Godzilla - Movie Review


Godzilla - Movie Review | Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Entri ini nak review sikit pasal filem omputeh "GODZILLA" (aka Gojira haha). Filem ni ditayangkan dekat Malaysia pada 15 Mei 2014 (Khamis). Memandangkan ramai sangat cakap filem ni best, so saya memaksa abang saya untuk book tiket siap-siap hahaha Jom baca review selanjutnya . :)



Tempat : Mid Valley Megamall
Tarikh : 16 Mei 2014
Masa : 7.15 Petang

Filem ini diarahkan oleh Gareth Edwards dan direleasekan mulai 16 Mei 2014 (US) dan 25 Mei 2014 (Jepun). Mengikut wikipedia, kutipan setakat ini selepas ditayangkan sebanyak $72,000,00(72 Juta). Filem ini juga mengutip sebanyak 9.3 juta semasa tayangan tengah malam (semasa hari pertama ditayangkan di seluruh dunia). Durasi filem ni ialah 123 minit (2 Jam 5 Minit). Antara pelakon-pelakon dalam filem ini : 

Aaron Taylor-Johnson sebagai Lieutenant Ford Brody,
Ken Watanabe sebagai Dr. Ishiro Serizawa
Elizabeth Olsen sebagai Elle Brody (Isteri Ford)
Juliette Binoche sebagai Sandra "Sandy" Brody (Emak Ford)
Sally Hawkins sebagai Dr. Vivienne Graham, (Saintist yang bekerja dengan Dr. Serizawa)
David Strathairn sebagai Rear Admiral William Stenz
Bryan Cranston sebagai Joe Brody (Ayah Ford)


Filem ni memang ada dalam list kitorang nak pergi tengok wayang. Opening dia tunjuk pasal kisah kisah yang pernah berlaku semasa kewujudan Godzilla tu. Mula-mula dah sedih bila Joe kehilangan isterinya, Sandy semasa berlaku gempa bumi kat tempat diorang bekerja. Tempat diorang duduk tu dah kene quarantine. Lepas tu sampai la si Ford ni dah besar dah ada anak bini. Cerita dia ayah si Ford ni degil nak jugak masuk kawasan yang dah diquarantin. Ford kene la pergi jepun nak jamin ayah dia kene tangkap. Lepas dah keluar lokap , ayah dia still nak kesana lagi. Kat situ tahu la macam mana kejadian MUTO tu. Dalam filem ni ada 3 raksasa besar, kadang-kadang konfius jap mana jahat mana baik. hahaha Ending dia best , dan paling terkejut tak tahu pulak ada kuasa api biru keluar dari mulut Godzilla tu. hahaha Tak nak cerita lebih, macam biasa carilah panggung wayang yang terdekat untuk tengok filem tersebut. haha

Rating : 4.8 / 5 Bintang


**all pictures from google image.

Post a Comment

2 Comments