#MovieReview - Moana

00:03:00 Rafzan Tomomi 1 Comments

Review Filem Moana 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Disney kembali dengan filem 'Princess' dalam versi animasi 3D selepas kejayaan filem "Frozen" (2013) telah memgutip lebih 1 Billion. Kali ini "Moana" bakal mencuri hati para penonton dengan caranya yang tersendiri. Filem ini mula ditayangkan di Malaysia bermula 1 Disember 2016. Filem ini telah mendapat pujian dikalangan penontonnya.  Best ke tak?   ::Amaran : Spoiler:: 

Saksikan Trailer "Moana"!
Download Moana 2016

SINOPSIS Moana (info dari cinema.com.my)
Filem animasi ini mengisahkan tentang seorang wanita muda yang berlayar untuk mencari sebuah pulau dongeng. Dalam pengembaraan mencari pulau tersebut, dia telah ditemani oleh wiranya, Maui.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 1 Disember 2016
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 54 Minit
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Auli'i Cravalho, Dwayne Johnson, Alan Tudyk, Tommy Lee Jones
Pengarah: John Musker, Ron Clements
Format: 2D, 3D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX

Review Filem Moana 2016

REVIEW Moana
Filem princess kembali! Ia bukan seperti filem 'princess' yang sebelum-sebelum ini, duduk dalam istana dan bertemu dengan pasangan mereka. Kali ini Disney menampilkan Moana seorang wanita muda yang sangat kuat untuk menyelamatkan tempat tinggal dan kaumnya. Jalan cerita yang menarik dan penuh tanda tanya. Seperti biasa filem 'princess' Disney memang jenis muzikal dan banyak adengan menyanyi. Sememangnya kegemaran Momi hehe.

Bab Animasi dan CGI tak payah cakap, memang dah superb! Anda pasti akan terpukau dengan persekitaran kawasan tempat tinggal Moana. Momi dah teruja sangat tengok masa Moana kecil, sangat comel! hehe. Cerita bab watak-watak dalam filem ini, memang pilihan yang sangat tepat! Walaupun ini merupakan filem pertama lakonan Auli'i Cravalho, beliau berjaya menghidupkan watak Moana. Lagi-lagi apabila bergandingan dengan The Rock (Maui).

Cerita bab lagu tema pula, mesti ramai diantara anda akan membandingkan lagu "How Far I'll Go" dengan lagu filem "Frozen", "Let It Go". Jika nak dibandingkan , kedua-dua lagu mempunyai kekuatan yang tersendiri. "Let It Go" telah mencetuskan fenomena diseluruh dunia dengan dinyanyikan dalam 41 bahasa (termasuk bahasa melayu). "How Far I'll Go" pula Momi rasa bakal menjadi fenomena hehe. Untuk pengetahuan anda, lagu tema filem Moana ini juga terdapat dalam versi bahasa melayu dengan judul "Bawa Ku Berkelana" nyanyian Ayda Jebat .

Keseluruhannya, Moana adalah sebuah filem menghiburkan dan mempunyai tarikannya yang tersendiri. Filem ini sebenarnya tak sentuh bab cinta langsung, ia lebih kepada semangat seorang wanita muda dan lebih kepada kekeluargaan. Sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton.

Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG


Poster Moana 2016 Download |  Moana 2016 Subtitle | Sinopsis Moana 2016 Synopsis | Poster Moana 2016 Review | Moana 2016 Malay Subtitle | Moana 2016 Torrent | Review filem Moana 2016 | Barisan pelakon Moana 2016  Review filem Moana Bahasa Melayu

**all photos taken from google.

1 comment:

  1. WoW!!! Best... teruja Kak LeYa nak g tengok cerita ni.

    ReplyDelete