Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2) | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Ulang Tahun Ke-10 Blog @RAFZANTOMOMI tidak lama lagi. Sementara menunggu harinya, MOMI nak kongsikan entri yang dah lama tak update, jadi MOMI kembalikan semula sempena Ulang Tahun Ke-10 ini iaitu "Saya & Gambar". Kali terakhir MOMI update entri ini pada tahun 2020, lepas tu terus lupa haha. Memandangkan MOMI suka sangat bergambar, jadi MOMI saja nak kongsikan gambar sepanjang 10 tahun dari blog ini. Disamping itu, MOMI boleh throwback semula kenangan-kenangan dari tahun 2012 hingga kini. Mari MOMI kongsikan bahagian kedua entri ini.

2015

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Gambar ini adalah gambar pertama MOMI bersama Blogger lain. Pertama kali dapat pergi majlis review makanan dan pertama kali berjumpa didepan mata bersama Blogger Malaysia. MOMI masih ingat lagi masa ini sangat 'nervous', naik KTM sampai Batu Tiga. Lepas tu, tumpang kak Ayue Idris ke tempat majlis berlangsung. Memang kenangan yang tak mungkin MOMI akan lupakan hehe. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Kali kedua ke keluar Negara, Bangkok, Thailand adalah destinasi kedua selepas Singapura. MOMI ikut trip bersama kawan-kawan Abadik pada Mac 2015. Kami sempat berjalan-jalan di sekitar Bangkok seperti Chatuchak Market, Madame Tussauds, Chao Praya River dan beberapa tempat lagi. Dapat juga merasa naik keretapi dari lapangan terbang ke bandar. Memang best! hehe. Masa ini pertama kali juga MOMI naik kapal terbang. Boleh baca entri kesana, ada 5 entri tau hehe. 
Dari entri Bangkok

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Wefie bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza semasa majlis Hari Ibu Miracle Night With Dato' Siti Nurhaliza pada tanggal 15 Mei 2015. Rasanya ini majlis kedua yang MOMI sertai dan paling tak sangka dapat jumpa Dato' Sri Siti Nurhaliza depan mata dan dapat bergambar bersama lagi. Beliau memang sporting walaupun sibuk melayan peminat yang lain hehe. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Siapa tidak kenal pelakon hebat, Nad Zainal. Kalau drama ada muka Naz Zainal, mesti tengok ya. Pertama kali pergi majlis bersama artis orang kata. Masa ini Abadik minat sangat dengan Nad Zainal, jadi dia bawak MOMI dan adik sekali ke Majlis Hari Lahir Nad Zainal ni. Nad Zainal memang sporting habis.

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Reunion kali ini bersama saya, Ara, Ein, Bazli, Wani, Aida dan Akid. Destinasi kali ini masih di Kuala Lumpur, Berjaya Time Square. Kami serius seronok masa ni pergi Escape Room, ambil gambar dekat belakang Berjaya Time Square, Karaoke dekat Red Box Karaoke, Plaza Low Yat dan macam-macam lagi.

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Pertama kali sertai Sepetang Bersama Blogger 2015 anjuran DenaiHati. Penyertaan kali ini bukan sahaja Blogger malah bukan Blogger juga boleh sertai. MOMI dimasukkan ke dalam Team 7 yang dianggotai oleh Rafzan Tomomi, Raja Nazmi, Afifi Shamsuri, Amirul Haziq (Leader), Aimie Lyna, Aida Munirah, Abang Ahmad Huzaimi Al Madani & blogger dari Indonesia, Una. Memang best!

2016

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Pertama kali menyertai Projek Amal Membantu Geledangan kerjasama Idea Master dan Hai Blogger! Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk memberi makanan dan pakaian kepada geledangan sekitar Kuala Lumpur.Projek Bantu Gelandangan 2016 ini adalah projek CSR Idea Master sempena ulang tahun mereka yang ke-6. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Sesuatu yang tak dijangka berlaku. Kebiasaanya bab cabutan bertuah memang tak pernah berharap pon. Tapi kali ini nama RAFZAN TOMOMI keluar dekat skrin dan semua orang pandang ke ara Momi. Momi macam muka sangat terkejut , sebab rasa macam bukan nama tapi diorang dah suruh bangun amek hadiah. Alhamdulillah dapat tablet Ienovo. Terima kasih banyak-banyak SBB2016. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Ekspidisi Gua Tempurung disertai oleh Momi, Abadik, Bob, Kak Didi (Sofia), Haza, Wani, Saja, Syuhada & Encik Azmir. Ceritanya Momi memang tak terfikir nak masuk pon, jadi memang tak prepare apa-apa pon. Akhirnya setelah dipaksa-paksa oleh mereka, Momi & Abadik pon masuk je la dalam gua tu. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Pengumuman pemenang contest 'Nescafe Snap n Win Contest'. Masa tu tah kenapa sangat berdebar dan jantung berdegup laju dari biasa hahaha. Masa MC umumkan tu, 'Rafzan Tomomi'. Tak tahu la macam mana keadaan muka masa tu haha. Memang terkejut lah. Tak expect menang hadiah contest. I'm so happy~~~ Alhamdulillah. Thank you Nestle & Lazada untuk mesin Barista Gold Blend. Terima kasih kerana memilih gambar Momi sebagai pemenang hehe.

