#MovieReview - Ouija : Origin of Evil

Review filem Ouija : Origin of Evil Malay

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Bersiap sedia keseraman sekuel filem "Ouija" (2014). Filem pertamanya dikatakan kurang mendapat sambutan dan kali ini bagaimanakah penerimaan mereka yang akan menonton filem "Ouija : Origin Of Evil". Filem ini mula ditayangan sejak 3 November yang lalu , dan ramai yang memberi pandangan positif . Best ke tak?   ::Amaran : Spoiler:: 

Review filem Ouija : Origin of Evil Malay
(sumber : www.universalpictures.com/movies/ouija-origin-of-evil)

Saksikan Trailer "Ouija : Origin of Evil"!
Download Ouija : Origin of Evil 2016

SINOPSIS Ouija : Origin of Evil
Filem ini mengisahkan tentang papan berhantu Ouija, di mana kali ini Annalise Basso membawa watak sebagai seorang remaja yang menggunakan papan tersebut untuk cuba menghubungi bapanya yang telah meninggal dunia.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 3 November 2016
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 39 Minit
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Henry Thomas, Elizabeth Reaser, Annalise Basso, Lulu Wilson
Pengarah: Mike Flanagan
Format: 2D

Review filem Ouija : Origin of Evil Malay
(sumber : www.traileraddict.com)

REVIEW Ouija : Origin of Evil
Momi memang suka tengok filem seram tapi macam biasa tutup telinga tu biasa haha (tak suka scare jump). Sebuah filem yang seram dan mendebarkan juga sebenar. Walaupun filem ini adalah filem prekuel dari yang pertama, Ouija (2014) ternyata filem prekuel ini lebih menyengat dan meninggalkan kesan keseraman selepas anda menonton.

Makhluk yang merasuk Doris (lakonan Lulu Wilson) tu memang sangat kuat. Watak Doris yang seram dan pelik dibawa dengan baik sekali. Filem prekuel ini akan membuat anda akan tertanya dan anda akan sedar sebenarnya rumah yang mereka duduk adalah rumah dalam filem pertamanya. Jadi ia memang kisah silam rumah tersebut. Gatal sangat nak berhubung dengan mendiang ayahnya ha sekali orang lain yang dia seru haha.

Keseluruhannya, memang seram dan penuh debar semasa menonton. Momi rasanya kalau remake kisah dulu-dulu mesti berjaya mencuri orang nak tengok filem ini. Jadi jika anda ada masa terluang atau rasa nak tengok wayang, boleh tengok filem ini ya.

Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG


Poster Ouija : Origin of Evil 2016 Download |   Ouija : Origin of Evil 2016 Subtitle | Sinopsis Ouija : Origin of Evil 2016 Synopsis | Poster Ouija : Origin of Evil 2016 Review | Ouija : Origin of Evil 2016 Malay Subtitle | Ouija : Origin of Evil 2016 Torrent | Review filemOuija : Origin of Evil 2016 | Barisan pelakon Ouija : Origin of Evil 2016  Review filem Ouija : Origin of Evil 2016 

Post a Comment

0 Comments