#MovieReview "Home"

16:00:00 Rafzan Tomomi 6 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review sambungan dari filem animasi 3D, "Home". Filem ini sepatutnya ditayangkan pada November 2014, atas sebab bertembung dengan filem "Penguins of Madagascar", ia di tunda ke Mac 2015. Memang waktu yang sesuai. hee Jom baca review selanjutnya :)



Download The Divergent Series : Insurgent

Tempat : Nu Sentral
Hall : Hall 5
Tarikh Tonton : 26 Mac 2015 (Khamis)
Masa : 7.45 Malam

Filem ini diarahkan oleh Tim Johnson . Ia direleasekan mulai 27 Mac 2015 (US) dan 26 Mac 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :

  • Jim Parsons sebagai Oh
  • Rihanna sebagai Tip
  • Jennifer Lopez sebagai Luci Tucci
  • Steve Martin sebagai Captain Smek
  • Matt L. Jones sebagai Kyle
  • dan ramai lagi.

Sipnosis Pendek
Filem "Home" mengisahkan makhluk asing yang bernama "Oh" yang hidup bersama Boov (makhluk asing) yang lain untuk mencari tempat tinggal baru bagi mengelakkan dari serangan musuh mereka, Grog. Kaum Boov telah menjumpai Bumi dan tinggal disana. Semasa dibumi Oh secara tidak sengaja menghantar pesanan kepada Grog. Kemudian, Oh lari dari tempat tu dan berjumpa dengan anak gadis, Tip. Adakah mereka berjaya melarikan diri? Dapat tak Oh membatalkan pesanan yang dihantar secara tidak sengaja tu?

Poster "Home" (2015) (sumber : google image)

Review Sendiri**
Finally saya berjumpa jugak dengan Boov. haha Tengok trailer pon dah boleh gelak kan? Kecomelan Oh tiada tandingannya. Dia mengingatkan saya pada Olaf (dari FROZEN). haha Masa tengok filem ni banyak gelak tengok gelagat Oh yang blur tapi kesian pulak tengok dia sebab tak ramai kawan. Jalan cerita yang mudah & unexpected gitu. Lepas tu, lawak-lawak dalam filem ni boleh buat korang gelak bersahaja. haha Sesuai la kalau korang nak bawak adik beradik, anak beranak, keluarga semua, sebab semua lapisan masyarakat boleh tengok. hee Kalau ada masa jangan lupa tengok ye :)


**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Kelakar & Sweet. Dengan ini saya memberi 4.8 / 5 bintang.


6 comments: