#MovieReview - SING

Review Filem Sing 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. A singing competition? Lepas tengok trailer dah rasa teruja nak pergi tengok filem ini. 'SING' adalah sebuah filem animasi dari Illumination Entertainment yang pernah menghasilkan siri filem 'Despicable Me' dan 'Secret Life of Pets'. SING mula ditayangkan sejak 8 Disember lalu. Filem ini telah mendapat pandangan yang positif dikalangan penontonnya. Best ke tak?   ::Amaran : Spoiler:: 

Saksikan Trailer "SING"!
Download SING 2016

SINOPSIS SING (info dari cinema.com.my)
Filem arahan Garth Jennings ini mengisahkan tentang seekor koala bernama Buster yang memiliki sebuah teater. Dia kemudiannya meminta bantuan rakan baiknya untuk memajukan perniagaan teater itu dengan menganjurkan pertandingan menyanyi.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2016
Genre: Animasi / Komedi / Muzikal
Durasi: 1 Jam 48 Minit
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Matthew McConaughey, Reese Witherspoon, Seth MacFarlane, Tori Kelly, John C. Reilly, Taron Egerton, Scarlett Johansson
Pengarah: Garth Jennings
Format: 2D, 3D, 2D ATMOS

Review Filem Sing 2016
Poster SING 2016


REVIEW SING
AWESOME! apa lagi yang Momi boleh katakan selepas menonton filem ini. Filem ini padat dengan gelak tawa, muzikal dan drama. Sebuah jalan cerita yang sangat menarik dan silap-silap mampu buat korang rasa nak menangis. Adengan ujibakat untuk masuk pertandingan menyanyi, Momi rasa adengan yang paling menarik memfokuskan beberapa haiwan boleh menyanyi. Memang terpegun dengan suara Johnny (lakonan suara oleh Taron Egerton), Meena (Tori Kelly) dan kesemua karakter utama.

Review Filem Sing 2016

Review pada bahagian karakter pula, Momi suka pada semua karakter utama yang terlibat dalam SING ini. Setiap karakter ditonjolkan dengan kisah masing-masing, ada yang kelakar dan ada juga yang sedih. Haa... pemilihan lagu pula sangat best dan menepati citarasa penonton gitu. Paling menarik pada bahagian akhir filem ini, anda akan rasa seperti menonton konsert didalam filem tersebut. Kami (Momi, Abadik & Momi) bersorak dan tepuk tangan ya haha.

Keseluruhannya, sangat menghiburkan dan nak bagi banyak Thumbs up sebab berjaya menghiburkan penonton. Semoga ada sekuel untuk filem ini hehe.

Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG


Poster SING 2016 Download |  SING 2016 Subtitle | Sinopsis SING 2016 Synopsis | Poster SING 2016 Review | SING 2016 Malay Subtitle | SING 2016 Torrent | Review filem SING 2016 | Barisan pelakon Moana 2016  Review filem SING Bahasa Melayu

**all photos taken from google.

Post a Comment

0 Comments