribu untuk beli kelengkapan komputer dengan spek terkini, kerusi dan meja serta keperluan lain seperti headphone dan mikforon. Permulaan sebagai game streamer, YouTube MOMI sebelum ini di jenama semula sebagai BUNNY MOMI. Pertambahan subscriber dari 800 ke 1,200 subscriber sememangnya lebih cepat dari MOMI jangka. Sehingga Disember 2025, saluran BUNNY MOMI kini memilik 1,940 subscriber. Antara game yang MOMI main untuk stream seperti GTA 5 Roleplay, Supermarket Together, Roblox dan banyak lagi.
Blog
Untuk blog pula, pertengahan 2024 sehingga Julai 2025 MOMI memang jarang kemaskini blog. Hanya bayar domain semata-mata nak aktif sahaja. Bila ada masa, memang akan kemaskini juga blog walaupun sekadar lirik lagu. Tahun 2024 dan 2025, Blog MOMI berjaya mencapai 9 Juta pembaca walaupun dah lama tak aktif. Bermula Ogos 2025, MOMI mula aktif semua blogging dan Alhamdulillah masih rajin sehingga arikel ini hehe.
Content Creator
Untuk content creator pula, MOMI berehat seketika dari aktif dia media sosial sebab nak fokus pada game stream. Walaupun tak berapa aktif, tetapi masih ada jenama yang masih mahu berkolaborasi dengan MOMI seperti Marrybrown, Kyochon, AKEMI Home, Fipper, Red Box dan Mi Sedaap. Selain itu, untuk kolaborasi bersama hotel pula, MOMI juga berkesempatan untuk review beberapa buah hotel seperti Wyndhm Amcar Klang, Silka Cheras, Mercure Kuala Lumpur Glenmerie, INNSiDE by Melia dan Marriot Executive Apartments Kuala Lumpur. Selain itu, MOMI juga berpeluang untuk rasai pengalaman menaiki Cruise Piano land dari Port Klang - Pulau Pinang - Port Klang selama 3 hari 2 malam.
![]() |
| 2025 Review & Happy New Year 2026! |
Dua tahun ini secara keseluruhannya sangat mencabar buat seorang MOMI. Sanggup korbankan satu benda untuk ceburi bidang baru, walaupun ia nampak seronok dan mudah tapi hakikatnya Allah sahaja tahu apa yang MOMI lalui. Terima kasih kepada mereka yang selalu ada bersama MOMI terutamanya keluarga dan rakan-rakan yang mewarnai tahun 2025 MOMI dengan pelbagai kenangan yang terindah. Sayang semua orang!
Harapan Tahun 2026
Untuk content creator, semoga MOMI akan lebih banyak menghasilkan content dengan pelbagai kerjasama dan kolaborasi bersama jenama-jenama terbaik. Seterusnya, untuk blog pula MOMI akan aktif kemaskini blog dan aktikel yang terbaik untuk anda. Semangat blogging dah kembali ni hehe. Untuk game streamer pula, semoga bertambah-tambah subscriber di YouTube dan TikTok. Target tahun ni nak 3,000 subscriber. In sha Allah!
![]() |
| 2025 Review & Happy New Year 2026! |
Harapan untuk tahun 2026 ini, semoga seorang MOMI terus kuatkan semangat untuk menghasilkan konten menarik untuk semua orang. MOMI sedang cuba imbangkan untuk aktif di semua media sosial, blog dan juga YouTube gaming. Semoga tahun 2026 ini MOMI akan menjadi yang lebih baik, lebih hebat, lebih rajin dan semoga semuanya dipermudahkan. Doakan MOMI ya ! :)
Ucapan
Selamat menyambut tahun baharu 2026 semua. Akhirnya, bertambah lagi setahun umur kita ya hehe. Terima kasih tahun 2025 sebab banyak mengajar erti bangkit semula, kuatkan semangat dan kecilkan 'circle'. Ternyata ia berkesan dan kurang drama dalam kehidupan. Semoga tahun baharu ini semua orang kembali bersemangat, ceria dan lebih kuat. Semoga tahun ini juga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan.
![]() |
| 2025 Review & Happy New Year 2026! |
MOMI nak minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terguris hati sesiapa atau mana-mana pihak. Kita mulakan tahun 2026 ini dengan semangat baru, azam baru dan penuh dengan keseronokkan. Please jaga diri, jaga kesihatan ya. Sayang semua!






0 Comments