#MovieReview "Minions"

09:00:00 Rafzan Tomomi 13 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem animasi komedi, "Minions". Filem ini merupakan filem 'spin-off' dari filem Despicable Me. Siapa yang tengok si comel kaler kuning tu mesti rasa macam nak picit-picit ye si comel tu. hahaha Jom baca review selanjutnya :)



Download "Minions 2015"

Tempat : GSC Mid Valley
Hall : 4
Tarikh Tonton : 20 Jun 2015 (Sabtu)
Masa : 3.30 Petang

Filem ini diarahkan oleh Pierre Colfin & Kyle Balda. Ia direleasekan mulai 10 Julai 2015 (US) dan 18 Jun 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon suara seperti :
  • Pierre Coffin sebagai Kevin, Stuart, Bob & Minions
  • Sandra Bullock sebagai Scarlet Overkill
  • Jon Hamm sebagai Herb Overkill
  • Michael Keaton sebagai Walter Nelson
  • Allison Janney sebagai Madge Nelson
  • Steve Coogan sebagai Professor Flux and Tower Guard
  • Geoffrey Rush sebagai the Narrator
  • Jennifer Saunders sebagai Queen Elizabeth II
  • dan ramai lagi...

Sinopsis Pendek
Filem "Minions" mengisahkan pengembaraan Kevin, Stuart & Bob untuk mencari ketua yang jahat lagi berkuasa selepas gagal kekal bersama ketua-ketua yang sebelumnya. Mereka telah ke Orlando untuk mencari ketua yang baru di Villian-Con dan bercadang ingin menjadikan Scarlet Overkill sebagai ketua baru mereka. (PG13)





Review Sendiri**
Siapa je tak suka Minions kan? haha Tengok gelagat mereka yang super-duper comel tu buat korang gelak tak kering gusi. Menariknya filem ni meng-highlight kan 3 karakte utama Kevin, Stuart & Bob. Semestinya Bob menjadi pilihan saya sebab comel dan ada teddy bear ditangan. Terus terang mula-mula pening sikit menonton sebab tak faham bahasa yang dikatakan (tiada subtitle pada bahasa minion !), tapi tetap gelak tengok diorang. Jalan cerita dia agak menarik dan berlaku dengan pantas sekali haha.


Paling best dan rasa macam teruja bila Bob sebut 'terima kasih' dalam satu scene tu. O-m-aca-g! Sangat seronok mendengarnya. haha Sejak itu, bob menjadi pilihan hati. haha Harap masa menonton tu buat-buat fahamlah dengan bahasa diorang ni. hahaha Overall, kelakar, penuh kejutan dan comel. :3

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4.6 / 5 bintang.


Minions 2015 Download | Minions 2015 Subtitle | MInions 2015 Synopsis

13 comments:

  1. Mungkin bagi orang lain bagi review best tenteng movie ni tapi bgi aku yang tengok rasa macam so-so je. haha mungkin sebb aku terlalu expect tinggi pada movie minions.

    ReplyDelete
  2. Tak tengok tengok lagi... hari tu nak pergi tengok, asyik full je.. huaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? takpe-takpe. minggu ni rasanya dah kurang orang tengok hihi

      Delete
  3. hahah minion memang comel , giler x suke gelagat dye , lagi2 kalau menanyi . goyang2 hehehe

    ReplyDelete
  4. Mmg suka minion sbb die kiut

    ReplyDelete
  5. Salam, hahaha mmg suka minion sbb comel plus bahasa dia pun comel...tp xtgk lagi, sbb dgr2 org kata xbest sgt..entahlah, download je kot nanti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi tengok just for fun okay je hihihi :)

      Delete
  6. For those fans who love the cute minions, this movie is a no brainer and it will give the fans exactly what they want.

    ReplyDelete