#MovieReview - BoBoiBoy The Movie

17:59:00 Rafzan Tomomi 10 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Perhatian kepada semua peminat animasi 'BoBoiBoy', filem pertama 'BoBoiBoy' akan mula ditayangkan pada 3 Mac 2016. Adakah korang semua dah bersedia? haaa.. Sebenarnya Momi bukanlah peminat tegar siri animasi 'BoBoiBoy' tapi disebabkan keterujaan nak tengok filem pertama ni, Momi pergi menonton bersama Abadik semasa tayangan khas di GSC Berjaya Time Square pada 27 Februari yang lagi. Terbaik ke tak?  ::Amaran : Spoiler:: 


Download BoBoiBoy The Movie 2016

SINOPSIS BOBOIBOY THE MOVIE
Filem dari siri animasi yang popular "BoBoiBoy The Movie" mengisahkan tentang sekumpulan makhluk asing bernama The Tengkotak tiba di bumi dan menculik Ochobot. Mereka mahu menggunakannya untuk mencari sebuah Sfera Kuasa yang tersembunyi di bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya perlu menyelamatkan Ochobot dan membongkar rahsia di sebalik Sfera Kuasa tersebut. Filem ini dibintangi oleh pelakon suara Nur Fathiah Diaz, Anas Abdul Aziz, Dzubir Mohamed Zakaria dan ramai lagi.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi:
Tarikh Tayangan: 3 Mac 2016 (Malaysia) | 13 April 2016 (Indonesia)
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pengarah: Mohd Nizam Abdul Razak
Format: 2D



KISAH BOBOIBOY & OCHOBOT
Lebih kepada kisah 'friendship' antara BoBoiBoy & Ochobot yang mengharungi suka duka bersama. Pada suatu hari, Ochobot telah dirampas oleh sekumpulan jahat yang mahu mencari robot yang bernama "Klamkabot". Boboiboy dan rakan-rakan (Yaya, Ying, Gopal & Fang) bersama-sama Papazola pergi ke laut untuk mencari kumpulan jahat tersebut. Kesusahan dan kepayahan Boboiboy untuk mencari Ochobot tu memang membuktikan bahawa mereka memang kawan yang sangat rapat. Ending dia sangat touching :')


THE TENGKOTAK
Jika sebelum ini, BoBoiBoy dan rakan-rakan sering diganggu oleh Adu Du & Probe, tapi kali ini mereka diganggu oleh kumpulan yang lagi hebat! Kumpulan tersebut ialah Kumpulan Tengkotak yang terdiri dari Bora Ra (memiliki kuasa 'Black Hole'), Gaga Naz (memiliki kuasa Tangan Cybernetic), Yoyo Oo , Kiki Ta & Koko Ci. Nampak je ganas kumpulan ni tapi kadang-kadang kelakar jugak. haha.


PAPAZOLA & GOPAL YANG KELAKAR
Yess! Mereka inilah yang buat Momi tak kering gusi menonton. Lagi-lagi Papazola yang suka buat benda yang pelik dan comel. Kebanyakan adengan yang ada Papazola memang buat korang gelak. Nanti dalam filem ni Papazola dapat kawan baru. Yang sorang lagi tu, Gopal pon kelakar jugak. Adengan yang paling kelakar, masa diorang sampai dekat Pulau Terapung tu hehe. 


UPGRADE KUASA BARU?
Saja nak bagi korang teruja untuk tengok filem ni, Boboiboy, Ochobot dan rakan-rakan akan 'upgrade' ke kuasa yang baru. Serius memang awesome giler tengok kuasa baru diorang. 


BERAPA BINTANG?
Momi dengan ini ingin memberi 5 / 5 bintang untuk keseluruhan untuk filem ini. Filem ini wajib ditonton untuk tahun 2016 sebab filem ni awesome, penuh aksi dan kelakar. Jalan cerita yang menarik dan memang terbaik! Filem ni tak buat korang rasa bosan langsung dan setiap scene mesti akan buat korang gelak, kecuali ending. It's really touch :'). Tunggu apa lagi? Bawak satu keluarga pergi menonton, konfem puas hati. Terbaikkk! :D


p/s : Bahagian ending ada pengumuman menarik untuk korang. tunggu :D

BoBoiBoy The Movie 2016 Download | BoBoiBoy The Movie 2016 Subtitle | Sinopsis BoBoiBoy The Movie 2016 Synopsis | BoBoiBoy The Movie Review | Poster BoBoiBoy The Movie 2016 | BoBoiBoy The Movie 2016 Torrent | Review filem BoBoiBoy The Movie 2016 | Barisan pelakon BoBoiBoy The Movie 2016 |  Review film BoBoiBoy The Movie 2016

10 comments:

  1. Anak buah semua x sabar nk pi tgk movie ni, hopefully bestlah :)

    Jom Terjah! >> Review Produk Kecantikan & Kesihatan Antarabangsa Terbaik Keluaran RF3 World FirMax3 Malaysia :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tak. dekat GSC Time Square hari tu, dia saja bukak 3 hall untuk BoboiBoy The Movie dapat goodies sekali hehe

      Delete
  3. rasa macam nak tengok lagi sekali 3 Mac ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee sila-sila. rasa mcm nak repeat gak ni hehe

      Delete
  4. Memang terbaik! hall boboiboy fullhouse. semua enjoy tgk movie ni. tahniah animonsta for this great movies!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp.. memang fullhouse hehe. terbaik :D

      Delete
  5. Ada link utk download citer ni x?

    ReplyDelete