Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Jadi, baru-baru ini MOMI berkesempatan untuk menonton filem animasi baru dari Monsta Studios yang berjudul, Papa Zola : The Movie yang sedang ditayangkan dipawagam bermula 11 Disember 2025. Adakah filem side-character BoboiBoy ini menarik untuk anda tonton? Mari baca ulasan selanjutnya.
![]() |
| Review Filem Papa Zola The Movie |
Sinopsis Papa Zola : The Movie
Filem Papa Zola : The Movie mengisahkan tentang Papa Zola yang merupakan seorang ketua keluarga dan bapa yang bekerja sebagai penghantar makanan dan beberapa kerja sambilan lain demi menyara hidup keluarganya. Namun disebalik kehidupan normal mereka, Papa Zola dan isterinya Mama Zila sebenarnya tidak mengingati kisah silam yang pernah dilalui mereka iaitu melindungi Bumi daripada makhluk asing sebagai anggota Protect and Prevent Agency (PAPA). Pada suatu hari, anak perempuan Papa Zola, Pipi diculik oleh makhluk asing, ini menyebabkan Papa Zola kembali ke agensi PAPA bersama YonB untuk menyelamatkan anaknya. Dalam masa yang sama, makhluk asing cuba menggunakan Power Sphera Cimubot untuk mengubah dunia sebenar menjadi dunia simulasi dengan tujuan untuk menakluki Bumi. Kini Papa Zola mempunyai misi yang jelas; selamatkan dunia dan anaknya Pipi.
Anda mungkin berminat untuk baca artikel seperti berikut :
Trailer Filem Papa Zola The Movie
Berikut adalah Trailer filem Papa Zola : The Movie :
Info Mengenai Filem Papa Zola : The Movie
Filem Papa Zola : The Movie yang berdurasi selama 1 Jam 51 Minit dan diklasifikasikan sebagai P12 serta ditayangkan dalam format 2D dan 2D ATMOS. Filem ini telah mengutip sebanyak 50 Juta Ringgit setakat artikel ini ditulis pada 2 Januari 2026.
Pengarah Filem Papa Zola : The Movie
Filem Papa Zola : The Movie ini telah diarahkan oleh pengarah hebat, Nizam Abdul Razak yang juga pengarah filem BoboiBoy The Movie, BoboiBoy Movie 2, Machamato Movie dan akan datang, BoBoiBoy Movie 3: Gur'latan.
Barisan Pelakon Filem Papa Zola : The Movie
Berikut adalah barisan pelakon suara hebat dalam filem Papa Zola : The Movie :
- Nizam Razak sebagai Papa Zola
- Ieesya Isandra sebagai Pipi Zola
- Noor Ezdiani Ahmad Fawzi sebagai Mama Zila
- Yusuf Bahrin sebagai Kachax
- Aloeng Silalahi sebagai YonB
- Nur Fathiah Diaz sebagai BoBoiBoy / Oboi
- Dzubir Mohamed Zakaria sebagai Gopal / Opal
- Anas Abdul Aziz sebagai Olien
- Mimi Ami sebagai Cimubot
- Ielham Iskandar Mohd Nizam sebagai Otoi
Poster Filem Papa Zola : The Movie
Berikut adalah poster filem Papa Zola : The Movie :![]() |
| Review Filem Papa Zola The Movie |
Ulasan Filem Papa Zola : The Movie
MOMI bukanlah penggemar animasi BoboiBoy tetapi tetap ingin menonton filem ini di panggung wayang (sebab kawan ajak menonton sekali). Pada awalnya MOMI tidak meletakkan harapan tinggi untuk filem ini, mungkin menonton sekadar untuk hiburan sahaja. Bahagian awal filem ini ternyata mengubah persepsi filem ini, terasa dia sampai hati yang dalam ya.
Menariknya lagi filem ini menyaksikan perkembangan kisah bagaimana Papa Zola dan Mama Zila bertemu dan berkahwin serta kisah awal mereka sebagai agen PAPA. Satu lagi bahagian dimana penceritaan kesusahan Papa Zola sebagai seorang bapa, sedikit sebanyak mengingatkan MOMI kepada arwah ayah. Hampir menangis tapi tahan ye tahan haha. Pertengahan cerita lebih menarik dan lebih mencabar semasa Papa Zola nak selamatkan Pipi Zola. Memang best!
Keseluruhan filem ini sangat menghiburkan. Jalan cerita yang menarik, padat dengan aksi, komedi tak kering gusi dan mungkin boleh buat anda mengalirkan air mata. MOMI rasa tak bosan menonton filem ni sepanjang hampir 2 jam malah terhibur dengan gelagat Papa Zola dan Pipi Zola. Boleh bawa anak-anak anda menontong dipanggung wayang berhampiran.
Filem tempatan jarang ada post-credits scene pada ending credits , jadi sebelum nak balik kalau rajin sila la tunggu ye. Ada kejutan untuk filem universe BoboiBoy seterusnya.
Berapa Bintang Untuk Papa Zola : The Movie ?
Selepas menonton filem Papa Zola : The Movie ini, MOMI telah bersetuju untuk memberi sebanyak 4.5 bintang dari 5 bintang. Tak dijangka ia menjadi salah satu filem menarik untuk tahun 2025. Harap ada lah sekuel filem ni hehe.



0 Comments