#MovieReview "Chappie"

16:00:00 Rafzan Tomomi 8 Comments



Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ini nak review movie yang ramai syorkan saya untuk tengok, "Chappie". Nak tahu best ke tak? Jom baca review selanjutnya :)



Download Chappie 

Tempat : Pavilion
Hall : Hall 3
Tarikh Tonton : 14 Mac 2015 (Sabtu)
Masa : 4.45 Petang

Filem ini diarahkan oleh Paul Tibbit dan Mike Mitchell . Ia direleasekan mulai 5 Mac 2015 (Malaysia) dan 6 Mac 2015 (Us). Filem ini menampilkan seperti Sharlto Copley sebagai  CHAPPiE (suara dan pergerakan), Dev Patel sebagai Deon Wilson, Ninja sebagai  Ninja, Yolandi Visser sebagai  Yolandi, Jose Pablo Cantillo sebagai Yankie, Sigourney Weaver sebagai  Michelle Bradley, Hugh Jackman sebagai Vincent Moore dan ramai lagi.

Sipnosis Pendek
Filem "Chappie" mengisahkan tentang robot bernama "CHAPPiE" yang direka dan dijadikan bahan kajian semula selepas terkena tembakan dan sepatutnya dilupuskan. Chappie diprogramkan untuk boleh berfikir dan ada perasaan seperti manusia. Selepas hidup bersama dengan gangster, Chappie telah diajar bercakap, berlawan dan macam-macam lagi. Chappie dah berjanji dengan Penciptanya (Deon) untuk tidak melakukan perkara yang jahat. Adakah Chappie mampu pertahankan janjinya?

Poster "Chappie"(sumber : google image)


Review Sendiri**
Memang ramai cakap filem ni best, jadi saya pon nak tengok jugak. Yup! ternyata ia best dan tak menghampakan. Tak macam filem robot lain, filem ni tak banyak scene aksi / lawan tapi banyak scene yang comel dan boleh gelak tengok si Chappie ni. Chappie ni macam budak kecik yang baru belajar bercakap dan manja-manja gitu. Paling kesian pencipta Chappie ni la, lepas satu-satu masalah datang dekat dia, jenis tabah sungguh haha Ada scene yang akan membuat korang sebak atau sentap kejap, antaranya bila dia kene belasah dengan orang jahat. Serius kesian nengok T^T (walaupun dia robot). Overall, jalan cerita dia menarik sebab kebanyakkan fokus pada 'Chappie', bagaimana dia belajar untuk menghadapi dunia luar, menjadi apa yang dia mahukan dan paling best, Chappie ni lawak orangnya. haha Filem ini untuk 18 tahun ke atas saje, sebab ada darah-darah dan scene-scene ganas. Jangan lupa tonton ye :)

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Best dan banyak main perasaan haha! Dengan ini saya memberi 4.9 / 5 bintang.


8 comments:

  1. wah... macam best je... harap2 saya menang contest Chappie..
    boleh tengok...

    ReplyDelete
  2. wah serious 4.9???
    hahaaa kalau sempat qila nak gi tengok lah hihi

    ReplyDelete
  3. Wah.. Akan ku tunggu cd kuo.. Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhahahaa tggu download je. DVD lambat lagik huhu

      Delete
  4. rs mcm kureng sket. just my opinion. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's okay. pendapat manusia lain lain kan :)

      Delete