Review Filem - Avatar Fire And Ash


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Jadi, baru-baru ini MOMI berkesempatan untuk menonton filem aksi, pengambaraan dan fantasi dari Walt Disney Pictures yang berjudul, Avatar : Fire And Ash yang sedang ditayangkan dipawagam bermula 18 Disember 2025. Adakah filem ini sehebat filem sebelumnya? Mari baca ulasan selanjutnya.

Review Filem - Avatar Fire And Ash
Review Filem - Avatar Fire And Ash

Sinopsis Avatar : Fire And Ash

Filem Avatar : Fire And Ash mengisahkan keluarga Jake Sully yang masih berduka selepas kematian Neteyam, menghadapi konflik baru dari puak Na'vi baharu yang kejam bernama Mangkwan (Ash People) yang memuja api dan dipimpin Varang, serta bersekutu dengan Kolonel Quaritch. Keluarga Sully terpaksa berjuang demi kelangsungan hidup di wilayah vulkanik baru ini, memperdalam tema perang antarsesama Na'vi dan sisi gelap Pandora, dengan fokus pada Lo'ak dan perjuangan emosional keluarga.

Anda mungkin berminat untuk baca artikel seperti berikut : 

Trailer Filem Avatar : Fire And Ash

Berikut adalah Trailer filem Avatar : Fire And Ash : 



Info Mengenai Filem Avatar : Fire And Ash

Filem Avatar : Fire And Ash yang berdurasi selama 3 Jam 15 Minit dan diklasifikasikan sebagai 13 serta ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 2D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D D-BOX dan 2D ATMOS D-BOX. Filem ini telah mengutip sebanyak 949 Juta Dollar setakat artikel ini ditulis pada 4 Januari 2026.


Pengarah Filem Avatar : Fire And Ash

Filem Avatar : Fire And Ash ini telah diarahkan oleh pengarah hebat, James Cameron yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Avatar, Avatar : The Way of Water dan juga Titanic.

Barisan Pelakon Filem Avatar : Fire And Ash

Berikut adalah barisan pelakon suara hebat dalam filem Avatar : Fire And Ash : 
  • Sam Worthington sebagai Jake Sully
  • Zoe Saldaña sebagai Neytiri
  • Sigourney Weaver sebagai Kiri
  • Stephen Lang sebagai Colonel Miles Quaritch
  • Oona Chaplin sebagai Varang
  • Kate Winslet sebagai Ronal
  • Cliff Curtis sebagai Tonowari
  • Joel David Moore sebagai Dr. Norm Spellman
  • Edie Falco sebagai General Frances Ardmore
  • Brendan Cowell sebagai Captain Mick Scoresby
  • Jemaine Clement sebagai Dr. Ian Garvin
  • Giovanni Ribisi sebagai Parker Selfridge
  • David Thewlis sebagai Peylak
  • Britain Dalton sebagai Lo'ak
  • Jack Champion sebagai Miles "Spider" Socorro
  • Trinity Jo-Li Bliss sebagai Tuktirey "Tuk"
  • Jamie Flatters sebagai Neteyam
  • Filip Geljo sebagai Aonung
  • Duane Evans Jr. sebagai Rotxo
  • Matt Gerald sebagai Corporal Lyle Wainfleet
  • Dileep Rao sebagai Dr. Max Patel


Poster Filem Avatar : Fire And Ash

Berikut adalah poster filem Avatar Fire And Ash : 

Review Filem - Avatar Fire And Ash
Review Filem - Avatar Fire And Ash


Ulasan Filem Avatar : Fire And Ash

Selepas 3 tahun, akhirnya muncul juga filem ketiga Avatar. MOMI bukanlah peminat tegar filem ini tetapi masih ingin menonton filem ini terutamanya di panggung wayang sebab sangat berbaloi. Kenapa berbaloi? Macam biasa senimatografi filem ini menjadi tumpuan MOMI semasa menonton. Walaupun CGI, senimatografinya sememangnya berjaya buat MOMI terpukau sekali lagi dalam filem ketiga, Avatar : Fire And Ash.

Lepas disajikan dengan senimatografi yang cantik, jalan ceritanya lebih kurang dengan filem kedua which is lebih sedih dan kali ini lebih mencabar. Seperti biasa (macam filem keduanya), jalan ceritanya sedikit lambat tetapi MOMI faham sebab konsepnya nak menunjukkan details penting dalam filem ketiga ini. Pelbagai kejutan bakal menanti anda dan pastinya buat anda terkesima.

Bermula dengan penceritaan selepas kematian Neteyam, seterusnya bagaimana mereka sekali lagi diuji apabila diburu oleh Colonel Miles Quaritch dan kali ini ada musuh baru, Varang dan juga Mangkwan . Kemudian ia semakin menarik apabila muncul watak-watak dari filem kedua, Tulkun dan selepas itu banyak aksi dibahagian penghujungnya. 

Keseluruhannya, filem Avatar : Fire And Ash ini sangat menarik untuk ditonton. MOMI sarankan anda menonton di pawagam berhampiran untuk 'feel' dan fokus menonton filem selama lebih 3 jam ini. Untuk anda yang tertanya akan ada sambungan ke filem ini, akan ada sekuel untuk filem ke-4 (Avatar 4) akan di tayangkan pada Disember 2029 dan filem ke-5 (Avatar) pada Disember 2031. Untuk filem ini tak perlu tunggu sampai post end-credit sebab takde pape yang ditunjukkan hehe. 


Berapa Bintang Untuk Avatar : Fire And Ash?


Selepas menonton filem Avatar : Fire And Ash ini, MOMI telah bersetuju untuk memberi sebanyak : 

5 / 5 
BINTANG!




Post a Comment

0 Comments