#MovieReview - Deadpool

17:34:00 Rafzan Tomomi 5 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Filem superhero paling annoying abad ini dah mula ditayangkan di pawagam. Momi takkan lepaskan peluang sebab superhero ini dari Marvel. Kalau nak tahu siapa? Dialah "Deadpool". Filem ni telah mula ditayangkan sejak Tahun Baharu Cina yang lalu, dan telah mendapat sambutan dan menjadi bual mulut ramai. Dah bersedia nak baca review "Deadpool"?   ::Amaran : Spoiler:: 


Download Deadpool 2016


SINOPSIS DEADPOOL
Filem yang diarahkan oleh Tim Miller ini mengisahkan tentang Wade Wilson yang merupakan bekas Pasukan Elit yang menjalani satu eksperimen yang mengubah hidupnya secara drastik. Dengan kelebihan untuk pulih cepat tetapi mentaliti yang tidak stabil, dia berusaha mencari individu yang bertanggungjawab terhadap keadaannya itu. 


KETAWA TAK INGAT!
Serius weh! Bila korang dah mula menonton, korang akan gelak dari opening credit sampai habis. Ryan Reynolds ni berlakon watak Deadpool memang nampak bersahaja dan watak lain juga menghidupkan lagi filem ini menjadi sangat kelakar. Dua watak dari X-Men; Colossus dan Negasonic Teenage Warhead menjadikan filem ni lebih cool dengan kehebatan 2 X-Men tersebut. Momi rasa ini filem superhero yang paling kelakar, 'annoying' dan penuh aksi buat masa ini haha.

SUPERHERO PALING ‘ANNOYING‘
Yes! Deadpool ni memang super annoying. Selalunya superhero ni kalau tak serius sangat atau kelakar sikit memang tak sah. Lain dari typical superhero yang ada, Deadpool lebih menjengkelkan dari semua superhero yang ada dan Momi rasa nak tutup mulut dia haha. Tiada siapa yang boleh hentikan Deadpool yang kelakar, banyak cakap dan tak boleh nak serius ni. btw, Kostum merah ‘Deadpool’ tu memang serius awesome hehe.


GANAS & AWESOME
Memandangkan filem ini diklasifikasikan sebagai ’18’, filem ni banyak adengan yang ganas dan ’18sx’. Jadi memang tak sesuai untuk kanak-kanak ya. Korang yang nak pergi tengok wayang pon memang tak risaulah, sebab takkan ada kedengaran budak menangis sebab rate ’18’ hehe. Opening filem ni memang ‘awesome‘ sebab dia close up semasa Deadpool berlawan dengan orang jahat haha.

BERAPA BINTANG?

Momi dengan ini ingin memberi 5/5 bintang untuk keseluruhan untuk filem ini. Memang puas hati menonton filem adaptasi dari komik ni. Ingat ye jangan bawak budak bawah umur , especially kanak-kanak dan bayi, memang sangat ganas . hehe.


Deadpool 2016 Download | Deadpool2016 Subtitle | Sinopsis Deadpool2016 Synopsis | Deadpool2016 Review | Poster Deadpool 2016 | Deadpool 2016 Torrent | Review filem Deadpool 2016 | Barisan pelakon Deadpool 2016 

5 comments:

  1. dah tengok, best & kelakar. Tapi mmg sgt sgt tak leh bawa budak budak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yes. betul tu. sabar je la kan hahahaa

      Delete
  2. Bagus lah review nii..hope lepasni bagitau lagi kalau movie tu ade scene 18sx sebab senang nak tapis kalo nak tgk movie...taklah malu kat anak anak.....btw thnks 5star for you..

    ReplyDelete