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Seminggu sebelum keluarnya cerita dalam surat khabar, Khai ArtzFar ada whatsapp mintak umur dan url blog, Momi pon bagilah. Rupanya Khai carik blogger remaja 18-25 tahun masa tu (ada perasan kat status Khai). Masa tu tak pasti lepas ke tak untuk diinterview. Keesokann harinya, Momi diinterview oleh wartawan dari Berita Harian, En. Khairul secara atas talian. Momi diberi sehari sahaja untuk menggoreng, menjawab soalan-soalan yang ditanyakan. Gambar yang Momi pilih untuk dimasukkan dalam artikel tersebut memang sangat random dan tak fikir apa haha. Asal jumpa terus bagi. Pertama kali dapat masuk surat khabar, rasa dia lain macam gembiranya. Terima kasih Berita Harian.

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Momi bersama rakan Blogger menyertai konvoi "Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad - 50 Tahun Memfenomenakan Pembangunan FELCRA " pada 23 dan 24 September 2016. Menariknya konvoi ini disertai lebih dari 40 buah kereta termasuk Blogger, Media & wakil Felcra seluruh negara. Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad . memperkenalkan kepada media mengenai pembangunan FELCRA sejak 50 tahun lalu. 

Lebih mengejutkan diri sendiri dan mungkin orang lain, Momi masuk pertandingan karaoke. MOMI saja nak menyanyi dan memilih lagu "Mengapa". Semasa menyanyi, Momi tak sangka mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari semua orang haha. Maaf ya kalau sumbang, sebab nervous woi! haha . Paling tak sangka, Momi dipilih sebagai Juara Karaoke malam tersebut. HAHA.

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Seawal 8.00 pagi, kami (Blogger) berkumpul di PINTU 2, Maeps sementara menunggu bas Media tiba. Pagi itu Momi nampak gelombang manusia yang hadir memang dah mula ramai. Kami diberitahu terdapat 16 tempat yang kami bakal berkunjung pada hari tersebut. Memang wow! Tapi dengan semangat dan keterujaan, Momi tetap nak teruskan sehingga habis, haha. Untuk pengetahuan anda, Momi bawak beg luggage tau ke MAHA 2016, mungkin sebab teruja kot hahaha.
Dari entri MOMI KE MAHA 2016!

2017

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Pengalaman MOMI semasa menyertai Sixth Mile Tunnel, antara tarikan Lost World Advanture Park di Lost World Of Tambun, Ipoh Perak. Pastinya ia satu pengalaman yang menarik dan takkan dilupakan dari masuk sampailah keluar 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Momi berkesempatan bertemu dengan Dayang Nurfaizah sendiri untuk Meet & Greet Dayang Nurfaizah di office Indigital pada 25 Mei 2017. Semasa Dayang muncul je, semua orang sangat teruja dan bertanyakan beberapa soalan untuk Dayang. Paling best, dapat dengar Dayang nyanyi live tau. Suara Dayang memang sama dalam lagu tau. Bukan itu sahaja, Momi juga dapat album dari Dayang siap sign beliau lagi. Yeayy! Thank you so much. Seronok dapat berborak dengan Dayang. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 2)

Pengalaman MOMI bersama rakan Blogger mengikuti pelayaran SuperStar Libra selama 3 hari 2 malam dari Pulau Pinang ke Phuket. Terima kasih diucapkan kepada pihak Star Cruise diatas kesudian membawa Momi dan rakan Blogger merasai pengalaman menaiki SuperStar Libra selama 3 hari 2 malam ini. Pastinya pengalaman ni sangat menarik dan bermakna untuk MOMI. Pertama kali ya naik Cruise ni. Memang pengalaman yang tak dapat MOMI lupakan hehe.

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)

Pada awal September 2017, Momi bersama YLZ Studio ke Putrajaya untuk photoshoot "YLZ STUDIO x MOMI". Kebetulan Momi memang mencari photographer masa tu, dan akhirnya berjaya juga menjalankan photoshoot ini. Photoshoot ini bertemakan "Mominion in Wonderland". Gigih jugalah Momi dengan Ara Kimora mencari props untuk photoshoot ini. Turut ditemani oleh Mama Jee.


--------

Phewwww...! Bukan senang ya nak cari gambar-gambar ni, memang MOMI ambil secara rawak sahaja. In sha Allah, nanti setiap bulan atau tahun, MOMI akan kembalikan entri "Saya & Gambar" ini. Ye la, nak cari 'content-content' menarik jugak, kalau tak mesti anda bosan tengok MOMI update pasal hiburan sahaja kan? hehe. Okaylah, sampai disini sahaja entri kali ini. Sambungan bahagian ketiga pula akan dikemaskini pada 9 Jun nanti. Harap anda seronok melihat kenangan-kenangan MOMI bersama keluarga dan rakan-rakan. =)


Post a Comment

0 Comments