BEST 2015 MOVIES


Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! 2016 dah nak dekat ni, biasalah hujung tahun setiap tahun saya akan buat "BEST MOVIES" yang saya tengok dan review. Memandangkan tahun ni semakin rancak menonton filem (at least 1 filem sebulan), setelah dikira-kira dalam 43 Filem saya tengok tahun ni (setakat 27 Disember). Agak-agak tahun 2015 ni filem mana yang memenangi hati saya? haha Check it out!

20 Home



Tarikh Tayangan : 26 Mac 2015 (Malaysia)
Pelakon : Jim Parsons, Rihanna, Jenifer Lopez, Steve Marvin
Pengarah : Tim Johnson
Sipnosis : "Home" mengisahkan makhluk asing yang bernama "Oh" yang hidup bersama Boov (makhluk asing) yang lain untuk mencari tempat tinggal baru bagi mengelakkan dari serangan musuh mereka, Grog. Kaum Boov telah menjumpai Bumi dan tinggal disana. Semasa dibumi Oh secara tidak sengaja menghantar pesanan kepada Grog. Kemudian, Oh lari dari tempat tu dan berjumpa dengan anak gadis, Tip.
Review : Movie Review "Home"

19 Maze Runner : The Scorch Trials


Tarikh Tayangan : 10 September 2015 (Malaysia)
Pelakon : Dylan O'Brien, Thomas Brodie-Sangster, Ki Hong Lee , Rosa Salazar . Kaya Scodelario , Jacob Lofland
Pengarah : Wes Ball
Sipnosis : "Maze Runner : The Scorch Trials" mengisahkan selepas Thomas dan rakan-rakannya berjaya mencari jalan keluar dari `The Maze`, mereka kini berdepan dengan dunia luar yang dimamah penyakit. Mereka mempunyai misi baru, sama ada mereka berjaya mencari jalan melalui bandar terbiar itu ke sebuah tempat selamat atau mereka akan punah bersama-sama bandar tersebut.
Review : Movie Review "Maze Runner : The Scroch Trials"

18 San Andreas


Tarikh Tayangan : 28 Mei 2015 (Malaysia)
Pelakon : Dwayne 'The Rock' Johnson, Carla Gugino, Alexandra Daddario , Hugo Johnstone-Burt , Art Parkinson , Ioan Gruffudd
Pengarah : Brad Peyton
Sipnosis : "San Andreas" mengisahkan sebuah gempa bumi yang sangat besar akan berlaku di San Adreas. Ray seorang penyelamat helikopter LAFD , dalam proses penceraian bersama Emma, dan anaknya, Blake untuk membincangkan hal percutian ke Sans Francisco. Dr. Lawrence telah menjangka bahawa akan berlaku gempa bumi terbesar di kawasan San Andreas. Semasa hari gempa berlangsung, Blake dan Emma berada dalam kawasan gempa bumi."
Review : Movie Review "San Andreas"

17 Mad Max : Fury Road


Tarikh Tayangan : 14 Mei 2015 (Malaysia)
Pelakon : Tom Hardy, Charlize Theron, Nicholas Hoult , Hugh Keays-Byrne , Josh Helman , Nathan Jones 
Pengarah : George Miller
Sipnosis : "Mad Max : Fury Road" mengisahkan Mad telah kehilangan isteri dan anaknya selepas kehidupan bumi kini tinggal hanya padang pasir dan tiada satu pon tumbuhan hijau akibat peperangan nuklear. Mad dan Furiosa bersatu untuk menghapuskan kekejaman yang dilakukan Immortan Joe. Pelbagai rintangan yang mereka hadapi.
Review : Movie Review "Mad Max : Fury Road"

16 Insidious : Chapter 3


Tarikh Tayangan : 4 Jun 2015 (Malaysia)
Pelakon : Lin Shaye, Dermot Mulroney , Stefanie Scott , Angus Sampson, Leigh Whannell , Ele Keats
Pengarah : Leigh Whannell
Sipnosis : "Insidious : Chapter 3" mengisahkan prekuel sebelum keluarga Lambert dihantui. Anak gadis keluarga Lambert, Quinn yang telah diganggu oleh entiti dari dunia makhluk halus selepas berjumpa dengan Elise untuk berkomunikasi dengan Ibunya.  Pelbagai kejadian aneh yang berlaku pada Quinn sehingga beliau cedera parah. Elise dapat mengetahui hal tersebut dan berniat menyelamatkan Quinn.
Review : Movie Review "Insidious : Chapter 3"

