Movie Review - Insidious : Chapter 3


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem seram, "Insidious : Chapter 3". Tak pernah tengok filem Insidious (2010) & Insidious : Chapter 2 (2013), terus lompat menonton filem ke-3 hihi. Seram ke idok? Jom baca review selanjutnya :)



Download Insidious : Chapter 3

Tempat : GSC Nu Sentral
Hall : 5
Tarikh Tonton : 4 Jun 2015 (Khamis)
Masa : 6.45 Petang

Filem ini diarahkan oleh Leigh Whannell . Ia direleasekan mulai 5 Jun 2015 (US) dan 4 Jun 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :
  • Lin Shaye sebagai Elise Rainier
  • Dermot Mulroney sebagai Sean Brenner
  • Stefanie Scott sebagai Quinn Brenner
  • Angus Sampson sebagai Tucker
  • Leigh Whannell sebagai Specs
  • Ele Keats sebagai Lillith Brenner
  • Michael Reid MacKay sebagai The Demon Who Can't Breathe
  • Steve Coulter sebagai Carl
  • Ashton Moio sebagai Hector
  • Hayley Kiyoko sebagai Maggie
  • dan ramai lagi...
Sinopsis Pendek
Filem "Insidious : Chapter 3" mengisahkan prekuel sebelum keluarga Lambert dihantui. Anak gadis keluarga Lambert, Quinn yang telah diganggu oleh entiti dari dunia makhluk halus selepas berjumpa dengan Elise untuk berkomunikasi dengan Ibunya.  Pelbagai kejadian aneh yang berlaku pada Quinn sehingga beliau cedera parah. Elise dapat mengetahui hal tersebut dan berniat menyelamatkan Quinn. Adakah Quinn terselamat? (PG13)

Poster "Insidious : Chapter 3" (sumber : google image)

Review Sendiri**
Ini merupakan filem pertama dari 3 siri filem Insidious yang saya tengok. Sejujurnya saya menonton ini sebanyak 2 kali (walaupun kali-2 tak sanggup! haha) Kebanyakkannya memang tutup telingalah sebab takut terkejut. Tak sama seperti menonton filem seram lain, filem ni tak pasti mana tahap seramnya sebab dua-dua panggung wayang yang saya masuk memang kebanyakkannya gelak dan marah-marah. Ade tu sampai tercampak popcorn ke depan. hahaha Banyak jugak jump scare dan banyak kejutan yang tak dijangka. Tapi serius kesian dengan penderitaan dekat si Quinn tu. Mohon tabah je lah. haha Overall, ia sedikit seram dan sound effect yang melampau. *sila jangan makan popcorn, nanti ada yang tercmpak kedepan~ haha*


**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4.4 / 5 bintang.


Insidious Chapter 3 2015 Download | Insidious Chapter 3 2015 Subtitle | Insidious Chapter 3 2015 Synopsis

Post a Comment

2 Comments

tak sempat nak tengok.. tunggu download je haha
Rafzan Tomomi said…
ahhaha masih ada kat panggung ni hahaa