#MovieReview - Maze Runner : The Scorch Trials

22:22:00 Rafzan Tomomi 7 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem aksi sains fiksyen, "Maze Runner : The Scorch Trials". Filem ini merupakan filem sambungan dari filem pertamanya "The Maze Runner" (2014). Filem pertamanya sangat menarik untuk saya sampai tertunggu untuk sambungannya ni. Rasa-rasa korang filem ni lebih awesome atau krik-krik dari filem pertama tak? Jom baca review selanjutnya :) :: Jangan Sambung Baca Sebab Ada Spoiler :P ::


Download Maze Runner The Scorch Trials 2015

Filem ini diarahkan oleh Wes Ball. Ia direleasekan mulai 18 September 2015 (US) dan 10 September 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :
  • Dylan O'Brien sebagai Thomas
  • Thomas Brodie-Sangster sebagai Newt
  • Ki Hong Lee sebagai Minho
  • Rosa Salazar sebagai Brenda
  • Kaya Scodelario sebagai Teresa Agnes
  • Jacob Lofland sebagai Aris Jones
  • Giancarlo Esposito sebagai Jorge
  • Aidan Gillen sebagai Janson
Sinopsis Pendek
Filem "Maze Runner : The Scorch Trials" (P13) mengisahkan selepas Thomas dan rakan-rakannya berjaya mencari jalan keluar dari `The Maze`, mereka kini berdepan dengan dunia luar yang dimamah penyakit. Mereka mempunyai misi baru, sama ada mereka berjaya mencari jalan melalui bandar terbiar itu ke sebuah tempat selamat atau mereka akan punah bersama-sama bandar tersebut. 


Review**
Suka filem-filem sebegini, ada sambungan-sambungan. Tak kurang hebatnya untuk sekual 'The Maze Runner', buat korang rasa teruja sikit dengan beberapa adengan yang menarik. Paling best, bagaimana si Thomas dan kawan-kawan tu nak keluar dari 'Scorch' , dan of course, ada zombie! Huarghh. I love zombie ! Rasa macam tengok World War Z pulakkan. Jalan cerita dia haruslah ada drama sikit. Paling mengejutkan ending dia memang tak berapa cantik . Sesuatu berlaku pada karakter kegemaran ramai, Minho dan seseorang telah mengkhianati Thomas & kawan-kawannya. Siapa dia???! Uuu~ Sekuel seterusnya akan direleasekan pada pertengahan Februari 2017. What 2017?! Ala lambat lagi huhu. Overall, ia tak seawesome yang pertama dan lots of running! haha

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4.5 / 5 bintang.

Maze Runner The Scorch Trials 2015 Download | Maze Runner The Scorch Trials 20155 Subtitle | Maze Runner The Scorch Trials 2015 Synopsis | Maze Runner The Scorch Trials 2015 Review

7 comments:

  1. saya pun dah tonton cite dia best tak sabar nak tunggu final nye (sumber google cakap 2017)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap. Maaf sebenarya maze runner ada empat sebab buku novel dia ada empat kot

      Delete
  2. memang best! tak sabar nak tengok next....

    ReplyDelete