#MovieReview - Star Wars : The Force Awakens

19:14:00 Rafzan Tomomi 6 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem pengembaraan fantasi, "Star Wars : The Force Awakens". Disebabkan filem ini mendapat sambutan yang amat hebat dari kalangan peminat mereka, maka saya cuba-cuba untuk menonton filem Star Wars ni. Sebelum nak tengok memang rasa teruja, sebelum ni memang tak pernah tengok episod 1-6, haa tiba-tiba masuk episod 7 hehe. Rasa-rasa korang best ke tak? Jom baca review selanjutnya :) :: Jangan Sambung Baca Sebab Ada Spoiler :P ::


Download Star Wars : The Force Awaken2015

Info Filem
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 17 Disember 2015
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 2 Jam 16 Minit
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pelakon: John Boyega, Daisy Ridley, Adam Driver, Oscar Isaac, Andy Serkis, Domhnall Gleeson, Max von Sydow, Lupita Nyong'o, Harrison Ford, Carrie Fisher, Mark Hamill, Gwendoline Christie, Anthony Daniels, Peter Mayhew, Kenny Baker
Pengarah: J. J. Abrams
Format: 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX
(sumber : cinema.com.my)

(sumber : www.starwars.com/the-force-awakens)

Sinopsis
Filem "Star Wars : The Force Awakens" ini mengisahkan 30 tahun selepas berjaya mengalahkan, mereka menghadapi ancaman baru dari Kylo Ren yang jagat dan 'First Order'. Setelah salah seorang dari 'defector' yang bernama Finn, terhempas di sebuah planet padang pasir. Kemudian Finn berjumpa dengan Rey, bersama dengan 'droid' yang menyimpan peta rahsia yang dicari oleh 'First Oder'. 


(sumber : www.starwars.com/the-force-awakens)

Review**
Apa yang saya rasa selepas menonton filem ini? Haa... saya rasa seronok ketika menonton, tak rasa mengantuk langsung. Bagi saya jalan cerita dia menarik, ada banyak aksi letop sana sini. Yang kelakarnya, adegan yang biasa pon boleh terkejut hahaha (sebab sound effect -.-). Filem ini menampilkan wajah-wajah yang lama dan baru yang sangat awesome. Suka sangat lakonan si Rey tu, yang memang menghayati watak dia. Ada jugak menampilkan makhluk-makhluk yang pelik tapi comel haha. Set dia memang awesome! Teruja okay melihatnya. Kalau korang dah tengok filem ni, perasan tak grafiknya memang macam cerita lama? hehe Ending dia buat saya rasa sedih sikit, walaupun ada terbaca spoiler, kalau tak baca tah-tah betul betul terkejut haha. Tak sabar nak tunggu sekualnya yang akan ditayangkan pada tahun 2017 dan 2019. hehe :)

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

(sumber : www.starwars.com/the-force-awakens)
Rate
Dengan ini saya memberi 4.5 / 5 bintang.

 Star Wars : The Force Awaken 2015 Download | Star Wars : The Force Awaken 2015 Subtitle | Star Wars : The Force Awaken 2015 Synopsis | Star Wars : The Force Awaken 2015 Review | Poster Star Wars : The Force Awaken 2015 | Star Wars : The Force Awaken Torrent | Review filem Star Wars : The Force Awaken 2015 | Barisan pelakon Star Wars : The Force Awaken 2015

6 comments:

  1. kite dari awal x tgok cite ni. tak paham sngt

    ReplyDelete
  2. Ena tak pernah tengok cerita Star Wars.. Nanti kena tgok dari mula baru faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau betul2 nak faham mmg kene tengok dari mula, tapi sy belasah terus filem ke-7 ahaha

      Delete