Sayonara May, Aloha June


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua. Walaupun sedang busy, masih lagi sanggup update blog sekejap. Sebelum tu, Selamat Hari Sabtu uols. hehe Sedar tak sedar, dah nak masuk bulan Jun dah dan bulan Mei meninggalkan kita. Cepat sangat masa berlalu hehe


Kire throwback-throwback sekejap. Bulan Mei adalah bulan yang banyak jugak jenjalan bersama kawan-kawan dan keluarga. Pergi Pesta Buku Antarabangsa, perkahwinan Manja & Aina (3 Mei), Reunion dengan kawan sekolah Karok Sampai Lebam (11 Mei), Reunion dengan kawan KPTM Ipoh (18 Mei) dan banyak lagi aktiviti. Bulan Mei jugak saya tengok 5 movie terbaru seperti "Muppet Most Wanted", "Godzilla", "X-Men : Days of Future Fast", "Edge of Tomorrow" & "Maleficent" (Review 2 filem ni esok). Paling istimewa bulan Mei sebab ada besday 2 orang tersayang, Abadik dengan Emak. hee Selamat Hari Lahir okey. hehe dan akhir sekali, just want to say goodbye to Fyra, Syafiqah dan Hakim sebab diorang dah habis praktikal. Rindu nak kacau budak-budak ni haa. hahah


Perancangan bulan Jun ni, mungkin lebih busy kot sebab nak kumpul duit sikit, lepas tu akan sambut ulangtahun ke-2 blog Rafzan Tomomi Story, dan paling saya tunggu-tunggu, bulan Ramadhan. Tak sabarnya. Jadi Selamat Datang Bulan Jun, dan Selamat Tinggal Bulan Mei. Jumpa tahun depan~ hee Okeylah sampai disini dulu entri kali ini. Jumpa di entri esok. Saya nak buat review pasal 2 filem baru tengok semalam dan hari ni. hee Assalamualaikum & Bye Bye ^___^


Berryz Koubou - Ai wa Itsumo Kimi no Naka ni

Berryz Koubou - Futsuu, Idol 10nen Yatterannai Desho?!

Post a Comment

0 Comments