RANDOM AWESOME #29 : Karaoke Sampai Lebam

20:00:00 Rafzan Tomomi 0 Comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera korangs. Nak cerita sikit pasal Ahad lepas (11 Mei 2014), saya join kawan-kawan sekolah dulu pergi karaoke. Rasenye ini kali pertama untuk tahun ni kitorang jumpa, last jumpa tahun lepas. Kitorang karok dekat Red Box The Gardens. Harga dia memang terbeliak mata sebab hari tu hari ahad. Sorang dalam RM26++ hahaa Karaoke ini disertai oleh saya, Nisha, Rafi, Ardi, Jul & Ahmad Faris. hahaa 


Kitorang masuk situ pukul 2.00 petang, target habis dalam pukul 5.00 petang. Buffet makanan pulak mula pukul 3, so kitorang nyanyi la dulu. Macam-macam lagu jugak menyanyi dalam masa 1 jam tu. haha Lepas tu, Ardi kata makanan dah ada, boleh amek. Ape lagi? Serangggg! hahaha Macam-macam makanan ada; Nasi Goreng, Kue Tiaw, Ayam pandan dan macam-macam. Kalau dah Buffet memang amek tak hengat. haha


Lepas makan sambung menyanyi semula. Segala sumbangan suara yang diorang keluarkan. hahaha Antara lagu yang saya nyanyikan; Let It Go, Bukan Dia Tapi Aku, Siapa Diriku Disisi Mu, Asmara, Kita, Rindukanlah dan banyak lagi yang semestinya tak ingat. haha Okey, jam menunjukkan jam 5 petang, semua macam pelik sebab pekerja dia tak datang lagi bagi bil. haha Jadi teruskan la menyanyi sampai pukul 6, pastu kitorang sendiri mintak bil. Rupanya kitorang punya sampai pukul 8 malam. lol haha Rupanya dia kira lain mase kitorang masuk kol 2-5 petang dengan buffet kol 3-6 petang. Nak tanya banyak pon tak guna, teruskan je la menyanyi. hahaha 


Sebelum balik sempat lagi ajak selfie reramai. hahahaa InsyaAllah nanti lepaks lagi okey. Terima kasih sebab karaoke dengan saya. hahaa Okeylah sampai disini dulu entri kali ni. Jumpa lagi kat entri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^___^

0 comments: