Mother's Day Miracle Night With Dato Siti Nurhaliza | 15 Mei 2015

09:27:00 Rafzan Tomomi 8 Comments



Assalamualaikum dan salam sejahtera gais. 15 Mei yang lalu, saya telah menghadiri majlis makan malam bersama artis nombor satu di Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza. "Mother's Day Miracle Night With Dato Siti Nurhaliza" di TM Convention Crystal Hall, Bangsar, telah diadakan untuk meraikan tetamu yang hadir terutamanya kaum ibu ,sempena Hari Ibu dan Anak-anak Yatim Pusat Jagaan Budaya Harapan . Majlis ini telah dikendalikan oleh #OMGFEST . Jom baca kisah selanjutnya. :)


Keterujaan nak jumpa Dato' Siti Nurhaliza memanglah teramat sangat. Mana taknya, saya antara orang terawal sampai dekat situ seawal 6.45 petang, terima kasih kepada Ara Kimora sebab hantar saya. hihi Since ini adalah kali pertama pergi event macamni, neves tu meluap-luap. Sampai je terus daftar dan amek tiket. Lepas tu ada pulak photobooth , bergambar sekali bersama Kak Hanny & Kak Nora. Lepastu borak jap dengan akak jaga photobooth tu, haaa tangkap gambar solo plak. hihi *rezeki* Setelah bergambar , masuk jap melawat dalam dewan tu. Selang 10 minit macam tu, Kak Ayue Idris & Khai datang, paksa nak bergambar lagi. haha Sedar tak sedar orang semakin memenuhi ruang kosong kerusi disetiap meja.


Sungguh teruja duduk bersama blogger-blogger yang awesome dan berpengalaman. Seronok berborak dengan mereka. hihihi Setelah majlis berlangsung, pelbagai persembahan diadakan sebelum munculnya Dato' Siti Nurhaliza. Bukan sahaja persembahan, ada juga cabutan bertuah pada malam tersebut, tapi biasalah memang takde rezeki bab cabutan bertuah ni hahaha Tahniah kepada Kak Ayue sebab dapat hadiah cabutan bertuah. yeayy Sambil tengok-tengok persembahan, kami semua dijamu dengan hidangan yang sangat sedap. Kami makan dengan gembiranya. hihi


Tiba masanya kemunculan Dato Siti Nurhaliza, tapi sebelum tu Nabil & Angah Rajalawak muncul diatas pentas untuk menghiburkan semua yang hadir. Memang diorang super lawak! Lepas tu muncul Dato' Siti Nurhaliza dengan lagu "Aku", huarghhh memang teruja sangat ni. Siap ikut lip-sync okay lagu tu. haha Last dengar Dato' Siti nyanyi live masa darjah 6 kot. hihi Lepas tu Dato' Siti mempersembahkan beberapa buah lagu seperti "Warna Dunia", "Terbaik Bagimu", "Sanubari", most favourite song "Kau Sangat Bererti" dan beberapa buah lagu lagi. 

(sumber : Akid Berexperimentasi)

Selepas buat persembahan, Dato' Siti mencari ibu yang berumur 80an untuk naik ke pentas. Yang istimewanya, Dato' Siti masakkan untuk ibu yang terpilih tu, memang bertuah! Dato' Siti telah memilih Mak Pah yang berusia 86 tahun dan masakkan "Ketam Masak Telur Masin". Memangggg kelass! Bukan itu sahaja, Mak Pah dihiburkan dengan nyanyian seleksi lagu-lagu Hari Ibu dari Dato' Siti. So sweet :3 Selepas itu , Dato' Siti meneruskan persembahan dan menyanyi juga bersama Nabil & Angah. Bahagian akhir diakhiri dengan cabutan bertuah. Tahniah kepada semua yang dapat. seronoknya :D


Selepas majlis tamat, kami bloggers diberi peluang bersama-sama wartawan untuk menemuramah Dato' Siti Nurhaliza. Memang sangat teruja sebab dapat masuk, tengok Dato' Siti dari jarak yang betul-betul dekat memang teruja sungguh. Kerana kegigihan menunggu sehingga habisnya sesi bersama media tu, sempat selfie dengan Dato Siti. Huaarghhh.. She touch my phone! haha Menggigil-gigil sebab terlalu teruja jumpa dengan beliau. Tak sempat bergambar dengan Nabil dan Angah sebab teruja sangat jumpa Dato' Siti. hihi Terima kasih kepada Hai Blogger! (of course Halim Brothers) dan OMGFest kerana memberi peluang yang mungkin sekali seumur hidup saya rasai. Sememangnya malam keajaiban ini akan terus diingati. Terima kasih sekali lagi :D





Makan Malam Bersama Dato' Siti Nurhaliza | Mother's Day Miracle Night With Dato Siti Nurhaliza | Pengalaman Berjumpa Siti Nurhaliza 

8 comments:

  1. wahhh seronoknya dapat jumpa dan bergambar dengan siti nurhaliza...he he he...I is jelly you...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan ler begitu hihi nanti ada rezeki jumpalah tu ya :)

      Delete
  2. Meriah..bila kita pandai menghargai..insya Allah kita juga akan dihargai..ameen..

    ReplyDelete
  3. jelly bean kejap boleh selfie dengan dato ct

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi saya sendiri tak sangka dapat jumpa beliau :D

      Delete
  4. Alor, nak jumpa Dato Siti jugak..bestnye dapat snap dengan dia..huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe best2, dia pegang phone saya :D

      Delete