#MovieReview - Lights Out


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Sekitar tahun lepas kot, ada video pendek pasal 'Lights Out', bila tutup lampu ada lembaga muncul, bila buka lampu lembaga tersebut hilang. (Cuba tengok video sini!). Momi rasa agak menarik jugak bila dapat tahu filem ni ke layar perak. Filem Lights Out sudah mula ditayangkan sejak 21 Julai yang lalu. Ramai yang memberi respon yang positif untuk filem ni.  Best ke tak?  ::Amaran : Spoiler:: 


Saksikan Trailer "Lights Out"!
Download Lights Out 2016

SINOPSIS Lights Out
Filem seram arahan David F. Sandberg ini adalah adaptasi daripada filem pendek "Lights Out" (2013), yang mengisahkan tentang seorang wanita yang dihantui oleh makhluk yang hanya muncul apabila lampu dipadamkan.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 Julai 2016
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 29 Minit
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Teresa Palmer, Gabriel Bateman, Alexander DiPersia
Pengarah: David F. Sandberg
Format: 2D



REVIEW Lights Out
Bagi Momi sebuah filem yang menarik untuk ditonton. Mula-mula pon dah rasa seram apetah lagi nak tengok keseluruhan cerita. Jangan cerita dia tak lambat sangat, jadi korang dah boleh tahu sebab kenapa hantu atau makhluk tu muncul. Idea yang diadaptasi dari filem pendek tu memang best dan sangat mendebarkan. Semasa Momi menonton, rata-rata ramai yang menjerit dan terkejut semasa hantu tu keluar.


Menariknya, korang tak perlu tunggu lama nak tengok kemunculan hantu tersebut. Bahagian paling mendebarkan masa bahagian pengakhiran cerita bila hantu tersebut makin mengganas. Korang mesti nak tengok kan muka hantu disebalik kegelapan tu kan? Of course, korang akan tengok muka hantu tu nanti haha.

Keseluruhannya, filem ini seram, mendebarkan dan menarik untuk korang tengok dekat panggung. Kalau dapat yang suka menjerit berjemaah lagi best. Rasa macam tengok konsert pulak hahaha. Momi rasa filem ni tak perlu sekuel kot dan kekal je untuk filem ni. Tapi kalau ada sekuel, sure nak tengok jugak haha.

Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG

Poster Lights Out 2016 Download | Lights Out 2016 Subtitle | Sinopsis Lights Out Synopsis | Poster Lights Out 2016 Review |  Lights Out 2016 Subtitle | Lights Out 2016 Torrent | Review filem Lights Out 2016 | Barisan pelakon Lights Out 2016  Review film Lights Out 2016 | Lights Out 2016

Post a Comment

6 Comments

sayaidaydotcom said…
Nak tengok, tapi tak berani nak tengok dekat wayang. HAHAHA
Rafzan Tomomi said…
tengok wayang feel dia lebih sikit hahaha
Ezad Skytech said…
Ok la movie ni...tak berapa seram sangat...yang best bila tengok movie seram ni...bila orang duduk sebelah beria menjerit padahal biasa je tu...takde terkejut mana pun...hehe
Rafzan Tomomi said…
Masa Momi tengok, satu hall jerit. serius best hahaha
Rafzan Tomomi said…
seram seram seram hehe