15 Polis Evo


Tarikh Tayangan : 17 September 2015 (Malaysia)
Pelakon : Shahiezy Sam, Zizan Razak, Nora Danish
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Sipnosis : "Polis Evo" mengisahkan tentang dua orang anggota polis, Khai dan Sani. Mereka mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama dalam satu tugasan untuk menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah.
Review : Movie Review "Polis Evo"

14 Chappie


Tarikh Tayangan : 5 Mac 2015 (Malaysia)
Pelakon : Sharlto Copley , Dev Patel, Ninja, Yolandi Visser , Jose Pablo Cantillo, Sigourney Weaver, Hugh Jackman
Pengarah : Paul Tibbit
Sipnosis : "Chappie" mengisahkan tentang robot bernama "CHAPPiE" yang direka dan dijadikan bahan kajian semula selepas terkena tembakan dan sepatutnya dilupuskan. Chappie diprogramkan untuk boleh berfikir dan ada perasaan seperti manusia. Selepas hidup bersama dengan gangster, Chappie telah diajar bercakap, berlawan dan macam-macam lagi. Chappie dah berjanji dengan Penciptanya (Deon) untuk tidak melakukan perkara yang jahat.
Review : Movie Review "Chappie"

13 Minions


Tarikh Tayangan : 18 Jun 2015 (Malaysia)
Pelakon : Pierre Coffin, Sandra Bullock, Jon Hamm , Michael Keaton, Allison Janney , Steve Coogan
Pengarah : Pierre Colfin & Kyle Balda
Sipnosis : "Minions" mengisahkan pengembaraan Kevin, Stuart & Bob untuk mencari ketua yang jahat lagi berkuasa selepas gagal kekal bersama ketua-ketua yang sebelumnya. Mereka telah ke Orlando untuk mencari ketua yang baru di Villian-Con dan bercadang ingin menjadikan Scarlet Overkill sebagai ketua baru mereka.
Review : Movie Review "Minions"

12 Mission : Impossible - Rogue Nation


Tarikh Tayangan : 30 Julai 2015 (Malaysia)
Pelakon : Tom Cruise, Jeremy Renner, Simon Pegg, Rebecca Ferguson, Ving Rhames , Sean Harris, Alec Baldwin
Pengarah : Christopher McQuarrie
Sipnosis : "Mission : Impossible Rogue Nation" mengisahkan Ethan Hunt, yang kini sedang diburu oleh 'The Syndicate' - sebuah organisasi yang sangat terlatih untuk menewaskan penjahat. Ethan dan rakan-rakannya perlu menjatuh dan mengalahkan 'The Syndicate' sebelum ia mendapat peluang untuk memusnahkan IMF.
Review : Movie Review "Mission Impossible - Rogue Nation"

11 Kingsman : The Secret Service


Tarikh Tayangan : 19 Februari 2015 (Malaysia)
Pelakon : Colin Firth, Taron Egerton, Samuel L. Jackson, Mark Strong, Michael Caine, Sophie Cookson & Sofia Boutella
Pengarah : Matthew Vaughn
Sipnosis : "Kingsman: The Secret Service" mengisahkan tentang agen rahsia, Harry, yang memilih Eggsy untuk dilatih menjadi agen rahsia di Kingsman. Sikap Eggsy mula berubah setelah menjalani program latihan sebagai agen rahsia di 'Kingsman'. Pada masa itu, Kingsman berhadapan dengan musuh yang sangat merbahaya dan sangat pakar dalam bidang teknologi, Richmond Valentine. Valentine mempunyai rancangan jahat untuk membunuh semua manusia di seluruh dunia dengan memberi simkad percuma.
Review : Movie Review "Mission Impossible - Rogue Nation"

