#MovieReview - Ant-Man

12:00:00 Rafzan Tomomi 12 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem superhero, "Ant-Man". Kali ini Marvel bawak penonton jika semut adalah superhero, macam mana tu kan? Jom baca review selanjutnya :)


Download Ant-Man 2015

Tempat : GSC Pavilion (D-BOX)
Hall : 3
Tarikh Tonton : 18 Julai 2015 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang

Filem ini diarahkan oleh Payton Reed. Ia direleasekan mulai 17 Julai 2015 (US) dan 16 Julai 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :
  • Paul Rudd sebagai Scott Lang / Ant-Man
  • Evangeline Lilly sebagai Hope van Dyne / Wasp
  • Corey Stoll sebagai Darren Cross / Yellowjacket
  • Bobby Cannavale sebagai Paxton
  • Tip "T.I." Harris sebagai Dave:
  • Wood Harris sebagai Gale
  • Judy Greer sebagai Maggie
  • David Dastmalchian sebagai Kurt
  • Michael Douglas sebagai Hank Pym
Sinopsis Pendek
Filem "Ant-Man" mengisahkan Dr. Hank Pym telah menemui cara untuk membolehkan seseorang untuk mendapatkan kebolehan seekor semut; iaitu untuk mengecilkan saiz manusia tetapi memiliki kekuatan yang luar biasa. Scott Lang telah dipilih oleh Dr. Hank untuk menjadi Ant-Man. 


Review Sendiri**
Siapa suka tengok filem superhero? Haa... inilah filem superhero terbaru dari Marvel, "Ant-Man". Siapa kata semut tak boleh jadi superhero? haa.. Jalan ceritanya yang menarik, banyak aksi dan paling best, filem ni kelakar (macam tengok Iron Man atau Avengers). Sedikit spoiler untuk korang (hehehe~), Ant-Man ni terjadi bukan sebab kene gigit tapi sebab baju yang dipakai tu, yang bestnya dia boleh membesar dan mengecil sebesar semut sesuka hati. Anak kepada Scott Lang tu memang comel dan sama je perangai dengan bapaknya. hahaha Mase tu saya tengok wayang ni dengan D-Box, memang bergerak-gerak kerusi tu masa scene berlawan. Memang best. :D Haa... sila tunggu sehingga habis ending credits sebab akan ada dua post credits (satu sebelum ending credits dan satu lagi selepas ending credits).

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4.9 / 5 bintang.


Ant-Man 2015 Download | Ant-Man 2015 Subtitle | Ant-Man 2015 Synopsis | Ant-Man 2015 Review

12 comments:

  1. memang kelakar cite nih..... suka sangat2...!! siapa cakap semut tak boleh jadi hero? hahaha......

    ReplyDelete
  2. Macam best je citer ni dik....

    ReplyDelete
  3. Iday suka part kawan scott tu cerita2. kelakaaar. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... part yang last tu. yang perempuan tu "yo.. bla bla bla" hahhaaa

      Delete
  4. belom sempat lagi nak p tengok. apapon selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kene cepat-cepat p tengok.
      hihi
      selamat hari raya :D

      Delete
  5. macam best aje ni, mesti kene tengok nih.

    ReplyDelete