Movie Review - Mission : Impossible Rogue Nation


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem aksi, "Mission : Impossible Rogue Nation". Siapa peminat filem Mission Impossible mesti ternanti-nanti filem ni kan? Rasanya ini kali pertama menonton filem Misson Impossible (walaupun dah masuk filem ke-5~ haha). Nak tahu best ke tak? Jom baca review selanjutnya :)


Download Mission : Impossible Rouge Nation 2015

Tempat : GSC Mid Valley
Hall : 2
Tarikh Tonton : 31 Julai 2015 (Jumaat)
Masa : 7.00 Petang

Filem ini diarahkan oleh Christopher McQuarrie. Ia direleasekan mulai 31 Julai 2015 (US) dan 30 Julai 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :
  • Tom Cruise sebagai Ethan Hunt
  • Jeremy Renner sebagai William Brandt
  • Simon Pegg sebagai Benji Dunn
  • Rebecca Ferguson sebagai Ilsa Faust
  • Ving Rhames sebagai Luther Stickell
  • Sean Harris sebagai Solomon Lane
  • Alec Baldwin sebagai Alan Hunley
  • Simon McBurney sebagai Attlee
  • Jens Hultén sebagai Janik "Bone Doctor" Vinter
  • Tom Hollander sebagai the Prime Minister
Sinopsis Pendek
Filem "Mission : Impossible Rogue Nation" mengisahkan Ethan Hunt, yang kini sedang diburu oleh 'The Syndicate' - sebuah organisasi yang sangat terlatih untuk menewaskan penjahat. Ethan dan rakan-rakannya perlu menjatuh dan mengalahkan 'The Syndicate' sebelum ia mendapat peluang untuk memusnahkan IMF.


Review Sendiri**
Bukan dalam list untuk tengok tapi abang ajak tengok sekali, so layan je la haha. Filem-filem sebelum ni rasanya tak tengok kot. Apa yang saya boleh katakan untuk filem ni sebenarnya best jugak! Misi-misi mereka sangat cool okay. [Okey Spoiler!] Masa ada misi nak matikan mesin pengesan tu, Encik Hunt kene masuk dalam tangki air untuk berhentikannya. Memang mendebarkan gais! Banyak sangat benda yang tak dijangka berlaku. Of kos banyak buat korang gelak jugak. Cerita dia tak bosan dan jalan cerita yang menarik juga. Dengarnya filem ke-6 akan di-release-kan pada Julai 2017. Tak sabar! :) 
**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4.9 / 5 bintang.


Mission : Impossible Rouge Nation 2015 Download | Mission : Impossible Rouge Nation2015 Subtitle | Mission : Impossible Rouge Nation 2015 Synopsis |Mission : Impossible Rouge Nation 2015 Review

Post a Comment

0 Comments