#MovieReview - Polis Evo

20:53:00 Rafzan Tomomi 7 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem aksi melayu, "Polis Evo". From the promotion dan ramai yang kata best , jadi saya dengan gigihnya pergi tengok filem ini dekat Wayang. Tengok trailer memang penuh dengan aksi. Paling teruja macam mana gabungan 2 pelakon popular kat Malaysia ni. Menjadi ke idok? Jom baca review selanjutnya :) :: Jangan Sambung Baca Sebab Ada Spoiler :P ::


Download Maze Runner The Scorch Trials 2015

Filem ini diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar. Ia direleasekan mulai 17 September 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :
  • Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai
  • Zizan Razak sebagai Inspektor Sani
  • Mimie Ernida 
  • Nora Danish 
  • Wan Hanafi Su 
  • Pablo Amirul sebagai Jimbo
  • Amerul Affendi 
Sinopsis
Filem "Polis Evo" (P13) mengisahkan tentang dua orang anggota polis, Khai dan Sani. Mereka mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama dalam satu tugasan untuk menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah.


Review**
Selepas menonton filem ni, saya rasa filem ni best! Bukan nak sedapkan hati atau nak bodek ya, saya rasa seronok dan terhibur dengan filem ini. Jalan ceritanya yang menarik dan penuh dengan aksi tembak-tembak dan kejar mengejar. Gandingan 2 pelakon menjadikan keseriusan watak Inspektor Khai dan kelawakan Inspektor Sani menjadi sangat best. Ye la, kalau serius sangat pon mesti krik-krik-krik. Macam tengok filem aksi omputeh pon ada haha. Jangan terkejut ada bahagian yang watak Zizan lebih serius dari filem-filem lakonannya. Ada satu scene yang Inspektor Khai makan bersama keluarga Inspektor Sani, rasa scene tu paling kelakar rasanya. Lepas tu scene dekat hospital pon best, memang sangat kelakar. Dalam panggung memang meriah. No wonderlah 4 hari tayangan, kutipan mencecah 2.5 juta. Congratss! :)

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4.5 / 5 bintang.

Polis Evo 2015 Download |  Polis Evo  2015 Subtitle | Polis Evo  2015 Synopsis | Polis Evo 2015 Review | Poster Polis Evo 2015 | Polis Evo Torrent

7 comments:

  1. Ok, mcm menarik..
    Sbb dh lma sgt xtgk movie cite melayu sbb mcm xbrbaloi..👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula-mula saya pon rasa begitu, tapi saya amek risiko dan wow. boleh tahan. :)

      Delete
  2. Mmg best.. Tgk berulang kali pon xrugi..

    ReplyDelete