Movie Review - Pitch Perfect 2


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem supernatural seram, "Pitch Perfect 2". Filem ini menelan belanja 29 Juta dan kutipan terkini selepas seminggu direleasekan ia mengutip lebih dari 100 juta. aca-awesome!. Jom baca review selanjutnya :)



Download Pitch Perfect 2

Tempat : GSC Nu Sentral
Hall : 11
Tarikh Tonton : 14 Mei 2015 (Khamis)
Masa : 7.00 Petang

Filem ini diarahkan oleh Elizabeth Banks . Ia direleasekan mulai 15 Mei 2015 (US) dan 14 Mei 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :
  • Anna Kendrick sebagai Beca 
  • Rebel Wilson sebagai Fat Amy
  • Brittany Snow sebagai Chloe
  • Ester Dean sebagai Cynthia-Rose
  • Alexis Knapp sebagai Stacie
  • Hana Mae Lee sebagai Lily
  • Hailee Stanfield sebagai Emily
  • Chrisee Fit sebagai Flo
Sinopsis Pendek
Filem "Pitch Perfect 2" mengisahkan selepas kejayaan The Barden Bellas yang semakin melonjak dan mereka semakin dikenali. Namun kedudukan mereka tergugat apabila insiden persembahan mereka di sebuah majlis bersama orang-orang besar , telah menyebabkan mereka digantung dari membuat persembahan dan menyertai sebarang pertandingan. Untuk membersihkan nama baik mereka, mereka menyertai pertandingan acapella peringkat kebangsaan - dimana tiada satu kumpulan dari Amerika memenangi pertandingan tersebut. Adakah mereka berjaya membersihkan nama mereka? Apakah lagu-lagu yang akan dinyanyikan dalam filem ni?


Poster "Pitch Perfect 2" (sumber : google image)

Review Sendiri**
WHO RUN THE WORLD? Yeah! of course, akak-akak Bella's kita kembali memekik di pawagam. Semestinya excited sangat nak tengok filem ni, yang merupakan sambungan dari Pitch Perfect (2012). Filem ke-2 ni boleh dikatakan best jugak, storyline dia best. Banyak scene yang boleh buat kita semua gelak giler-giler. Lagi-lagi gelagat si Fat Amy tu, serius lawak. Scene favourite masa diorang pergi kem tu, sangat best dengan Riff-off , lagu-lagu dia nyanyi pon best. hihi Filem ni nak menyampaikan bahawa "tak semestinya kita berada diatas kita terus diatas kan?". Banyak kejutan dalam filem ni, tak mau cerita banyak, korang kene tengok. Memang best. haha Harap mereka akan meneruskan filem ke-3 nanti. Tazaabaaaa! ahahaa


**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Kelakar, Sweet dan banyak lagu best!. Dengan ini saya memberi 4.8 / 5 bintang.


Post a Comment

0 Comments