Lirik Lagu Bawaku Berkelana - Ayda Jebat (How Far I'll Go (Malay Version))

22:27:00 Rafzan Tomomi 2 Comments

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Berita mengejutkan untuk Momi dan peminat Ayda Jebat! Untuk pengetahuan anda, Ayda Jebat telah dipilih untuk menyanyikan lagi OST Filem Animasi Disney, "Moana" dalam bahasa melayu. "Bawaku Berkelana" adalah lagu versi dalam bahasa melayu lagu asal nyanyian Auli'i Cravalho & Alessia Clara (End Credits) , "How Far I'll Go". Jom dengar lagu tersebut dekat Facebook page Disney. Enjoy gais :) *Lirik yang Momi sertakan bukan official*


Lirik Bawaku Berkelana - Ayda Jebat (How Far I'll Go (Malay Version)) 
Komposer : -- | Penulis Lirik : --

Review Filem Moana!

Ku merenung seluas lautan
Mengenang kehidupan
Sepi dalam gelora

Andai masa dapat ku putarkan
Menghuraikan persoalan
Namun apalah daya

Jejak langkahku
Penuh berliku
Takdir hidupku
Saling menuju
Destinasi laman larangan
Dalam ramalan

Lihatlah ufuk yang menyeru namaku
Lembayungnya mempersona
Biarlah bayu membawaku meneroka
Berkelana... Melayari mimpi langit tak bertepi

Walau mereka berbahagia 
Nan ceria dipersada
Akur dengan aturan

Semua dipulau indah ini
Menggalas aspirasi
Menjadi azimat hati

Akan ku genggam menjadi azam
Mendakap mercu serinya alam
Namun hatiku bagaikan lesu
Apa mahuku

Lihatlah langit yang membiru
Menyeru... Memayungi gelisahku
Sinarnya menerangi azam menyapaku
Menjelaskan perih hujungnya bagai permata

Lihatlah ufuk yang menyeru namaku
Lembayungnya mempersona
Biarlah bayu yang menderu membawaku
Mengembara
Berkelana~


Lagu Baru Melayu 2016 | Lagu Baru Ayda Jebat 2016 | Lirik Lagu Ayda Jebat  | Lagu Bawaku Berkelana - Ayda Jebat (How Far I'll Go (Malay Version)) Download | Bawaku Berkelana - Ayda Jebat (How Far I'll Go (Malay Version)) Mp3 | Lirik Lagu Awak Sangat Nakal Ayda Jebat | Lagu OST Bawaku Berkelana - Ayda Jebat (How Far I'll Go (Malay Version))l | Lirik Lagu OST Moana Malay | Versi Penuh Lagu OST Moana | Lagu Bawaku Berkelana - Ayda Jebat (How Far I'll Go (Malay Version)) Full Version | How Far I'll Go Malay Version Lyric

2 comments:

  1. i like this!!
    sy sgt suka lgu ni lagi2 Ayda jebat nyanyi,cool terus..
    sy juga minat ayda ,sape yg dh jumpa dia tolong kirim salam ^_^

    ReplyDelete
  2. i like this_from peminat ayda

    ReplyDelete