10 Star Wars : The Force Awaken


Tarikh Tayangan : 17 Disember 2015 (Malaysia)
Pelakon : John Boyega, Daisy Ridley, Adam Driver, Oscar Isaac, Andy Serkis, Domhnall Gleeson, Max von Sydow, Lupita Nyong'o, Harrison Ford, Carrie Fisher, Mark Hamill, Gwendoline Christie, Anthony Daniels, Peter Mayhew, Kenny Baker
Pengarah : J.J. Abrams
Sipnosis : "Star Wars : The Force Awakens" ini mengisahkan 30 tahun selepas berjaya mengalahkan, mereka menghadapi ancaman baru dari Kylo Ren yang jagat dan 'First Order'. Setelah salah seorang dari 'defector' yang bernama Finn, terhempas di sebuah planet padang pasir. Kemudian Finn berjumpa dengan Rey, bersama dengan 'droid' yang menyimpan peta rahsia yang dicari oleh 'First Oder'.
Review : Movie Review "Star Wars : The Force Awakens"

09 Avengers : Age of Ultron


Tarikh Tayangan : 24 April 2015 (Malaysia)
Pelakon : Robert Downey Jr. , Chris Hemsworth , Mark Ruffalo , Chris Evans , Scarlett Johansson , Jeremy Renner , Don Cheadle , Aaron Taylor-Johnson , Elizabeth Olsen
Pengarah : Joss Whedon
Sipnosis : "Avengers : Age of Ultron" mengisahkan tentang Tony Stark yang ingin mencipta robot baru yang lebih hebat dari Iron Man. Namun rancangan mencipta robot baru itu telah di hentikan oleh Ultron. Ultron yang secara tiba-tiba boleh befikir dan hidup, ingin memusnahkan manusia di bumi dan ingin memecah belahkan team Avengers.
Review : Movie Review "Avengers : Age of Ultron"

08 Jurassic World


Tarikh Tayangan : 11 Jun 2015 (Malaysia)
Pelakon : Chris Pratt, Bryce Dall, Nick Robinson, Ty Simpkins , Vincent D'Onofrio , Irrfan Khan, Omar Sy , B.D. Wong
Pengarah : Colin Trevorrow
Sipnosis :  "Jurassic World" mengisahkan 22 tahun selepas peristiwa di Jurassic Park, InGen telah membuka semula taman tema tersebut yang dipanggil "Jurassic World" di Isla Nublar. InGen telah mencipta seekor dinasour baru yang bernama "Indominus rex". Indominus rex yang agresif telah terlepas dan menyebabkan kebanyakkan dinasour mati.
Review : Movie Review "Jurassic World"

07 Fast & Furious 7 (Furious 7)


Tarikh Tayangan : 2 April 2015 (Malaysia)
Pelakon : Chris Pratt, Bryce Dall, Nick Robinson, Ty Simpkins , Vincent D'Onofrio , Irrfan Khan, Omar Sy , B.D. Wong
Pengarah : James Wan
Sipnosis : "Fast & Furious 7" mengisahkan Dominic Toretto dan rakan-rakannya ingin membalas dendam terhadap kematian Han & kecederaan yang dialami terhadap Hobb. Pembunuhan & serangan itu telah dilakukan oleh Deckard Shaw, seorang pembunuh bekas ejen perisikan yang terlatih yangmenuntut bela atas kejadian yang telah menimpa adiknya, Owen Shaw. Pelbagai rintangan yang dilalui untuk mencari Deckard Shaw.
Review : Movie Review "Furious 7"

06 Ant-Man


Tarikh Tayangan : 16 Julai 2015 (Malaysia)
Pelakon : Paul Rudd, Michael Douglas, Evangeline Lilly, Corey Stoll
Pengarah : Payton Reed
Sipnosis : "Ant-Man" mengisahkan Dr. Hank Pym telah menemui cara untuk membolehkan seseorang untuk mendapatkan kebolehan seekor semut; iaitu untuk mengecilkan saiz manusia tetapi memiliki kekuatan yang luar biasa. Scott Lang telah dipilih oleh Dr. Hank untuk menjadi Ant-Man.
Review : Movie Review "Ant-Man"

