#MovieReview "Fast & Furious 7"

16:00:00 Rafzan Tomomi 5 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem aksi 2015, "Fast & Furious 7" (atau Furious 7). Filem ini adalah sambungan dari filem sebelumnya "Fast & Furious 6" (2013). Memandangkan ramai yang rekemen suruh tengok, jadi saya pon tengok. hee Jom baca review selanjutnya :)



Download The Divergent Series : Insurgent

Tempat : Nu Sentral
Hall : Hall 9
Tarikh Tonton : 3 April (Jumaat)
Masa : 8.00 Malam

Filem ini diarahkan oleh James Wan . Ia direleasekan mulai 3 April 2015 (US) dan 2 April 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :

  • Vin Densel sebagai Dominic Toretto
  • Paul Walker sebagai Brian O'Conner
  • Dwayne Johnson sebagai Luke Hobb
  • Michelle Rodriguez sebagai Letty Ortiz
  • Tyrese Gibson sebagai Roman Pearce
  • Chris Bridges sebagai Tej Parker
  • Jason Statham sebagai Deckard Shaw
  • dan ramai lagi.

Sipnosis Pendek
Sambungan dari filem ke-6, filem "Fast & Furious 7" mengisahkan Dominic Toretto dan rakan-rakannya ingin membalas dendam terhadap kematian Han & kecederaan yang dialami terhadap Hobb. Pembunuhan & serangan itu telah dilakukan oleh Deckard Shaw, seorang pembunuh bekas ejen perisikan yang terlatih yangmenuntut bela atas kejadian yang telah menimpa adiknya, Owen Shaw. Pelbagai rintangan yang dilalui untuk mencari Deckard Shaw. Adakah Dominic dan rakan-rakannya dapat membalas dendam setelah apa yang terjadi? Jangan lupa saksikannya :)

Poster "Furious 7", "Fast & Furious 7" (sumber : google image)

Review Sendiri**
Inilah adalah filem pertama siri "Fast & Furious" yang saya tengok. Dah masuk nombor 7 baru nak pergi tengok, jadi ada beberapa scene tak faham lah. haha As I know (sebelum tengok filem ni), saya agak ceritanya adalah kereta semata-mata, tapi rupanya tidak sama sekali. Ia lebih gempak dan hebat dari apa yang saya bayangkan. haha Jalan cerita yang menarik dan penuh aksi. Scene paling best tu (Spoiler. hehe) , bila diorang lompat dari satu bangunan ke satu bangunan. haha Sangatlah awesome. hahaa Bahagian ending dia memang rasa sedih dan sebak jugak. Ramai orang keluar panggung dengan muka merah dan ada yang masih menangis. Hurmm Untuk peringatan, filem ini 18 tahun ke atas, sila jangan bawak anak kecil. ahha Hari tu masa tengok ade budak kecil terlepas masuk dan menangis siap dalam panggung tu. haha :) "Whether I'm a quarter mile away or halfway across the world, the most important people in the room are mi familia. You'll always be my brother." - Dominic Toretto


**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Penuh aksi dan ending yang sedih. Dengan ini saya memberi 4.9 / 5 bintang.


5 comments:

  1. Sampai hari ni kite tak tengok lagi...suami keje je selalu..tak kan nak g tgk sendiri kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kee? takpe2 nanti paksa dia pergi tengok haha

      Delete
  2. wooww adik rafzan..lagi 0.01 peratus nya pergi kemana? hehehe..harini maybe baru dpt tengok..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 0.01 peratus simpan diamdiam hahaha

      Delete
  3. sy pon lom ada kesempatan nk g tengok....tp mmg xterlepas siri citer nh...hihiih

    ReplyDelete