#MovieReview - Suicide Squad


Review Filem Suicide Squad Review 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Macam mana kalau penjenayah berbahaya adalah seorang wira yang menyelamatkan dunia? Before this, Momi tak berapa tahu sangat mengenai dunia Justice League ni , lepas tengok filem ini, mungkin akan jatuh cinta dengan dunia Justice League hehe. Ramai yang memberi pandangan positif dan negatif untuk filem ini. Best ke tak?  ::Amaran : Spoiler:: 

Review Filem Suicide Squad Review 2016

Saksikan Trailer "Suicide Squad"!
Download Suicide Squad 2016

SINOPSIS Suicide Squad
Sebuah agensi rahsia kerajaan Amerika Syarikat telah merekrut penjenayah berbahaya untuk melakukan misi maut untuk kerajaan AS. Sebagai ganjaran, hukuman mereka akan dikurangkan. Penjahat-penjahat itu termasuk Deadshot, The Joker, Harley Quinn, Lex Luthor, Enchantress, Boomerang dan banyak lagi.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2016
Genre: Aksi
Durasi: 2 Jam 3 Minit
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Will Smith, Jared Leto, Margot Robbie, Jai Courtney, Joel Kinnaman, Cara Delevingne, Viola Davis
Pengarah: David Ayer
Format: 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX

Review Filem Suicide Squad Review 2016
Poster "Suicide Squad"

REVIEW Suicide Squad
Momi love it! Jalan cerita 'Suicide Squad' best dan mengujakan. Momi suka cara dia perkenalkan karakter dan kisah sebelum mereka masuk penjara. Cerita watak yang diketengahkan antaranya Deadshot dan Harly Quinn, yang lain hanya penambah perisa sahaja. Sedih sikit sebab ada beberapa watak yang hebat mati dalam filem ini. Filem ini akan buat korang gelak tapi tak sekelakar geng Marvel. Momi gembira sebab filem ni tak terlalu serius.

Review Filem Suicide Squad Review 2016

Cerita tentang Harly Quinn, dia ni lah punca ramai orang nak tengok filem ni. Bukan sahaja nakal dan gila-gila, malah setiap kali scene dia muncul mesti buat korang tersenyum tak pon gelak hehe. Bagi Momi, Quinn adalah 'Heart of Suicide Squad Movie', kalau korang tengok dia je, mesti suka. Dengarnya akan ada spin-off untuk Harly Quinn , harap jadilah :p

Review Filem Suicide Squad Review 2016

Keseluruhannya, "Suicide Squad" sangat menghiburkan dan penuh aksi. Team ni jadi menarik sebab diorang semua orang jahat yang bakal menyelamatkan dunia. gitu hahaha. So tunggu apa lagi? Jom pergi tengok :)

Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG

Poster Suicide Squad 2016 Download | Suicide Squad 2016 Subtitle | Sinopsis Suicide Squad Synopsis | Poster Suicide Squad 2016 Review |  Suicide Squad 2016 Subtitle | Suicide Squad 2016 Torrent | Review filem Suicide Squad 2016 | Barisan pelakon Suicide Squad 2016  Review film Suicide Squad 2016 | Suicide Squad 2016

**all picture belongs to Google & Suicide Squad Movie Official Site

Post a Comment

0 Comments