05 Cinderella


Tarikh Tayangan : 12 Mac 2015 (Malaysia)
Pelakon : Lily James, Cate Blanchett, Richard Madden, Holliday Grainger, Sophie McShera, Helena Bonham Carter
Pengarah : Kenneth Branagh
Sipnosis : "Cinderella" mengisahkan Ella yang kehilangan kedua ibu bapanya dan tinggal bersama ibu tiri dan dua kakak tirinya. Ella seorang yang baik dan tak pernah bangkang apa yang mak tiri dia suruh. Satu hari Ella tersedar yang dia dipergunakan oleh ibu tiri dan dua kakak tirinya lalu membawa diri ke dalam hutan. Dalam hutan tu terjumpa pulak dengan Kit atau dikenali sebagai Prince Charming. Lepas terjumpa Ella, Kit ingin sangat berjumpa dengan Ella sekali lagi jadi Raja telah mengarahkan untuk memanggil semua gadis untuk menghadiri majlis yang diadakan di istana. Selepas Ella dengar pengumuman tersebut, dia rasa teruja dan menjahit sendiri bajunya.
Review : Movie Review "Cinderella"

04 The Good Dinosaur


Tarikh Tayangan : 26 November 2015 (Malaysia)
Pelakon: Lucas Neff, John Lithgow, Neil Patrick Harris, Judy Greer, Bill Hader
Pengarah: Peter Sohn
Sipnosis : "The Good Dinosaur" mengisahkan tentang Arlo, seekor Apatosaurus remaja yang sedang menjalankan misi mengembalikan keamanan di bumi selepas berlakunya suatu malapetaka. Sewaktu menjalankan misinya itu, dia telah berkawan dengan seorang manusia bernama Spot.
Review : Movie Review "The Good Dinosaur"

03 Pitch Perfect 2


Tarikh Tayangan : 14 Mei 2015 (Malaysia)
Pelakon: Anna Kendrick, Elizabeth Banks, Hailee Steinfeld, Brittany Snow, Alexis Knapp
Pengarah: Elizabeth Banks
Sipnosis : "Pitch Perfect 2" mengisahkan selepas kejayaan The Barden Bellas yang semakin melonjak dan mereka semakin dikenali. Namun kedudukan mereka tergugat apabila insiden persembahan mereka di sebuah majlis bersama orang-orang besar , telah menyebabkan mereka digantung dari membuat persembahan dan menyertai sebarang pertandingan. Untuk membersihkan nama baik mereka, mereka menyertai pertandingan acapella peringkat kebangsaan - dimana tiada satu kumpulan dari Amerika memenangi pertandingan tersebut.
Review : Movie Review "Pitch Perfect 2"

02 The Hunger Games : Mockingjay - Part 2


Tarikh Tayangan : 19 November 2015 (Malaysia)
Pelakon: Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson, Elizabeth Banks, Julianne Moore, Sam Claflin
Pengarah: Francis Lawrence
Sipnosis : "The Hunger Games : Mockingjay - Part 2" mengisahkan Katniss Everdeen berdepan dengan Presiden Snow dalam pertarungan terakhir. Dia bersama sekumpulan teman rapatnya termasuk Gale, Finnick dan Peeta bertarung dengan musuh. Katniss tersasar daripada misi utama dan menggunakan unit dari District 13, sekaligus membahayakan nyawa mereka, untuk membuat sebuah cubaan untuk membunuh Presiden Snow yang menjadi semakin obses untuk memusnahkannya.
Review : Movie Review "The Hunger Games : Mockingjay - Part 2"

01 Inside Out


Tarikh Tayangan : 20 Ogos 2015 (Malaysia)
Pelakon: Amy Poehler, Lewis Black, Mindy Kaling, Bill Hader, Phyllis Smith
Pengarah: Pete Docter
Sipnosis : "Inside Out" mengisahkan tentang seorang gadis berusia 11 tahun bernama Riley yang dalam peringkat memberontak selepas keluarganya berpindah dari Minnesota ke San Francisco. Lihat dalam kepala Riley dan bertemu dengan suara di dalam: Joy, Sadness, Anger, Fear dan Disgust. Mereka adalah lima emosi Riley yang membentuknya ketika itu. Ikuti perjalanan kelima-lima emosi dan fahami bagaimana personaliti kanak-kanak berubah apabila mereka membesar.
Review : Movie Review "Inside Out"

fin.

Post a Comment

1 Comments

almost dah tengok semua.. chappie, mockingjay and insidious (tak tau la nak tengok ke tak) lagi tak tengok haha.. semua best-best ni..