Movie Review - The Conjuring 2

Movie Review - The Conjuring 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Filem paling seram yang Momi tunggu dari tahun 2013 lagi, sekuel filem 'The Conjuring' . Kini pasangan penyiasat aktiviti paranormalm Lorraine & Ed kembali menyiasat makhluk halus dalam filem "The Conjuring 2". Filem ini mendapat review positif dari mereka yang menonton. Seram ke tak?  ::Amaran : Spoiler:: 


Saksikan Trailer "The Conjuring 2"!
Download The Conjuring 2 2016

SINOPSIS The Conjuring 2
Selepas mengendali kes di sebuah rumah ladang di Rhode Island, penyiasat paranormal Ed Warren dan isterinya Lorraine Warren kembali, dan kali ini mereka mengembara ke England untuk menyiasat roh jahat di sebuah kediaman di London Borough, Enfield.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 9 Jun 2016
Genre: Seram
Durasi: 2 Jam 11 Minit
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Patrick Wilson, Vera Farmiga
Pengarah: James Wan
Format: 2D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX


REVIEW
Filem kali ini lebih seram dan ganas! Momi memang jenis yang takut bila tengok cite hantu ni. Macam biasa tutup mata , tutup telinga lebih banyak dari menonton haha. Filem 'The Conjuring 2' ni Momi rasa lebih seram dan banyak scene yang unexpected. Jalan ceritanya tak berapa bosan sangat , tak sedar pon yang filem ni 2 jam lebih. Rasa macam tak mampu nak tarik nafas sebab lepas satu satu scene hantu tu buat kacau haha. Karakter hantu yang dikenali sebagai 'Valak' menjadi tumpuan media sosial. Serius beberapa scene melibatkan Valak ni memang mendebarkan woi.

Lakonan Madison Wolfe sebagai Janet memang awesome! Korang akan rasa kesian dengan watak Janet ni, lepas satu-satu dia kena huhu. Satu lagi benda nak puji, set filem ni sangat awesome sebab berlaku tahun 1977, jadi set dia memang nampak lah effort dari segi pakaian, latar belakang dan lain-lain.

Keseluruhannya filem ni menarik untuk ditonton dan tahap seram yang best. Harap-harap ada lagi The Conjuring ni hehe. Dengarnya Annabelle 2 nak release next year. hehe. Tak sabarnya :D


Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG

Poster The Conjuring 2 2016 Download | The Conjuring 2 2016 Subtitle | Sinopsis The Conjuring 2 2016 Synopsis | Poster The Conjuring 2 2016 Review | The Conjuring 2 2016 | The Conjuring 2 2016 Torrent | Review filem The Conjuring 2 2016 | Barisan pelakon The Conjuring 2 2016  Review film The Conjuring 2 2016

Post a Comment

3 Comments

Bahrain said…
nak pergi tengok tapi mmbe takot hantu last2x tengok Now You See Me 2.
Rafzan Tomomi said…
hahah next time paksa dia hehe
Mawardi yunus said…
kita dah tengok.. boleh than jugak uolls