• #MovieReview - Kung Fu Panda 3


    Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Walaupun filem ni dah leaked dekat internet tapi Momi masih mahu menonton dekat wayang. Filem ini dah lama ditayangkan dekat US sana, sejak Januari 2016, dikatakan filem ini mengutip hampir 400 juta dollar. wahh kelass. Apa yang menariknya filem "Kung Fu Panda 3" ni? ::Amaran : Spoiler:: 

    Saksikan Trailer "Kung Fu Panda 3"!
    Download Kung Fu Panda 3 2016

    SINOPSIS KUNG FU PANDA 3
    Filem ketiga ini mengisahkan tentang Po kembali beraksi, yang mana dia bakal disatukan kembali dengan ayah kandungnya. Mereka berdua mengembara ke sebuah tempat rahsia panda untuk bertemu dengan panda-panda lain, namun dia kemudian menyedari dirinya tidak selesa hidup di situ. Apabila penjahat Kai mengancam China, Po perlu sekali lagi menyelamatkan keadaan. Filem animasi ini dibintangi oleh Jack Black, Bryan Cranston, Dustin Hoffman, Angelina Jolie, J.K. Simmons, James Hong, Jackie Chan, Lucy Liu, Seth Rogen, Kate Hudson dan David Cross.

    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 10 Mac 2016
    Genre: Pengembaraan / Animasi / Komedi
    Durasi: 1 Jam 35 Minit
    Pengedar: 20TH CENTURY FOX
    Pengarah: Jennifer Yuh, Alessandro Carloni
    Format: 2D, 3D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX, 2D AURO

    Poster Kung Fu Panda 3 2016

    REVIEW
    Sebenarnya Momi tak tengok lagi filem pertama dan keduanya, tapi tiba-tiba langkah terus ke filem ketiga Kung Fu Panda ni. Jalan ceritanya sangat menarik, banyak aksi dan paling penting penuh dengan humor. Dari mula opening credits sampai la ending tak kering gusi gelak. Adengan yang serius pon dalam masa 4-5 saat je, lepas tu terus buat korang gelak haha. Satu lagi yang menarik dalam filem ni, bila Po bertemu dengan kaum kerabatnya. Serius comel gais! Overall, memang puas hati dan memang buat korang mudah terhibur. Tetiba tak sabar nak tunggu sekuelnya kalau ada. :D



    Dengan ini, Momi nak bagi
    5 / 5 
    BINTANG

    Kung Fu Panda 3 2016 Download | Kung Fu Panda 3 2016 Subtitle | Sinopsis Kung Fu Panda 3 2016 Synopsis | Kung Fu Panda 3 2016 Review | PosterKung Fu Panda 3 2016 | Kung Fu Panda 3 2016 Torrent | Review filem Kung Fu Panda 3 2016 | Barisan pelakon Kung Fu Panda 3 2016 |  Review film Kung Fu Panda 3 2016

  • You might also like

    2 comments: