#MovieReview - Inside Out

12:05:00 Rafzan Tomomi 7 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem animasi dari Disney Pixar, "Inside Out". Serius teruja sangat nak tengok filem ni dan akhirnya dapat jugak tengok. Macamana rasa kalau perasaan yang korang hadapi sedang dikawal oleh seseorang? Mesti best kan? Dalam filem ini Disney Pixar nak bawak korang ke alam yang tak pernah kita terfikir pon iaitu alam perasaan.  Jom baca review selanjutnya :)


Download Inside Out 2015

Tempat : GSC Mid Valley
Hall : 3
Tarikh Tonton : 23 Ogos 2015 (Ahad)
Masa : 11.15 Pagi

Filem ini diarahkan oleh Pete Docter. Ia direleasekan mulai 19 Jun 2015 (US) dan 20 Ogos 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :

  • Amy Poehler sebagai Joy
  • Phyllis Smith sebagai Sadness
  • Bill Hader sebagai Fear
  • Lewis Black sebagai Anger
  • Mindy Kaling sebagai Disgust
  • Richard Kind sebagai Bing Bong
  • Kaitlyn Dias sebagai Riley Andersen
  • Diane Lane sebagai Ibu kepada Riley
  • Kyle MacLachlan sebagai Ayah kepada Riley
Sinopsis Pendek
Filem "Inside Out" (U) mengisahkan tentang seorang gadis berusia 11 tahun bernama Riley yang dalam peringkat memberontak selepas keluarganya berpindah dari Minnesota ke San Francisco. Lihat dalam kepala Riley dan bertemu dengan suara di dalam: Joy, Sadness, Anger, Fear dan Disgust. Mereka adalah lima emosi Riley yang membentuknya ketika itu. Ikuti perjalanan kelima-lima emosi dan fahami bagaimana personaliti kanak-kanak berubah apabila mereka membesar. (Sumber)


Review**
Brilliant! Awesome! semualah! Jalan cerita dia memang best dan ada scene yang akan buat korang tersentuh dan mungkin menagis huhu. Menariknya cerita ni ialah macam mana perasaan gembira, sedih, marah, takut dan menjengkelkan dikawal oleh mereka sendiri. Antara lima karakter utama, saya suka dengan "Disgust" hahaha. She so whatever! Yucks! hahaha kelakar. Semua karakter memang menarik dan ada tarikannya tersendiri. Setiap memori akan disimpan bila Riley dah masuk tidur. Bukan tu je, ada jugak pulau-pulau seperti Pulau Keluarga, Pulau Hoki dan beberapa lagi adalah hasil dari memori kekal lama. Serius sangat menarik! Bukan untuk kanak-kanak sahaja, memang sesuai untuk orang dewasa jugak. Overall, I love it! korang harus tengok! :)

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4.9 / 5 bintang.


Inside Out 2015 Download | Inside Out 2015 Subtitle | Inside Out 2015 Synopsis | Inside Out 2015 Review

7 comments:

  1. masih belum berkesempatan nak menonton cite ni... best pulak baca review inshaaAllah ad masa blhlah try ushar2 pegi tgk kat mid valley... hihihihi

    ikhwan yusuff

    ReplyDelete
  2. pixel dengan movie ni yang mana satu lagi best bawa anak-anak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa Inside Out kak, sebab ia kartun, sesuai untuk anak-anak :)

      Delete
  3. ok kena tengok ni. ahad lepas kecewa tgk pixel

    ReplyDelete