Menang Hadiah Kerana Gambar Instagram

17:49:00 Rafzan Tomomi 6 Comments

Lazada Ramadhan Affiliate Event 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Memang hadiah lagi? Yang mana ingat, sebelum ni Momi dapat hadiah cabutan bertuah semasa Sepetang Bersama Blogger 2016. Haa.. kalau korang nak tahu, sebelum puasa hari tu, Momi bersama Kak Iena Eliena menyertai Ramadhan Affiliate Event 2016 oleh Lazada yang bertempat Pullman Hotels dan Resort, Jalan Conlay, Bukit Bintang. Wahh first time datang sini hehe. Memandangkan baru je join Affiliate Lazada ni, so Momi pon saja nak join Ramadhan Affiliate Event ni hehe. Macam mana boleh menang hadiah ni? Jom sambung baca :)

Lazada Ramadhan Affiliate Event 2016

Semasa Ramadan Affiliate Event berlangsung, Lazada ada buat contest 'Nescafe Snap n Win Contest' dengan hanya memuat naik gambar di Instagram dan letak hashtag 'riangrialazada' & 'nestlelazadasnapcontest'. Pertandingan tersebut dijalankan semasa Ramadan Affiliate Event berlangsung. Momi tak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini. Rasanya macam suka-suka sebenarnya haha.

Lazada Ramadhan Affiliate Event 2016

Pada hari tersebut, mereka yang hadir mendengar sedikit talk dari produk-produk yang terdapat di Lazada iaitu Nestle, Flash Plus 2, CT Hardware dan DJI Drones! Whoaaaa. Selepas itu penerangan mengenai affiliatte untuk Ramadan & Raya 2016 . Masa rehat kami diberi peluang untuk bergambar dengan mesin Barista Nescafe Gold untuk menyertai contest.

Lazada Ramadhan Affiliate Event 2016

Sekarang masa yang ditunggu, pengumuman pemenang contest 'Nescafe Snap n Win Contest'. Masa tu tah kenapa sangat berdebar dan jantung berdegup laju dari biasa hahaha. Masa MC umumkan tu, 'Rafzan Tomomi'. Tak tahu la macam mana keadaan muka masa tu haha. Memang terkejut lah. Tak expect menang hadiah contest. I'm so happy~~~ Alhamdulillah. Thank you Nestle & Lazada untuk mesin Barista Gold Blend. Terima kasih kerana memilih gambar Momi sebagai pemenang hehe. Disebabkan bulan puasa tu tak sempat nak ambil, maka Momi ambil hadiah tu pada 21 Julai 2016. Thank you juga buat Fazirul Tan & Christine sebab ingatkan hehe. Tak sabar nak guna mesin Barista tu nanti :D Korang jom shopping dekat Lazada sekarang! :)

Haa inilah gambar tu : 


semua gambar kredit to lazada :)

6 comments: