MOMI KE MAHA 2016!

by - 12/11/2016 02:55:00 pm

PENGALAMAN KE MAHA 2016!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Siapa dah pergi MAHA 2016? Ala yang buat dekat MAEPS, Serdang pada 1 hingga 11 Disember 2016. Entri ini Momi nak ceritakan pengalaman Momi ketika berada di MAHA 2016 bersama rakan-rakan Blogger yang lain. Ini merupakan kali pertama Momi ke MAHA 2016 ni, jadi perasaan teruja tu memang membuak-buak hehe. 

PENGALAMAN KE MAHA 2016!

Seawal 8.00 pagi, kami (Blogger) berkumpul di PINTU 2, Maeps sementara menunggu bas Media tiba. Pagi itu Momi nampak gelombang manusia yang hadir memang dah mula ramai. Kami diberitahu terdapat 16 tempat yang kami bakal berkunjung pada hari tersebut. Memang wow! Tapi dengan semangat dan keterujaan, Momi tetap nak teruskan sehingga habis, haha. Untuk pengetahuan anda, Momi bawak beg luggage tau ke MAHA 2016, mungkin sebab teruja kot hahaha.


NAFAS CUBE 
Perhentian pertama kami untuk MAHA 2016 di Nafas Cube @ MARDI untuk sarapan pagi disana. Memandangkan perut dah berbunyi (kelaparan) , memang waktu yang sesuai untuk makan hehe. Sarapan pagi yang disediakan memang cukup buat Momi kenyang. Ada nasi lemak, roti bakar dan minuman yang sedap. Alhamdulillah.

PENGALAMAN KE MAHA 2016!

Kami sangat bertuah pada pagi itu dengan kehadiran Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang bersarapan bersama kami. Kami juga diberi peluang untuk melihat sekitar kawasan Nafas Cube yang menempatkan tujuh buah kontena, 10 culvert dan 10 buah khemah. Serius gais, tempat ini sangat cantik dan selesa untuk anda menginap. Nampak tak teruja tu sampai Momi seronok duduk atas katil tu hehe.





LAMAN PERIKANAN
Seterusnya, lawatan MAHA 2016 Momi ke Laman Perikanan di bawah pengurusan Jabatan Perikanan Malaysia. Laman Perikanan ni menarik perhatian Momi dengan pelbagai jenis hidupan laut. Antaranya pelbagai jenis ikan, penyu, obor-obor dan beberapa jenis hidupan laut. Rasa bertuah apabila dapat tengok beberapa jenis ikan yang mahal, harga dia memang wow haha.

Terdapat juga KEMPEN TAK NAK SIRIP IKAN YU untuk menyelamatkan ikan Yu yang kian pupus kini. Siap boleh masuk dalam perut Ikan Yu lagi hehe (sebenarnya ada pameran dalam Ikan Yu tu). Menariknya lagi, kami dapat merasa beberapa produk yang berasaskan ikan seperti Roti Tuna, Sate Tuna dan beberapa lagi produk yang best-best.










LAMAN PADI
Padi? Haaa Momi sebenarnya dah lama tak jumpa sawah padi ni. Disini Momi dapat merasai suasana seperti di sawah padi yang sebenar. Lebih menarik lagi, dapat melihat mereka bermain bola sawah di laman padi. Memang rasa nak terjun sekali tapi kena behave, sebab perjalanan masih panjang hehe. Disini juga terdapat pameran peralatan lama untuk menguruskan padi.


Siapa suka pakai Bedak Sejuk? Haa.. untuk pengetahuan anda, Bedak Sejuk dihasilkan dari proses pemerapan air selama lebih enam bulan tau.







LAMAN NANAS
Nanas? Momi suka dengan nanas. Setibanya kami di laman nanas, kami dihidangkan dengan aiskrim nanas yang sedap hehe. Seterusnya kami ke Pusat Infomasi Nanas, yang menerangkan mengenai proses penanaman dan penghasilan nanas. Anda yang hadir mesti kena bergambar dekat wall 3D , ada rezeki menang hadiah hehe. Momi dapat juga merasa Jus Bob Nanas yang sedap. Rasa nak mintak satu lagi tapi malu pula hahaha.





PENGALAMAN KE MAHA 2016!

LAMAN ARMADA JENTERA
Disini kami dapat melihat beberapa jentera yang digunakan untuk tujan pertanian. Terdapat juga beberapa gerai jualan untuk menarik pengunjung ke Laman Armada Jentara ini. Kami berpeluang untuk merasa beberapa jenis makanan yang dijual seperti aiskrim Nangka, Sate dan Air Jagung Klebang yang sama-sama awesome!







LAMAN TERNAKAN
Di laman ternakan, kami sempat bertemu dengan Lembu Hibird Sado yang sememangnya sado. Kalau sebelum ni hanya tengok dalam gambar, kali ni dapat jumpa depan-depan, terbeliok biji mata nengoknya haha. Sedikit penerangan mengenai Lembu sado ini diberikan kepada kami. Harga seekor Lembu Sado mencecah RM20,000 tau, memang kau makanlah setahun lembu tu haha. Seterusnya kami ke kawasan susu lembu segar. Segalanya tentang susu gitu. Susu masa zaman sekolah sekitar 80-90an masih lagi dijual hingga kini. Seronok tu hehe.



LAMAN SAYUR 
Hasil tanaman sayur menarik juga. Disini anda akan lihat hasil-hasil tanaman sayur-sayuran. Warna hijau menghiasi mata anda, tenang je rasa. Disambil itu kami diberi penerangan mengenai tanaman jagung. Seterusnya kami ke ladang mini Kelulut, disini kami berpeluang untuk merasa madu kelulut yang dihasilkan oleh lebah kelulut. Sempat jugak Momi kena sengat kat situ hahaa.








FLORAWOLD
Kat sini best! Sebab kami berpeluang merasai Rock Melon yang datangnya dari Terengganu. Memang licin Momi kerjakan hahaha. Lepas tu kami juga dapat merasa air kelapa di Booth Abang Zack. Memang puas. Terima kasih sebab payung air kelapa. Segar terus! hehe.



KAMPUNG DURIAN RUNTUH UPIN & IPIN
Okay! Saya adalah peminat Upin & Ipin yang tegar memang teruja tengok yang ni haha. Beruntungnya dapat masuk Kampung Durian Runtuh Upin & Ipin ni. Sambil itu dapat belajar menanam pokok. Dah lama sebenarnya tak main pasir. Suasana disini sangat meriah dengan suara kanak-kanak. Bayaran hanya RM10 (Kanak-Kanak) & RM25 (Dewasa). Dalam ni pon dapat rasa Rock Melon juga. Sedapp! Lebih menarik dapat jumpa maskot Upin & Ipin dalam persembahan diakhir pameran dalam Kampung Durian Runtuh Upin & Ipin.





KAMPUNG MOK CUN
Walaupun hanya melalui Kampung Mok Cun ni, tapi dah rasa kemeriahan disini. Suka tengok presentation mereka, memang ala kampung habis hehe.





MAIN HALL
Kemeriahan bersambung di dalam Main Hall MAHA ini dimana pelbagai agensi berkaitan kerajaan yang terlibat. Pelbagai aktiviti yang menarik terdapat dalam Main Hall ini.








EMPAYAR MAKANAN
Kalau ke MAHA , wajib ke sini ya. Disini terdapat lebih 168 jenis makanan yang dijual dari serata negeri di seluruh Malaysia. Apa yang anda nak rasa? Semua ada. Momi cuba merasa Nasi Kerabu Ayam Percik. Rasa dia bunyi Momi makan senyap je tak fikir apa dah, sedap sangat hahaha.


DURIAN
Ingatkan dah habis dekat Empayar Makanan, rupanya tak! Kami dihidangkan pula dengan Durian. Tahu tak Durian? Buah paling sedap didunia! haha. Walaupun bukan musim Durian, hanya di MAHA sahaja yang terdapat Durian. Terima kasih MAHA 2016! Alhamdulillah.

PENGALAMAN KE MAHA 2016!

PENGALAMAN KE MAHA 2016!

Tahniah buat MAHA 2016 kerana telah berjaya menerima kunjungan mencecah 3.7 juta pengunjung. Sesuatu yang amat membanggakan. Mari kita lihat betapa ramainya orang yang datang ke MAHA 2016 :)






Alhamdulillah selesai juga Pengembaraan di MAHA 2016. Banyak benda menarik yang Momi dapat belajar, dapat tahu menariknya sektor perikanan, pertanian dan sebagainya. Semoga event seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. Walaupun penat tapi berbaloi dapat mencuba dan merasa aktiviti dijalanankan sekitar MAHA 2016. Terima kasih pihak MAHA kerana sudi beri Momi pengalaman pelbagai aktiviti di MAHA 2016.

You May Also Like

5 comments

  1. best nyer ke klu dpt ke sana...jauh sgt

    ReplyDelete
  2. Best dapat tengok lembu sado. Lagi best dapat makan durian. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah lembu sado memang win hehe. tu lah kejutan okay durian tu. hehe

      Delete
  3. wahh Momi pun pergi MAHA gak ye. malangnya tak sama hari kita pergi hehe

    ReplyDelete