• #MovieReview - Fantastic Beasts and Where to Find Them

    Review Filem Fantastic Beasts and Where to Find Them

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Siapa peminat setia Harry Potter, mesti teruja nak menonton filem 'Fantastic Beasts and Where to Find Them' kan? Tengok trailer pun Momi rasa teruja pula nak pergi menonton. Filem ini mula ditayangkan di Malaysia pada 17 November 2016. Ramai yang memberi pandangan positif selepas menonton. Best ke tak?   ::Amaran : Spoiler:: 

    Saksikan Trailer "Fantastic Beasts and Where to Find Them"!
    Download Fantastic Beasts and Where to Find Them 2016

    SINOPSIS Fantastic Beasts and Where to Find Them (info dari cinema.com.my)
    70 tahun sebelum Harry Potter membaca bukunya ketika mendaftar di Hogwarts, kisah yang ditulis oleh ahli sihir Newt Scamander dibawa ke dunia realiti sebagai pengembaraan seorang penulis di New York dalam komuniti rahsia ahli-ahli sihir serta penemuan makhluk mistik.

    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 17 November 2016
    Genre: Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi
    Durasi: 2 Jam 15 Minit
    Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
    Pelakon: Eddie Redmayne, Katherine Waterston, Ezra Miller, Dan Fogler, Colin Farrell, Jon Voight, Ron Perlman
    Pengarah: David Yates
    Format: 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX

    Review Filem Fantastic Beasts and Where to Find Them
    Poster Fantastic Beasts and Where to Find Them
    REVIEW Fantastic Beasts and Where to Find Them
    Jika anda peminat filem Harry Potter, anda pasti akan tepuk tangan selepas menonton rasanya hehe. Walaupun ini kali pertama Momi menonton filem dunia magis, boleh dikatakan jalan ceritanya menarik juga. Lebih menghiburkan apabila diselit beberapa humor yang buat cerita tak bosan , lebih-lebih lagi si Jacob (lakonan Dan Fogler) hehe.

    Keterujaan bertambah apabila adengan Newt (lakonan Eddie Redmayne) dan Jacob masuk dalam sebuah beg magis , dimana terdapat beberapa makhluk yang pelik dibawah jagaan Newt. Bahagian 'opening' pon dah rasa menarik bagi Momi. Ceritanya jadi misteri dan drama apabila munculnya makhluk misteri yang menakutkan dan mengejutkan manusia dan ahli magis.

    Keseluruhannya, penuh magis dan penuh aksi! Cerita dia sebenarnya menghiburkan juga mungkin masih baru bagi Momi kot. Dengarnya ada 4 lagi filem bakal menyusul selepas filem ini. Wah macam menarik tu. Tak sabar nak tengok :)

    Dengan ini, Momi nak bagi
    4 / 5 
    BINTANG


    Poster Fantastic Beasts and Where to Find Them 2016 Download |  Fantastic Beasts and Where to Find Them 2016 Subtitle | Sinopsis Fantastic Beasts and Where to Find Them 2016 Synopsis | PosterFantastic Beasts and Where to Find Them 2016 Review | Fantastic Beasts and Where to Find Them 2016 Malay Subtitle | Fantastic Beasts and Where to Find Them 2016 Torrent | Review filem Fantastic Beasts and Where to Find Them 2016 | Barisan pelakon Fantastic Beasts and Where to Find Them 2016  Review filem Fantastic Beasts and Where to Find Them Bahasa Melayu

    **all photos taken from google.
    First photo from i0.wp.com, edit by rafzantomomi.com
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment