Movie Review - Muppets Most Wanted


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Entri ini nak review sikit pasal filem omputeh "Muppets Most Wanted". Filem ni tak pasti bila ditayangkan dekat Malaysia. Memandangkan 1 Mei hari cuti hari tu pergi Pesta Buku, balik tu takde buat apa so kitorang pon pergi Mid Valley Megamall jenjalan. Pastu kitorang terfikir nak tengok wayang, mula-mula nak tengok Spiderman 2 , sekali semua penuh! Jadi kitorang memilih Filem "Muppet Most Wanted". Jom baca review  saya . :)


Tempat : Mid Valley Megamal
Tarikh : 1 Mei 2014
Masa : 6.30 Petang

Filem ini diarahkan oleh James Bobin dan direleasekan mulai 21 Mac 2014. Kutipan setakat ini selepas ditayangkan sebanyak $70,165,216 (70 Juta). Filem ini adalah sequel dari filem pertamanya, "The Muppet". Mase tengok cerita ni, memang tak pernah tengok trailer atau poster. haha Filem pertama dia pon tak tengok.


Yang bestnya filem ni sebab dia filem muzikal. Memang faveret la kalau muzikal-muzikal ni. hehe Mula-mula cerita pon dah lawak, sambungan dari filem pertama. Diorang nyanyi lagu pasal filem sequel, "We're Doing a Sequel". Layan jugak lagu dalam filem ni. Kalau filem pertama, Kermit kumpul semula semua ahli kumpulan "The Muppets", kali ini diorang buat WORLD TOUR pulak! Sementara keseronokkan WORLD TOUR itu, diorang tak tahu akan ada satu misi rompakan yang dibuat oleh pengurus baru mereka, Dominic "The Lemur" Badguy yang merupakan penjenayah kedua paling bahaya yang berkomplot dengan Constantine  penjenayah paling merbahaya. Lepas tu Constantine tu menyamar jadi Kermit dan Kermit dimasukkan dalam penjara pulak. Masa Kermit dalam penjara pon kelakar jugak. Part last, masa Kermit palsu (Constantine) nak kahwin dengan Miss Piggy sangat beria okey. Wedding ala-ala wedding of the year. hahaha Macam biasa, siapa tak sempat menonton, masih ada masa. Carilah panggung wayang yang terdekat. :)

Rating : 4 / 5 Bintang

We're Doing a Sequel 

Trailer

Post a Comment

0 Comments