Movie Review - X-Men : Days of Future Past


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Entri kali ini nak review sikit pasal filem omputeh "X-Men: Days of Future Past". Filem ni ditayangkan dekat Malaysia mulai 22 Mei 2014 (Khamis). Memandangkan ramai sangat cakap filem ni sangat best, so saya pergi tengok hehe Jom baca review selanjutnya . :)



Tempat : Mid Valley Megamall
Tarikh : 24 Mei 2014
Masa : 12.55 Tengah Hari

Filem ini diarahkan oleh Bryan Singer dan direleasekan mulai 16 Mei 2014 (US). Mengikut wikipedia, kutipan setakat ini selepas ditayangkan sebanyak $36,000,00 (36 Juta). Filem ini juga mengutip sebanyak 8.1 juta semasa tayangan tengah malam (semasa hari pertama ditayangkan di beberapa negara). Durasi filem ni ialah 131 minit (2 Jam 19 Minit). Antara pelakon-pelakon dalam filem ini :

Hugh Jackman sebagai Logan / Wolverine
James McAvoy & Patrick Stewar sebagai Charles Xavier / Professor X
Michael Fassbender & Ian McKellen sebagai Erik Lehnsherr / Magneto
Jennifer Lawrence sebagai Raven Darkhölme / Mystique
Halle Berry sebagai Ororo Munroe / Storm
Anna Paquin sebagai Marie / Rogue
Ellen Page sebagai Kitty Pryde / Shadowcat
Nicholas Hoult & Kelsey Grammer sebagai Hank McCoy / Beast
Peter Dinklage sebagai Bolivar Trask
Shawn Ashmore sebagai Bobby Drake / Iceman
Omar Sy sebagai Bishop
Daniel Cudmore sebagai Peter Rasputin / Colossus
Evan Peters sebagai Peter Maximoff / Quicksilver
Fan Bingbing sebagai Clarice Ferguson / Blink
Adan Canto sebagai Roberto da Costa / Sunspot
Booboo Stewart sebagai James Proudstar / Warpath
Josh Helman sebagai William Stryker
Lucas Till sebagai Alex Summers / Havoka
Evan Jonigkeit sebagai Toad
Gregg Lowe sebagai Ink


Disebabkan pernah tengok filem X-Men sebelum ni, "X-Men: First Class" (2011), semestinya akan tengok filem ni kan? haha Filem ni memang ada dalam list kitorang nak pergi tengok wayang haha. Filem kali ni (bagi saya) lebih best dari yang First Class dan tengok dengan penuh debaran gitu. Filem bermula dengan zaman akan datang (2023), robot Sentitel tu pergi serang mutan yang masih hidup. Untuk menyelamatkan keadaan ni, Wolverine kene kembali pada tahun 1973 untuk menghalang Mystique bunuh Trask (yang punya idea nak buat robot Sentinel). Wolverine kene cari Professor X yang muda dan Magneto yang muda untuk pujuk Mystique jangan bunuh Trask. Apa yang terjadi seterusnya? Dapat tak diorang halang Mystique? Jangan lupa tengok kat wayang eh. hahaha Lagi satu, masa ending credits tu jangan balik lagi, ade something korang akan tengok untuk filem X-Men seterusnya, "X-Men: Apocalypse" dijangka akan ditayangkan pada 27 Mei 2016! hee

Rating : 4.8 / 5 Bintang




Post a Comment

0 Comments